" Eh, Alyn ! "
" Rasy ! "
Gabungan suara antara Syafa dan Naqib lebih menarik perhatian seisi dewan dari seloka pengacara majlis. Tangan Syafa menekup mulutnya yang sedia tertutup oleh purdah. Manakala, Tangan Naqib naik menutup kedua-kedua matanya.
Suasana mulai riuh. Seisi dewan terkejut dengan babak yang baru saja berlaku sebentar tadi. Afrina kaku di tempatnya. Faqih juga bagai digam dari meneruskan langkah.
" Dok-doktor ? Ma-maaf.. " terketar-ketar Afrina menutur maaf sebagai pemula kata. Perlahan, Faqih pusing menghadap Afrina.
Afrina menelan liur, kesat tatkala mendongak sedikit untuk melihat wajah tegang lelaki di hadapannya. Matanya tertancap kepada kesan caramel macchiato yang telah meresap laju di bahagian lengan kot putih milik si lelaki itu.
" Yang dekat tengah tu ada okay ke ? " teguran bernada gurauan dari Bro Yoe tidak mampu mengalihkan perhatian Faqih.
Lelaki itu terus menikam tajam anak mata si gadis yang telah merosakkan mood paginya. Naqib yang melihat Faqih seperti gunung berapi yang bila-bila sahaja akan meletup mulai membuka langkah menghampiri.
" Kau tak nampak ke sign dekat pintu dewan sebelum masuk ? No foods or drinks allowed in this area. " Faqih menyoal, keras. Bukan muka yang merah padam, tetapi telinga.
" Ma-maafkan saya doktor. Saya tak perasan sign tu. " Afrina menunduk menekur lantai. Sudah tiada keberanian untuk berbalas pandangan apabila mendengar suara tegang dari doktor itu.
Faqih ketawa sinis. Baru sahaja dia ingin membalas kata gadis itu, tetapi dihalang oleh Naqib yang menarik lengannya. Untuk itu, Faqih mengetap rahang.
" Not now, Rasy. HOD lagi dua langkah nak masuk dewan ni. " Naqib melarang tegas.
House Of Department atau lebih diketahui sebagai jawatan tertinggi di dalam hospital yang mana namanya tercatat kekal di carta organisasi hospital.
Tangan, Faqih kepal sekuat hati sehingga menimbulkan urat-uratnya. Dia memandang cairan coklat di kot putihnya sebelum memandang gadis di hadapannya semula. Si gadis hanya diam, menunduk.
Faqih meraup muka, kasar lalu kot putihnya dibuka dan disangkut dilengan sasanya. Tanpa sebarang kata sambungan dan dengan wajah yang tegang, Faqih menyambung langkah maju ke hadapan.
" Err doktor, tisu ! " Afrina yang melihat si Doktor sudah membuka langkah mula menyeluk beg tangannya.
" Eh, miss tersalah appointment ! We meet again. Ha Ha ! " Naqib sengih. Terkejut tapi kena cover.
" Miss what ? " Afrina kaget melihat Doktor tempoh hari di hadapannya sekarang.
" Thank you for this tissue. " huluran tisu yang tidak bersambut dari Afrina kepada Faqih tadi, Naqib ambil.
" Eh— "
" Oh, this is yours, right ? Nah. " scrunchie dalam genggaman, Naqib hulur. Afrina sambut dengan penuh persoalan.
" Macam mana— " Afrina memandang scrunchie yang telah bertukar-tangan sebelum memandang Naqib semula.
" I don't have much time actually. Kalau ada rezeki kita berjumpa, awak boleh tanya sebanyak mana pun ! See ya ! " Naqib memotong laju bersama senyuman manis. Gadis berpurdah di belakang Afrina, dia pandang.
Syafa yang perasaan akan anak mata lelaki di hadapan Afrina jatuh kepadanya, membuatkan dia cepat-cepat menunduk. Walau hanya sesaat dia melihat senyuman lelaki itu, jantungnya berdegup kencang.
YOU ARE READING
Bahagia Ku Curi [SU]
Romantizm" Right person, wrong time ? But I lost her and she will never comeback to me even if the right time has come. " Walau sejauh mana Faqih berlari, di penghujung garisan tetap adanya Afrina. Walau selancang apa pun bidasan kata dari Faqih, Afrina teta...