Deringan dari telefon pintar, direspon pantas oleh Citrani. Nama 'Ayahanda Papa' tertera di kaca skrin itu. Butang hijau diseret tanda untuk mengangkat panggilan itu. Dengan sebelah tangan, stereng kereta dipulas sebelum membelok masuk ke arah petak parking yang kosong.
" Hello, papa ? Kenapa ? " sapa Citrani terlebih dahulu.
" Citra, dah sampai site ke ? " Tuan Lukman mengajukan soalan sebagai balasa.
" Citra breakfast dulu. Papa dah sampai ke ? " enjin kereta dimatikan.
" Papa tak turun site hari ini. Ada lunch meeting. "
" Tak apa lah kalau macam tu. Kebetulan site dekat dengan hospital Rasy, itu yang Citra singgah cafe sini dulu. " jelas Citra sebelum dia melangkah keluar dari perut kereta.
" Kirim salam dekat Rasy. Kalau sempat, lepas site Citra join Papa sekali ya ? "
" Boleh, Inshaa Allah. " Citra senyum manis sebagai sapaan orang-orang yang dilihatnya.
" Okaylah, enjoy your morning date ! " usik Tuan Lukman.
" Papaa ! " rengekan Citrani mengundang tawa si ayah.
Sebaik talian diputuskan, jari runcing Citrani menekan aplikasi WhatsApp. Kenalan teratas yang setia dipin itu, dia tekan. Mesej terakhir yang hanya sempat dibaca tanpa berbalas dek kerana kantuk yang menguasai diri semalam menyapa kornea matanya.
Walaupun lelaki ini sibuk, tetap sahaja segala cerita kerja dilapor kepadanya. Bibir mengoyak senyuman kecil. Jari-jemari lincah menaip mesej untuk mengajak encik tunang sarapan bersama dengannya di pagi hari ini.
Dedaun pintu kaca cafeteria Citrana pegang lalu ditolak untuk melangkah masuk ke dalam. Seperti pagi yang biasa, cafeteria tidak pernah lenggang dari manusia berkot putih. Bibir merah setia mengorak senyuman kecil. Kaki diatur ke kaunter.
Ting !
Spontan matanya jatuh memandang telefon kembali. Pesanan balas yang tidak memuaskan hati. Walau bagaimanapun dia tetap akur dengan kesibukan kerjaya tunangnya. Kepala di angkat memandang seisi cafeteria sebelum dua pasang matanya menangkap jelas susuk tubuh yang cukup dikenalinya.
' Rasydan . '
Mata Citrani beralih ke arah susuk tubuh genit berdiri bersebalahan lelaki itu. Dari sisi wajah, si gadis tersenyum manis. Walaupun hanya daripada belakang tubuh, mereka kelihatan seperti pasangan. Hatinya berombak debar.
Mata dipejam seketika lalu dibuka kembali. Mereka telah pun melangkah keluar dari cafeteria menggunakan pintu kedua yang terletak bersebelahan kaunter. Semuanya berlaku dengan pantas.
Ah ! Perasaan buruk sangka dihalau. Mungkin sahaja lelaki itu hanya pelawat hospital ini yang datang bersama isterinya. Memandangkan hanya belakang tubuh sahaja yang menyapa pandangan mata, Citrani buat spekulasi sendiri. Dia percaya Faqih tidak sempat ke cafeteria kerana kesibukannya.
Tetapi, senyuman gadis tadi cukup mengingatkannya kepada seseorang walau hanya dari sisi. Kepala digeleng kecil, menafikan segala overthinking. Citrani berpusing lalu kaki dibuka langkah keluar dari cafeteria. Hilang sudah seleranya pagi ini !
Afrina mendongak bersama sengihan dari tadi, Faqih jeling. Haih ! Semoga aibnya pagi ini terjaga. Baru sahaja kaki panjangnya ingin membuka langkah, bunyi notifikasi khas hanya untuk seseorang itu menarik perhatiannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bahagia Ku Curi [SU]
Romantizm" Right person, wrong time ? But I lost her and she will never comeback to me even if the right time has come. " Walau sejauh mana Faqih berlari, di penghujung garisan tetap adanya Afrina. Walau selancang apa pun bidasan kata dari Faqih, Afrina teta...