Kepala tersandar pada dinding, suasana hening hanya hela nafas yang terdengar. 'Ya allah kau permudahkan segalanya, kau selamatkan isteri dan anak hamba ya allah' itulah ucapan yang tak henti dihatinya mahupun dibibir sejak menjejakkan di hospital.
30 minit sudah berlalu
Jantung semakin kencang melihat seorang yang keluar dari bilik emergency, pantas mengangkat punggung mendekati susuk tubuh yang keluar itu.
" doctor macam mana dengan isteri dengan anak
Saya ?? . Mereka baik baik saja kan ??"Tangan memegang kepala membuka face mask
"Allhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, anak encik baby boy, cumaa_" semakin lemah untuk disampaikan.
"Cuma apa doctor ??" Dada mula berombak laju tanpa dipinta tangan semakin bergetar laju.
Pandangan mata ke mata "Puan Natasya mengalami pendarahan yang teruk kami terpaksa menidurkan Puan Natasya , Puan Natasya koma."
Mulut tak terkata sepatah hanya mengucap penuh diselubuk hatinya, air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga membasahi pipi.
"Kita berdoa supaya Puan Natasya cepat sedar. Insyaallah tak ade apa apa berlaku kami akan cuba sebaik mungkin, saya juga mintak dari pihak encik untuk setuju dengan segala rawatan yang kami sarankan demi kebaikan puan Natasya" jelas doctor
"Saya mintak diri dulu" Lambat lambat doctor menepuk bahu rayyan dan berlalu pergi.
Daun pintu dibuka perlahan, remuk hatinya melihat isteri tercinta terbaring lemah hanya dengan penuh wayar dan alat bantuan pernafasan. Kerusi disamping katil ditarik perlahan lalu melabuhkan pungungnya.
"Assalamualaikum..sayangg" tangan Natasya diraih lembut dan digengam. " tasya..saya nak bagitahu awak ni anak kita baby boy comel sangat saya baru lepas azankan dia..Insyaallah esok dia dah bole keluar tapi tulah diaa_" diam sejenak air mata mula menitis.
"Dia keluar tanpa mama dia...cepat sembuh ye sayang saya setia menunggu awak anak kita pun"
Rambut Natasya diusap perlahan, ditenung setiap inci wajah Natasya sehingga senyum dipipi diukir tanpa sedar.🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗
Kaki digoyangkan tangan hanya menjadi sandaran kepala, asyik menonton bahunya terasa disentuh pantas kepala menoleh. " Mama.." yang tadinya badan tersandar disofa kini menjadi tegak dan kaki disilakan.
"Tuan tengok TV ke TV tengok tuan" sindir puan rozita. Punggung dilabuhkan berhampiran tasnim.
"Jauh termenung fikir apa?" Sambungnya lagi."Tak fikir apa lah mama." Balas tasnim
Hati mula ragu ya mesti ade sesuatu ni kalau tiba tiba mamanya bertingah sebegini formal betul.
"Tak kerja ? Mama tengok fea berapa harini duduk dekat rumah , tak terlintas lah mama nak tanya ingat fea ambik cuti tapi bila fikir balik lama betul ambik cuti, ade apa apa yang tak kene ke ?" Panjang lebar soalan dan jelas puan rozita pada anaknya."Tak de pape lah mama , memang fea nak ambik cuti lama sebenarnya fea nak pergi bercuti, tapi tulah niat je begitu daripada pergi bercuti baik fea duduk ruma rehat dekat office pun sekarang ni tengah tak banyak kerja" jelas fea
"Ouhh... malam ni nak ikut mama?" Ajak puan rozita
Berkerut dahi licin tasnim "pergi mana mama ?"
"Keluar makan dah lama mama tak keluar dengan anak anak mama, boleh ?" Dia sudah lama tidak meluangkan masa bersama anaknya anaknya setelah pemergian suami tercinta iaitu encik razak 10 tahun yang lalu tanpa sebarang penyakit yang dihadapi mahupun kemalangan mungkin sudah sampai ajalnya. Setelah kejadian itu Puan Rozita hanya fokus bekerja demi membesarkan kedua orang anaknya iaitu Fea Tasnim dan Dhea celina . Alhamdulillah dengan izin Allah keluarga Puan Rozita berubah menjadi serba kecukupan ditambah dengan bantuan Fea yang sudah berkerja.
Hari sudah malam seperti yang dirancang mereka sekeluarga akan keluar makan malam bersama disebuah restaurant mewah yang sudah Puan Rozita tempah. Dia mahu jadikan hari ini hari yang paling special walaupun tidak kelihatan seberapa tapi itu sangat bermakna baginya. Tasnim yang mengenakan dress simple tapi kelihatan sangat elegant, begitu juga dhea yang berpakaian simple menampakkan dia sangat matang.
Fea Tasnim
Dhea celina
Sesampai sahaja di Grand Mellennium kuala lumpur mereka masuk dengan langkah yang begitu elegant menampakkan mereka dari kalangan orang yang berkelas, ye memang mereka dari kalangan orang yang berkelas cuma tak pernah dihati mereka sekeluarga untuk meninggi dengan harta yang dimiliki. Kerusi yang ditarik oleh pelayan ditahan oleh tasnim . "Tak pe saya bole buat sendiri, terima kasih" pelayan itu terus berundur selangkah kebalakang sambil tersenyum.
10 minit selesai membuat pesanan tasnim melihat sekeliling sehingga titik terakhir pandanganya ke arah Puan Rozita.
"Mama ni last eh kita keluar tempat grand macam ni fea tak selasa lah, macam terhormat sangat" Tasnim cuba menafikan yang memang dia tidak suka pun tempat seperti ini kerana dia memang sudah terbiasa hidup sederhana.
"Ye sayang mama ni last tapi mama tak janji" Puan Rozita cuba memahami kehendak anaknya.
"Alahh kakak ni bukan selalu macam ni, tak kesian ke dekat mama dah siapkan semua tapi kakak tak suka pulak" kata dhea cukup perlahan.
"Kakak bukan tak suka lah kakak hargai apa yang mama buat untuk kita cuma kakak tak selesa tu je"entahlah memang tidak ade yang cuba memahami kehendak tasnim kecuali mamanya atau dia sendiri yang memang tak menghargai kerja keras orang.
🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗
"Ye ye mama dah keluar dah ni kejap ye, kejap lagi mommy sampai" kata seseorang dalam lingkungan 40 tahun sedang terburu buru sambil menjawab panggil.
"Aduhh" tanpa sengaja dia terlanggar seseorang yang juga berjalan searah dengannya pantas telefon yang dipegang dimatikan.
YOU ARE READING
Rayyan Ezrashah ||OG
Romance"Kau nak sangat kawin dengan aku, Aku ni suami orang, isteri aku hidup lagi" -rayyan "Adik aku lebih menarik ke?" -rayyan "Cepatlah keluar nanti tasya nampak" -tasnim