Epilog

183 14 0
                                    

Majlis doa selamat yang diadakan di rumah Dato' Maliq hari ini dihadiri rakan-rakan terdekat. Tak terkecuali Ustaz Karim sekeluarga dan sekumpulan pelajar tahfiz dari madrasah kelolaan Ustaz Karim yang ditaja sepenuhnya oleh Idrees sekeluarga.

Vincent segak berjubah putih dengan kopiah juga berwarna putih. Manakala Idrees lebih selesa berbaju melayu sedondon dengan isterinya Husna. Mereka sekeluarga sibuk melayan tetamu yang hadir. Husna beramah mesra dengan tetamu wanita sambil mengendong anak kecilnya yang baru berusia tiga bulan.

"Kak Una bagi Haura dekat Aisyah. Aisyah bawa dia masuk dulu." Sapa Aisyah.

"Ilman mana Aisyah?"

"Dia dah terlelap. Ngantuk sangat agaknya."

"Memang ngantuk la tu. Dari siang tadi langsung tak tidur."

"Aisyah bawa Haura masuk dulu ya."

"Iyelah. Terima kasih Aisyah."

"Sama-sama." Aisyah melangkah masuk melalui pintu gelangsar yang terbuka luas.

Langkahnya tiba-tiba dihalang oleh seseorang.

"You nak pergi mana?" Soal Vincent. Sejak tadi dia mencari peluang untuk bercakap dengan Aisyah.

"Err... aa... sa... saya nak bawa Haura masuk dalam."

"Kenapa you macam lari-lari dari I?" Vincent masih tak puas hati.

"Ma... mana ada."

"Huh! Jangan nak menidakkan benda yang betul Aisyah."

"Dah la encik. Tak elok saya berbual dengan encik macam ni." Aisyah menoleh ke sekeliling. Kelihatan ibunya duduk di sofa berdekatan sedang berbual dengan beberapa tetamu wanita yang lain.

"Ramai dekat sekeliling kita ni. Tak ada ruang nak timbul fitnah pun." Jawab Vincent.

Dia tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapan Aisyah.

"Fitnah ni bukan dekat tempat sunyi je Encik Vincent. Tengah orang ramai pun boleh mengundang fitnah. Bagi laluan, saya nak bawa Haura masuk dalam." Aisyah mula bertegas.

Tak betah dia membiarkan Vincent terus mengepung jalannya begini. Dia tidak selesa. Dia tahu ada mata-mata yang memerhati.

"Kali ni I lepaskan. Apa pun I nak jawapan dari you Aisyah."

"Tak ada apa-apa jawapan pun pada persoalan encik tu. Saya tak jauhkan diri pun. Saya biasa je."

"You jangan nak main-main dengan I Aisyah. I..."

"Bro... daddy panggil kau kat luar." Muncul Idrees menepuk belakang badan Vincent.

"Aarr... aku nak cakap dengan Aisyah sekejap."

"Bagi Aisyah bawa masuk Haura dulu. Kesian Haura. Jom." Selamba Idrees tarik lengan abangnya. Cepat Aisyah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Apa hal kau kacau aku tadi? Aku dah lama tunggu masa nak tanya dia."

"Ini bukan masa yang sesuai bro. Kau tak nampak ke orang pandang-pandang."

"Biarlah. Aku tak buat apa-apa yang tak baik pun. Aku berbual depan orang ramai kot."

"Kau kena jaga maruah Aisyah Vincent. Dia perempuan. Ish... susah la kau ni."

"Aku dah mula hilang sabar bro. Dia pandang aku macam aku ni jijik sangat je."

"Dia tak maksudkan macam tu pun. Kau je yang rasa. Kau salah faham tu."

Huh! Vincent lepaskan keluhan.

"Kenapa la susah sangat aku nak move on. Ramai je perempuan lain nak dekat aku ni. Aku petik jari je bro. Semua mengekor kat belakang.

"Perempuan yang senang ikut kau tu tak ada nilai bro. Takkan kau nak perempuan jenis macam tu."

"Susah la kan. Doa apa lagi aku nak baca agaknya. Aku cuma harap aku dapat move on je
bro. Senang hati aku ni."

"Selagi dia single kau takkan move on bro. Percayalah aku cakap. Selagi dia belum jadi isteri orang mesti kau akan simpan harapan lagi. Sabarlah. Bawak bertenang."

"Ke aku nak kena buat macam mana kau buat Husna dulu?" Vincent pandang tepat ke wajah Idrees.

"Weh! Kau jangan buat kerja gila. Kisah aku dengan kau tak sama. Kau diuji dengan kesabaran. Sabar dulu. Bertenang."

"Huh... penat juga jadi orang baik ni kan." Keluh Vincent.

"Jadi orang jahat pun penat bro. Chill..." Idrees gosok belakang badan abangnya.

"Kau boleh la chill. Dah bahagia ever after dengan bini dan anak-anak kau. Aku ni tak habis-habis jadi baby sitter je." Idrees tersengih. Rasa lawak pula dengan kata-kata abangnya.
"Sabar... kau pergi haji dengan daddy ni kau doa lagi banyak okay."

"Ye bro. Of course la aku doa. Kau tak nak kirim doa tambah cawangan ke? Hani duk tunggu je kau tu."

"Huisshh... kau jangan nak bergurau benda macam ni bro. Kang Una lari bawak anak-anak aku menangis tak berlagu aku nanti. Kelam hidup aku."

Mereka berdua ketawa. Membayangkan Husna mengamuk dan merajuk sahaja mampu buat mereka seriau.

"Yakin dengan ketentuan Allah. Dah banyak nikmat Dia bagi. Antara nikmat paling besar yang Dia dah bagi iaitu nikmat islam. Dia uji kau sikit je. Kau sabar. InsyaAllah apa yang kau hajatkan pasti jadi milik kau nanti. Malah mungkin dalam bentuk yang lebih baik. Yakinlah. Semua doa kau akan terjawab kelak. Hanya menunggu masa yang terbaik."

Nasihat Idrees pada abangnya. Vincent pamer senyum. Kata-kata adiknya itu meresap ke dalam jiwanya. Dia yakin bahagia akan menjelma. Semuanya dia serahkan pada Yang Maha Kuasa. Pemilik Sekalian Alam.

Daripada Abi Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahim, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kejelekan."

TAMAT

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now