Beg kertas di pegangan Naqib, dirampas kembali oleh Faqih. Lantas, dibaling begitu sahaja ke dalam keretanya. Mujur sahaja pintu kereta dibuka sedari tadi.
Tanpa riak gentar menghadapi keadaan tegang tika ini, Naqib kembali menghadap Faqih bersama satu senyuman herot ke kiri. Cukup mencabar amarah Faqih.
" Dengan muka kerek gila, selamba je ambik barang aku. " di penghujung ayat, Faqih gelak sinis.
" Aku yang patut cakap ayat tu. " Naqib senyum sahaja dari tadi.
" She give it to me. " Faqih senyum juga. Sinis.
" Now, it's mine. Kau dah passing dekat aku pagi tadi. Lupa ? " Naqib melepaskan tawa kecil.
" Peliknya barang ni sampai dekat tangan aku balik tadi. So, dari awal memang untuk aku. " Faqih tayang muka kemenangan.
" Come on, Rasy. Buruk siku kau nanti. Takkan dengan aku pun berkira ? " cebik Naqib.
" Aku pantang gila bila barang yang aku passing sampai dekat tangan aku balik. Orang dah bagi, ambil jelah. Banyak bunyi pulak. " Faqih jeling sekilas.
" Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. " Naqib bantai gelak. Aduhai ! Rasa-rasanya ayat teguran tadi khas untuk empunya badan.
" Kau tengah backup budak tu ke ? " Faqih meraup rambut ke belakang. Panas pula petang-petang ni, ya ?
" Jealous ? " pertanyaan Naqib tidak berhenti di situ.
" Ke.. Kau rasa tercabar ? " sambungnya, nakal.
" Kau nak gaduh ke ? " soalan di balas soalan. Riak wajah Faqih seratus peratus berubah serius.
Bermula dari gurauan, berakhir dengan ketegangan.
Naqib gelak kecil sebelum mengeluh perlahan. Kaki berunduk setapak lalu kedua-kedua tangannya didepang ke tepi. Tanda mengalah.
Melihat keadaan Naqib yang sudah mengangkat bendera putih dari terus memerlinya, Faqih langsung memboloskan diri ke dalam perut kereta. Baru sahaja pintu kereta ingin dikatupnya, Naqib bersuara.
" Aku halalkan baju tu untukmu sahabatku ! " Tangan kanan dikepal lalu dibawa menepuk dada kiri.
Tanpa sebarang kata, pintu pemandu ditutup lalu enjin dihidupkan sebelum pedal minyak dan brek ditekan bersama sehingga menghasilkan ngauman gah. Cukup untuk membalas kata-kata Naqib.
Vroom ! Vroom !
Naqib tergamam. Sangkaan bahawa Faqih akan mengabaikannya dengan terus memandu keluar dari perkarangan parking meleset jauh. Naqib bantai gelak besar sebaik mendengar 'balasan' dari Faqih.
Faqih tersenyum puas. Dari gear P ditukarkan ke gear D. Pedal brek dilepas lalu stereng kereta dipusing untuk keluar dari petak parking. Audi rs7 bercat hitam menawan meluncur laju meninggalkan perkarangan parkir.
Dari cermin pandang belakang Faqih melihat Naqib melambainya dari jauh. Beg kertas yang tercampak ke kerusi sebelah pemandu dijeling sekilas.
" Nak sangat barang ni, ambik ! Aku tak hamak pun lah ! " bentak Faqih. Masih tak puas hati dengan kehadiran Naqib sewaktu kejadian tadi.
" Naqib pun satu. Dah aku bagi barang ni dekat kau, yang kau rajin sangat nak bagi balik dekat budak tu asal ? " pedal minyak semakin ditekan meluncur laju di atas jalanraya yang semakin lenggang.
" Huh ! Memang tak lah aku nak passing dekat kau balik. " ujar Faqih, sinis. Biarpun hanya dia juga yang mendengar omelan sendiri.
Stereng kereta diputar ligat memotong kenderaan lain bersama kelajuan yang semakin ditekan naik. Fikiran yang bercelaru cuba dibuang melaui pemanduan melebihi had laju.
YOU ARE READING
Bahagia Ku Curi [SU]
Romance" Right person, wrong time ? But I lost her and she will never comeback to me even if the right time has come. " Walau sejauh mana Faqih berlari, di penghujung garisan tetap adanya Afrina. Walau selancang apa pun bidasan kata dari Faqih, Afrina teta...