0 6

150 15 5
                                    

           PAK !

Terangkat bahu Naqib menandakan dia terkejut akibat satu objek yang selamat mendarat di atas meja kerjanya. Sebuah kotak berwarna hitam terpapar perkataan 'RALPH LAUREN' menyapa kornea matanya.

" Apa ni. " dicapai kotak hitam itu

" Aww, Rasy. Untuk aku ke ? Tapi, birthday aku lambat... " Naqib mengangkatkan kepalanya. Wajah masam mencuka bak buah hempedu milik Faqih membuatkan Naqib mengemam bibir.

" Memang khas untuk kau. Bukalah. " ujar Faqih sebelum tangannya naik memeluk tubuh. Riak wajahnya masam mencuka. Tanpa banyak soal Naqib menurut arahan Faqih.

" Faqih. " seru Naqib sebaik kotak hitam itu dibuka.

" Asal ? " kening kiri diangkat tatkala mereka berdua berbalas pandangan. Faqih masih setia berdiri berhadapan meja kerja Naqib.

" Mana dapat ni ? "

" Kertas apa tu ? " soalan dibalas soalan. Dahi Faqih berkerut sebaik melihat sehelai kertas sederhana kecil dibawa keluar dari kotak oleh Naqib.

Naqib menjongketkan kedua-kedua belah bahunya sebelum matanya jatuh membaca tulisan. Perlahan-lahan, bibirnya menyimpul satu senyuman. Faqih yang melihat reaksi Naqib mulai curiga.

" Ke hadapan doktor pakarku. Maafkan salah-silapku yang kelmarin. Terimalah hadiah kecil ini. Semoga Allah merahmati kita berdu— " ujar Naqib penuh puitis sebelum sticky notes itu dirampas kasar oleh Faqih.

" Sini tiga patah perkataan je. Asal sampai dekat kau, macam nak  berpidato bagai. " Faqih geleng kepala. Silap besar dia campak kotak ni dekat Naqib.

" Aku cuma baca isi tersurat je. Betullah kan ? " Naqib bantai gelak.

" Sikit-sikit dah lah. Lebih-lebih siapa nak layan. Tersurat, tersirat pulak. Member ambik course medic bukan sastera pun. " kutuk Faqih lalu menjeling padu.

" Kaulah layan aku. " Naqib mulai rangkul lengan Faqih. Dikedip-kedipkan matanya biar tampak lebih 'comel dan manjah'.

" Geli. Tak ada masa. Busy. " Faqih menepis kasar rangkulan Naqib. Dari berdiri di sisi Naqib, dia membawa langkah berdiri berhadapan Naqib.

Naqib gelak buat kali kedua.

" Siapa bagi ni ? " tawa masih tersisa.

" Entah. " Faqih jongket bahu sebelum kedua-kedua tangan masuk menyeluk saku poket seluarnya.

" Baru second week, Rasy. " usik Naqib bersama senyuman sinis.

" Itulah. Penat juga. " Faqih mengeluh.

" Penat kenapa ? " kening kanan Naqib ternaik sedikit. Perkataan 'penat' yang keluar dari mulut Faqih selama mereka menjadi pasangan kerja boleh dikira menggunakan jari sahaja.

Pelik bin ajaib.

" Penat jadi encem boy. "

Jeda.

Naqib bingung.

Faqih masih mengeluh tentang kekacakannya.

Satu saat.

Dua saat.

" Ini bukan encem boy, ini masham boy. " Naqib gelak kekok.

" Dah boleh keluar kut. Ambik kotak ni balik. Simpan elok-elok. Nah. " sambungnya sebelum kotak hitam tadi Naqib kemas lalu dihulur kepada Faqih.

Ayat angkuh dari Faqih sebentar tadi membuatkan Naqib loya. Sungguh ! Speechless ! Dibuatnya !

Kali ini Faqih bantai gelak. Ingat dia seorang sahaja boleh angkat bakul sendiri ? Ini Faqih Rasydan lah ! Doktor nombor satu, paling bijak, paling hensem, paling....

Bahagia Ku Curi [SU] Where stories live. Discover now