Matahari sudah terpancar, sejak awal pagi Tasnim sudah terbangun, dia menyiapkan sarapan pagi untuk seisi rumah. Terlintas ditelinga tasnim jejak kaki seorang siapa lagi kalau bukan rayyan, hanya dia dan rayyan je ada dekat rumah ni.
"Kau Buat apa tu ?" Soal Rayyan yang semakin dekat kearah tasnim.
"Harini saya buat breakfast, awak makan lah, kalau awak tak biasa makan pagi, saya boleh bekal kan makan dekat office nak ?" Jawab Tasnim.
"Takpelah aku makan sekarang." Kerusi ditarik perlahan sebelum punggunh dilabuhkan. "Kenapa tiba tiba nak buat breakfast ?" Sambungnya lagi.
"Saja, tadi ayden bangun awal dah siapkan dia lepas tu tak tahu nak buat apa jadi buat lah breakfast, tapi nasi goreng jelah dalam freeze tak ada banyak bahan, awak tak marah kan saya masuk dapur ni lepastu masak ?" Selama dia disini tidak pernah menyetuh barang didapur melainkan membasuh botol ayden kalau makan pun Rayyan mesti belikan tak menyempat lah nak memasaknya. Jadi harini dia saja nak selongkar semua barang barang ni masak apa yang ada.
Kepala digelangkan "guna jelah lagipun dah lama barang ni semua tak diguna." Tangan diseluk kedalam blazer mengambil purse, kad dihulurkan kearah tasnim.
"Untuk apa ni ?"
"Pergi lah belanja nanti guna kad ni, biar kau selesa tinggal sini isi apa yang patut dalam freeze tu, kalau ada barang rumah yang kau rasa nak beli, beli jelah." Suap demi suap dimasukkan kedalam mulutnya, sedap jugak dia masak.
"Oky, no limited ke ?" Gurau Tasnim.
"Kalau no limited pun kau nak beli apa?, beli kedai tu ke?"
Merah merona wajah tasnim dengan jawapan Rayyan. Yelah aku ni siapa nak tanya no limited beli jelah apa yang patut, tak malu ingat kau isteri dia ke nak lebih lebih, aduhh tasnim tasnim.
"Dah tak payah nak termenung, bekal aku nasi goreng ni, cepat aku tunggu dekat luar" kata Rayyan.
"Haa ?" Blur seketika tasnim dibuatnya, lantas dia tergesa gesa ke kabinat mengambil bekas setelah melihat Rayyan yang hilang dari pandaganya.
Setelah siap Tasnim membawa bekal itu kehadapan bertemu dengan rayyan yang berada didalam kereta.
"Nah" bekal dihulur.
"Terima kasih"
"Sama-sama" jawab tasnim dengan tenang dihiasi senyuman.
"Hati hati dekat jalan"
Kepala dianggukkan lambat lambat. Perlahan kereta mula keluar dari perkarangan rumah, dan hilang dari pandagan tasnim.
🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗
Butang lift ditekan naik tak lama menunggu pintu pun terbuka kaki dilangkah masuk belum sempat pintu tertutup ada satu tangan menghalang untuk masuk juga. Pantas tangan juga membantu menahan pintu lift itu.
"Sorry"
"Naz ?"
Kaki dilangkah masuk "thank you abang" jawab wanita itu setelah pintu lift tertutup rapat, hanya mereka berdua didalam lift tersebut.
"Naz buat apa dekat sini ? Bila sampai ?" Tanya rayyan. Nazreen ialah adik perempuan natasya yang turut tinggal jerman.
"Baru 2 hari,sorry naz balik sini tak bagitahu abang pun" jawab nazreen tenang.
"Lagi satu sorry naz datang office abang tak bagitahu dulu" sambungnya lagi."Takpelah abang tak kesah lah jom lah" ajak Rayyan setelah pintu lift terbuka.
"Berapa lama naz dekat sini ?" Tanya Rayyan sambil tanganya bermain diatas komputer.
"5 hari je, lagipun naz kan datang sorang kalau datang dengan family naz mesti duduk sini lama" jawabnya. "Ni naz datang pun naz tak sanggup tengok kakak terlantar macam tu, dah lah sorang sorang".
Terhenti jari jemari bermain diatas keyboard. "Maksud naz ?"
"Siapa perempuan yang datang dekat hospital haritu?" Perbualan berubah menjadi serius, tegang dan hening.
"Dia ? Dia babysitter ayden. Abang tak sempat nak jaga dia abang terpaksa ambik babysitter, lagipun dia anak kawan mommy." Terang Rayyan dengan jelas untuk tidak menimbulkan kedalah fahaman keatas keluarga Natasya.
"Naz just tanya, no need to explain" semakin berkerut hebat kening Rayyan dengan jawapan Nazreen, gadis itu seolah seolah menjebak rayyan. Dan bersangka Rayyan ada hubungan dengan wanita lain.
"Abang, naz tak boleh lama dekat sini naz balik dulu lah." Tangan mengapai hangbag dihadapanya lalu bangun. Lenggan sempat ditahan sebelum kaki melangkah. Kepala terangkat kearah Rayyan.
"What ?"
"don't think the unexpected, i am not ezrashah again."
"Who said ? You ? Rayyan, i know you no one can change your life, except you. Bahkan natasya pun tak boleh ubah you tau."
Empat pasang mati saling menatap.
Keadaan sepi seketika.
Lenganya yang tadi digengam kasar mula dilepaskan.
"Naz pergi dulu, Assalamualaikum "
"Wa-alaikumsalam"
Dibiarkan gadis itu pergi, mata dikerlip perlahan lahan, rambut diusap kasar badan dihempas diatas sofa. Kepala berdenyut hebat kata kata nazreen bermain dimindanya.
Knock knock
Tertoleh kepala kearah pintu
"Bos"
"Hmm"
"Meeting lagi 10 minit, saya cuma ingatkan" pesan mickael.
"Nanti aku masuk, korang tunggu dulu" jawab Rayyan.
🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗
Kereta masuk kehalaman rumah enjin dimatikan kepala disandarkan, streering kereta digemgam erat ia kata kata nazreen tidak langsung pudar diingatan seorang Rayyan. Nafas didengus kasar.
Knock knock knock !!!!
Tingkap kereta diketuk kuat terhenti lamunan, melihat keadaan Tasnim yang kelam kabut itu tidak melambatkan Rayyan keluar dari kereta.
"Kenapa ni ?" Tanya Rayyan.
"Ayden"
"Ayden badan dia panas !" Tegas Tasnim.
"Cepat lah Rayyan bawak dia pergi klinik dari tadi tak turun tau panas dia" pinta Tasnim
Tanpa berkata apa apa kedua duanya melangkah laju kaki kedalam rumah.
Sesampai didalam bilik Ayden, dahi dan lehernya dipegang sangat panas wajah bayi itu mula memabhang kemerahan lantas didukung dipundak dan dibawa keluar, tasnim juga terus berlari mengikuti Rayyan daun pintu sempat ditutup.
"Tak apa biar saya je yang dukung ayden, awak fokus bawak kereta je" pinta tasnim sambil mengambil ayden dari pundak rayyan. Tanpa berkata rayyan hanya menurut sahaja.
Sesampai diklinik tasnim terus membawa ayden masuk kedalam bertemu dengan doctor. Rayyan hanya menunggu diruang tunggu. Kaki melangkah ke kiri ke kanan pintu bilik doctor menjadi tatapan resah gelisah.
15 minit sudah berlalu.
Pintu bilik doctor terbuka pantas rayyan mendekati tasnim dan ayden.
"Macam mana ? Doctor cakap apa ? Ayden ok?" Bertalu talu soalan diacuhkan pada tasnim.
Raut muka kecewa ditayangkan. "Doctor kata ayden deman panas, dia kurang air doctor bagi surat untuk kita bawa ayden pergi hospital, sekarang rayyan jom" terang tasnim dengan jelas.
Tanpa berlengah mereka pun pergi ke hospital dengan segera.
YOU ARE READING
Rayyan Ezrashah ||OG
Romance"Kau nak sangat kawin dengan aku, Aku ni suami orang, isteri aku hidup lagi" -rayyan "Adik aku lebih menarik ke?" -rayyan "Cepatlah keluar nanti tasya nampak" -tasnim