Part 13

276 13 0
                                    

🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗

Suasana hening hanya terdengar suara radio menghiasi dalam kereta . Tangan ligat memutar stering kereta memasuki jalan baru dengan tenang.

"Hmm..aku nak tanya sikit boleh" suasana hening tadi lesap setelah mendengar suara garau dari Rayyan.

"Tanya apa ?" Jawab tasnim ringkas.

"Kau kan kaya,pandai,berkelas,family bukan calang calang..tapi kenapa kau nak jadi babysitter ?? Kau tak ada kerja lain ke ?? Sambung belajar ke ??" Bertubi tubi soalan dari rayyan .

"Saya tak nak sambung belajar dah..sayang memang tengah cari kerja sekarang..tapi kebetulan puan azizah yang tawarkan saya kerja ni sementara natasya pulih..gaji pun lumayan apa salahnya saya kerja ni dulu" jawab tasnim.

Kepala dijatuhkan berkali kali mendakan rayyan faham dengan jawapan tasnim itu

"Aku harap sangat kau tulus jaga anak aku..dia sangat perlukan kasih sayang dari kau semetara tunggu tasya pulih macam dulu..tapi lepas tasya pulih aku nak kau berhenti kerja carilah kerja yang lain..yang lagi berbaloi untuk diri kau..lagipun aku takut isteri aku fikir bukan bukan pulak" jelas rayyan sambil memasuki gerbang besar milik rumah agam puan azizah.

"Ye saya akan berhenti" jawab ringkas tasnim sambil membelai halus rambut ayden.

🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗

"Alahaii cucu nenak dah sampai" Riang puan azizah sambil mendekati Rayyan yang mendukung ayden dihalam rumah.

"Assalamualaikum mama" tangan dihulur kearah puan azizah.

"Waalaikumsalam" jawab ringkas puan azizah.

"Assalamualaikum aunty" hulur tangan tasnim juga pada puan azizah.

"Waalaikumsalam..jom lah masuk mesti cucu nenak ni penat kan.." kaki mula melangkah masuk kedalam rumah sambil mendukung cucunya tercinta.

Rayyan hanya memandang tasnim sekilas sebelum mengekori puan azizah. Tasnim juga mengorat langkah mengekori rayyan dari belakang.

"Ayann busy sangat ke sekarang sampai mama suruh datang baru nak datang..kalau mama tak suruh tak datang lah kan ??" Tanya puan azizah.

"Kebetulan ada orang jaga ayden maa apa salahnya ayann siapakan kerja dekat office lagipun kerja tu semua dah lama dah terbengkalai" jawab rayyan dengan tenang.

"Ni cuti sebab mama ke apa ??" Tanya puan azizah lagi.

"Tak lah maa.."

"Aunty saya nak tumpang tandas boleh ??" Celah tasnim tiba tiba yang dari tadi hanya menjadi orang tengah diantara perbulan puan azizah dan rayyan.

"Ehh pergilah sayangg dekat tepi dapur tu ye" jawab puan azizah sambil mengukir senyuman.

Tasnim terus bangun dan berjalan menuju tandas yang diberitahu puan azizah.

"Rayyan mama cuba nak cakap ni dah lama dah..rasanya sekarang masa yang tepat" keaadaan sedikit tegang apabila suara lembut buat azizah mengeluarkan soalan sebegitu.

"Penting sangat ke maa"

"Sangat" ringkas padat tepat jawab puan azizah.

Badan yang tadinya tersandar kini menjadi tegak.

"Apa dia maa ??" Tanya rayyan sedikit cemas.

"Tasnim tu ok tak selama dia jaga ayden ?"

Berkerut kening rayyan mendegar soalan puan azizah. 'Ni ke soalan penting tu' bisik dalam hati rayyan.

"Ok je maa..kenapa?"

"Tak saja je mama tanya..tasya macam mana perkembangan dia ?" Kias puan azizah.

"Tasya macam tu lah maa..ayann bukan tuhan nak buat dia terus sedar..doctor pun bukan tuhan..kita ikut jelah alurnya macam mana..ayann pasrah je dengan yang atas sekarang." Jawab rayyan yang mula megendurkan kedudukannya.. 'tak lah tegang mana..ingat kan apa lah tadi'

"Betulah tu apa yang ayann cakap" jeda seketika
"Tapi bukan tu yang sebenarnya mama nak cakap"
Jelas puan azizah.

Terangkat kepala rayyan mendegar kata puan azizah.

"Jadi apa dia maa?" Tanya rayyan pantas tak mahu dia berkias.

"Sebernarnya mama kesian tengok rayyan macam ni..dengan keaadaan tasya yang tak tahu bila dia akan sedar..anak mama ni dah tak terurus..nasib ada tasnim tu yang tolong jaga ayden..tengok dia pun macam jaga makan minum rayyan" jelas puan azizah.

Berkerut hebat kening rayyan. " maksud mama ??"

"Mama buat ni untuk kebaikan rayyan..rayyan boleh fikir fikirkan apa yang mama cakap ni..bukan untuk rayyan je..untuk ayden juga" tambah puan azizah.

Semakin tertanya tanya rayyan dibuatnya.

"Mama nak rayyan kawin dengan tasnim"

DANGG !!!

terasa satu tendangan kuat terasa didada rayyan. Apa lah yang terlintas difikiran puan azizah sehingga berkata sebegitu..sedangkan rayyan masih bergelar suami orang dan masih ada isteri bukan nya isterinya itu telah meninggal dunia.

"Mama dah gila ??" Tegas rayyan.

Kaki terkunci disebalik dinding mendengar kata puan azizah.. ' haa aku kene kawin dengan rayyan kenapa ?' Bisik hati tasnim yang terhenti disebalik dinding sebelum menerusi perjalanan menunu keruang tamu.

"Macam ni rayyan bercakap dengan mama ??" Tegas puan azizah juga.

"Rayyan dah cukup baik dengan mama..takkan mama tak boleh baik dengan rayyan sampai mama boleh terfikir macam ni ?? Tasnim tu cuma babysitter je maa..bibik dekat rumah rayyan tak lebih." Semakin meninggi nada suara rayyan tapi masih tidak berlebihan.

"Jaga mulut rayyan tu..tasnim tu orang baik baik...tak lavel dia nak disamakan dengan bibik ye rayyan" tegas puan azizah lagi..gigi geraham mula dicengkam kerana geram dengan sikap rayyan.

"Ya sebelum ni ayann boleh baik dengan dia tapi mama buat ayann hilang rasa hormat...ayann ada isteri lagi maa..dia tu hidup lagi maa bukan mati" mata rayyan makin membesar...angin sudah berbaur baur dikepala dengan pertengkaran yang tidak dijangka.

Kaki laju melangkah keruang tamu semua dengan keadaan seperti tiada apa apa...niat memang ingin memberhentikan keadaan riuh gundah itu.

Kedua kepala terangkat serentak menghadap susur tubuh mungil tasnim..tiga pasang mata saling bertatapan.

"hmm-m ke-napa ye ?" Tanya tasnim gagap.

Kedua kepala terus beralih dan duduk seperti tiada apa apa..

"Tak ada apa lah tasnim..meh sini duduk kenapa tercegak dekat situ" suruh puan azizah.

"Aunty borak apa tadi macam serius sangat je..sorry lah tasnim masuk campur ni" tanya tasnim dengan segan silu.

"Tak tasnim ni mama nak cakap hal berkait tasnim kebetulan tasnim pun ada kat sini kan..jadi mama sebenarnya nak jo.."

"Eh tak ada kaitan pun dengan kau" celah Rayyan pantas.

Semakin terpingga pingga tasnim dibuatnya..

"Kenapa ye aunty ??" Perlahan tasnim bertanya dengan mula rasa takut melihat rayyan lain dari yang lain.

"Kau pergi bawak ayden masuk bilik dekat atas SEKARANG !!" pinta rayyan dengan tegas.

"CEPATLAH SEKARANG !!" Semakin tinggi nada suara rayyan.

Tanpa menjawab sepatah kata Tasnim membawa ayden naik ke tingkat atas.

"Ayann apa macam tu ?" Tanya puan azizah.

"Mama jangan sikit pun bagitahu dekat tasnim..biar rayyan sendiri cakap dengan dia" jawab rayyan yang mula tenang.

"Jadi rayyan setuju ?"

Seketika hening keaadan disitu hanya kedegaran kipas yang berpusing.

Rayyan Ezrashah  ||OGWhere stories live. Discover now