Syafa melajukan langkahnya. Berbaju kurung kapas pada hari ini, tidak membataskan kepantasannya. Jantung mengepam laju darah yand ada. Perasaan hairan yang bertandang tidak dapat disorok.
Kenapa Naqib memanggilkan untuk berjumpa ? Entah ianya perkara yang baik atau buruk, Syafa serah kepada Tuhan. Tetapi, hati tetap mengharap semuanya baik-baik sahaja.
Susuk tubuh belakang Naqib yang sedang bercekak pinggang menyapa pandangan setibanya dia di perkarangan tempat letak kereta yang tersedia untuk pelawat bagi ward kanak-kanak. Nafas ditarik sesaat, sebelum dihembus perlahan.
Syafa membetulkan pelitup muka yang setia melindungi separuh raut wajahnya daripada menjadi tatapan ramai. Risau jika ia senget sahaja. Syafa berdehem kecil untuk menyedarkan Naqib tentang kehadirannya. Rasa gugup cuba ditepis pergi.
" Nur Syafa Syamsudin. "
Mata Syafa membulat kaget tatkala melihat kepulan asap yang terhasil dari jejaka itu. Sungguh, dia tidak menyangka doktor berwajah manis ini seorang perokok. Sebaik Naqib berpaling menghadapnya, riak wajah dikawal supaya kekal tenang daripada terus panik.
Naqib mengeluh berat. Puntung rokok yang dikepit di antara dua jari kanannya di ketuk kecil oleh ibu jari untuk menjatuhkan debu yang ada. Mata memincing ke arah Syafa yang jelas tidak selesa dengannya.
Heh ! Bila sahaja gadis ini selesa dengannya.
" You really make me pissed off. " luah Naqib. Puntung rokok dibawa ke bibir.
" Maaf, boleh saya tahu apa kesilapan yang telah saya lakukan ? " Syafa memberanikan diri untuk bertanya. Tidak betah direnung terus oleh doktor pakarnya.
Naqib senyum sinis mendengar ajukan itu. Soalan yang dinanti-nantikannya.
" Kau tahu kan Adam patient under aku ? " ikutkan hati, Naqib mahu ketawa kepada dirinya sendiri. Had kesabaran semakin menipis untuk terus berlakon memaniskan bahasa.
Perkataan hipokrit sememangnya sesuai untuk Naqib.
Syafa pejamkan mata seketika. Meremang bulu romanya mendengar panggilan dan nada Naqib yang 100% berubah dan berbeza dari sebelumnya.
" Kau jumpa Adam pagi tadi ? " asap rokok disedut yang terkumpul di dalam mulut, dihembus keluar.
Syafa mengangguk kecil. Berkerut-kerut dahinya menahan perit di kerongkong sebaik asap rokok menembus hidungnya. Ketika ini, Syafa berharap masa akan berlalu dengan lebih pantas.
" So, kau lah yang bagi injection kepada Adam. "
" Sorry ? " tergamam Syafa apabila dituduh melulu oleh Naqib.
" Kau tahu tak apa yang kau dah dekat budak kecik tu ? " nada Naqib bertukar keras.
" A.. apa yang saya dah buat ? " Syafa lihat tangan Naqib naik memeluk tubuh bersama puntung rokok yang masih setia dikepit di antara dua jari kanannya.
" Kau nak bunuh Adam ke, Syafa !? " nada Naqib mulai naik seoktaf.
" Astaghfirullah hal'azdhim ! Saya tak faham. Apa benda yang doktor cuba sampaikan ni ? Demi Allah, saya tak pernah berniat nak bunuh pesakit lebih-lebih lagi kanak-kanak bawah umur. Saya tak tahu apa yang saya dah buat pada Adam. Saya jumpa— " nafi Syafa. Nadanya turut ditekankan.
" Berhenti mengelat, Syafa ! Aku ada bukti dan aku yakin kau akan digantung kerja. " dua jari yang masih mengepit puntung rokok naik menuding ke arah muka Syafa.
Syafa ingin melawan untuk membela diri akan tetapi suaranya bagai tersekat di kerongkong.
" Naqib ! "
YOU ARE READING
Bahagia Ku Curi [SU]
Romance" Right person, wrong time ? But I lost her and she will never comeback to me even if the right time has come. " Walau sejauh mana Faqih berlari, di penghujung garisan tetap adanya Afrina. Walau selancang apa pun bidasan kata dari Faqih, Afrina teta...