Brek kaki ditekan lalu gear ditukar kepada N sebelum handbrake ditarik sedikit untuk memberhentikan kereta sebaik tiba di destinasi yang dituju.
" Nanti you kirim salam dekat ibu tau. "
Citrani turut melangkah keluar dari perut kereta bersama Faqih. Kakinya diatur ke bonet belakang kereta Honda Civic berkilat putih miliknya.
" Tak nak singgah kejap ke ? " luggage diangkat keluar dari bonet.
Berkerut-kerut kening Faqih mendengar kenyataan daripada tunangnya. Kerna kebiasaannya, Citrani akan tetap bersua-muka dengan ibunya walhal niat cuma ingin singgah sebentar.
" Next time lah. Nanti kalau I jumpa ibu, malam karang baru balik. Kesian pulak you, tak cukup rest layan kitorang. " sengih Citrani. Faqih pula ketawa besar turut mengiakan pengakuan si tunang.
" You guys lah. Kalau jumpa ada je topik nak bahas. " kepala digeleng bersama senyuman senget.
Sememangnya, Puan Rosnani sudah jatuh sayang kepada Citrani sejak mereka hidup berjiran suatu ketika dahulu. Dan sedari waktu itu lagi mereka mulai rapat. Apatah lagi sebaik Citrani bergelar tunang kepada satu-satunya puteranya.
Makin sayang dan makin selasa untuk saling berkongsi rahsia serta bertukar cerita bersama. Sama sahaja bagi Faqih. Jejaka itu turut merasai perasaan yang sama dengan si ibu terhadap Citrani Luthfia.
Faqih tersenyum kecil sebaik mendengar tawa kecil milik Citrani. Matanya ralit memandang wajah manis kacukan Bali-Arab itu. Lesung pipit di pipi gadis itu sentiasa menarik minatnya.
Seolah-olah, dia juga turut tenggelam mencair tatkala lekuk kecil itu tenggelam di bahagian pipi si gadis. Faqih tersenyum apabila Citrani mengorak senyuman manis.
" Kenapa tengok I macam tu ? Ada apa-apa ke dekat muka I. "
Citrani menyoal polos. Tangannya naik menekup pipi. Bahang kian terasa tatkala jejaka di hadapannya semakin tajam menikam anak matanya bersama senyuman nakal.
" I told you, Luthfia. " Faqih maju setapak ke hadapan sebelum menundukkan badan menyamai ketinggian gadis di hadapannya.
" A-apa you ni.. " melihat jarak antara mereka semakin dekat membuatkan Citrani berundur sedikit secara mengejut.
" I suka tengok you malu macam ni. " anak mata memandang tepat ke dalam anak mata milik Citrani.
" Clichénya ayat you ni. " Citrani buat-buat ketawa untuk menutup rasa debar di dada. Mahupun setuja kali jejaka ini mengulang ayat yang sama, dia tetap sahaja akan berdebar hebat.
" Ye ke ? " duga Faqih.
" Hm.. Dah boleh kut masuk dalam rumah. Nanti ibu jenguk keluar, tak jadi pulak surprise you. " Citrani berundur ke belakang sebelum dia melangkah ke sisi kereta di bahagian pemandu.
Faqih mencebik sebelum kaki panjangnya dihayun mengikut langkah Citrani. Pintu kereta pemandu dibuka untuk cik tunang. Citrani berdehem kecil sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta.
" Bawak kereta elok-elok. Ipad you tu nanti dah siap repair, I pulangkan dekat you. "
Mata Faqih tertancap kepada belakang tapak tangan dan jari-jemari yang dihiasi inai merah ketika Citrani mula menghidupkan kereta sebelum mendarat di atas stereng.
" Nanti I bank in duit untuk repair Ipad dekat you. " gurau si gadis.
" Luthfia.. " Faqih menegur lembut. Citrani ketawa kecil sebaik mendengar leretan suara dari Faqih.
YOU ARE READING
Bahagia Ku Curi [SU]
Storie d'amore" Right person, wrong time ? But I lost her and she will never comeback to me even if the right time has come. " Walau sejauh mana Faqih berlari, di penghujung garisan tetap adanya Afrina. Walau selancang apa pun bidasan kata dari Faqih, Afrina teta...