BAB 3

93 9 0
                                    

Sejak tadi Idrees memerhatikan isterinya yang leka membelek wajahnya di cermin meja solek. Entah apa yang tak kena agaknya.

"Sayang belek apa lagi tu?" Idrees melangkah ke arah katil. Baru selesai menidurkan Ilman.

"Tengok muka ni. Macam dah tembam la." Keluh Husna. Idrees pamer senyum.

"Tembam sikit okay je. Baru nampak comel. Meh sini."

Idrees duduk di birai katil lalu dia tepuk tilam di sebelahnya meminta Husna duduk di situ. Husna menoleh lalu melangkah dengan wajah yang masam mencuka. Dia duduk di pangkuan suaminya. Kedua tangan melingkar di leher Idrees.

"Kenapa muncung macam ni?" Idrees cuit bibir isterinya yang memuncung.

"Tak nak tembam. Una kuat makan la sekarang ni abang. Asyik lapar je." Husna luahkan kerisauannya.

"Memang la macam tu sayang. Sayang kan masih susukan Ilman. Ibu menyusukan anak

memang kena banyak makan. Nak hasilkan susu kan."

"Masalahnya sekarang ni, Una bukan je menghasilkan susu tetapi dah mula hasilkan lemak. Macam mana?"

"Okay macam ni. Start esok sayang ikut abang excercise ye, boleh?"

Husna ukir senyum manis. Ada baiknya dia ikut jejak langkah suaminya yang konsisten dengan rutin senamannya setiap hari. Selain membakar kalori boleh juga dia menghilangkan stress.

"Betul juga kan. Dari Una memerap kat rumah baik Una ikut abang. Dapat juga Una cuci mata." Berkerut dahi Idrees.

"Cuci mata?" riak wajah Idrees penuh dengan tanda tanya.

"Iyelah... Abang kan suka pergi gym. Dapat la Una workout sambil mencuci mata tengok abang-abang sado kat sana." Husna terkekeh ketawa.

Idrees cubit pipi Husna. Geram dengan kerenah Husna. Adakalanya nampak matang benar, ada masa mengalahkan budak-budak nakalnya.

"Jangan harap abang nak bawa sayang pergi workout dekat gym." Kata Idrees.

"Laaa... Habis tu?"

"Kita pergi joging dekat taman. Sementara abang set up gym mini dekat rumah kita ni. Lepas tu sayang workout dekat rumah je okay."

"Alaaa.... Kenapa macam tu. Baru je nak cuci mata."

"Ada satu cara je kalau sayang nak cuci mata." Idrees pamer senyum.

"Apa dia?" Husna excited.

"Tengok suami sayang ni hari-hari. Cuci
mata dapat. Pahala pun dapat."

"Alaaa..."

"Dah... jangan banyak mengeluh. Abang dah penat seharian. Nak rehat pula. Jom kita tidur." Kata Idrees Mikhael.

Dia baringkan tubuhnya di atas katil. Husna turut membuat perkara yang sama.

"Abang..." meleret Husna memanggil suaminya.

Dia juga turut mengambil tempat di sebelah suaminya. Kepala direbahkan di dada bidang si suami.

"Ermm... ye sayang."

"Boleh la Una nak pergi gym."

"Nope!" jawab Idrees walaupun matanya sudah tertutup.

"Kenapa? Abang jealous ke Una cuci mata pandang lelaki lain?" Idrees geleng.

"Habis tu?"

"Abang jaga kehormatan isteri abang. Tak kan abang nak bagi lelaki lain yang bukan mahram tengok sayang workout. Lagipun abang mampu sediakan semuanya dekat rumah. Apa salahnya abang sediakan kemudahan yang lebih privacy untuk isteri abang. Tanda abang sayang sangat dekat permata hati abang ni."

Lembut tutur bicara Idrees. Berbeza sungguh dengan seorang Idrees Mikhael yang Husna kenali pada awalnya dahulu.

Husna senyum lebar. Suka mendengar kata- kata suaminya yang kedengaran manis dan membuatkan hatinya berbunga riang. Idrees selalu melindungi dirinya sebaik mungkin. Bahagia bila dijaga rapi oleh lelaki bergelar suami.

"I love you abang." Husna kucup pipi suaminya.

"Love you more sayang." Balas Idrees Mikhael.

Dia tarik Husna rapat masuk ke dalam pelukannya. Rasa bahagia menyelinap ke setiap rongga tubuh. Wanita yang didambakan kini sentiasa ada di sisinya saat susah dan juga senang. Wanita yang sentiasa menjadi penyejuk

hatinya. Wanita yang tidak pernah gagal untuk memperbaiki diri untuk menjadi isteri solehah dambaan suami.

Kebiasaannya sebelum azan subuh Idrees sudah bangun. Sudah menjadi rutinnya menunaikan solat sunat tahajud sekurang- kurangnya 2 rakaat setiap hari. Kemudian dia akan bersiap untuk ke masjid berdekatan rumahnya bagi menunaikan solat subuh berjemaah.

"Sayang... bangun. Dah nak masuk subuh." Perlahan Husna buka matanya sedikit demi sedikit.

Husna pamer senyum pada si suami. Idrees Mikhael kucup dahi Husna lama. Husna melingkarkan tangan ke leher suaminya.

"Bangun sayang... Abang nak pergi masjid."

"Ermm... Una nak tidur sekejap je lagi. 10 minit boleh ke abang."

"Tak boleh. Nanti kalau abang biarkan Husna terlajak terus. Abang balik masjid pun sayang tak bangun lagi. Bangun sekarang."

Idrees hulurkan tangannya pada Husna. Husna sambut huluran tangan suaminya itu. Dia tarik tubuh Husna agar duduk di birai katil.

"Ngantuk sangat la abang."

"Sayang pergi mandi. Nanti hilang la ngantuk tu. Badan pun segar je nanti."

"ermm... Abang pergi la dulu. Kejap lagi Husna mandi." Kata Husna. Nampak masih mamai menahan kantuk.

"No... Masuk bilik air sekarang. Cepat. Kalau abang biarkan kat sini confirm sayang baring
balik." Idrees sudah faham benar dengan sikap isterinya itu.

"Yelah...yelah..." Husna bangun lalu atur langkah ke bilik air. Idress tersenyum melihat ragam isterinya yang semakin hari semakin manja.

Dia menapak ke arah baby cot yang menempatkan Ilman. Dia kucup kedua-dua belah pipi anaknya itu. Dia tersenyum. Syukur atas kurniaan Ilahi. Idrees bersiap lalu terus melangkah turun ke tingkat bawah. Mahu ke masjid berdekatan dengan rumahnya.
Sebelum bersiap ke pejabat sempat dia membawa Husna ke taman rekreasi berdekatan rumahnya. Melakukan aktiviti bersama sambil bergelak ketawa.

"Dah pukul 8.15 pagi sayang. Jom balik. Abang nak pergi office." Kata Idrees sambil melangkah beriringan dengan Husna.

"Kadang-kadang Una rasa macam nak kerja balik la abang." Tiba-tiba Husna meluahkan rasa.

"Kenapa? Kan Una yang nak duduk rumah jaga Ilman." Idrees sangkutkan tangan di bahu isterinya.

"Rasa bosan. Bila pagi Kak Hasnah datang tolong jaga Ilman. Una buat kerja rumah sikit- sikit. Rumah kita pun bukan bersepah sangat. Masak-masak. Lepas tu dah tak tau nak buat apa." Husna melingkarkan tangan di pinggang suaminya.

Idrees merenung wajah Husna dari pandangan sisi.

"Kalau sayang kerja Ilman macam mana?"

"Kak Hasnah kan ada. Rutinnya sama macam sekarang. Dia datang pukul 7 dan dia akan balik waktu petang."

"Ermm... Nanti abang fikirkan dulu. Kalau boleh abang tak nak sayang tinggalkan Ilman tanpa pantauan."

Husna terdiam. Setuju dengan suaminya. Biarlah Idrees meneliti dahulu cadangannya ini. Supaya mereka tidak mengambil tindakan yang salah kelak. Buat masa sekarang Ilman adalah keutamaan mereka berdua. Pastinya mereka berdua mahukan sesuatu yang terbaik untuk anaknya itu.

Idrees Mikhael 2 : Sesuci Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now