"Boleh tasnim, tapi ni dah malam boleh ke balik sendiri, ke nak tidur sini, esok pagi baru balik"
Risau jika membiarkan anak itu balik sendiri keadaan malam begini."Takpelah tasnim bawak kereta sendiri, bukanya naik grab,boleh je balik sendiri tak ada apa lah, kalau tidur sini segan lah, apa pulak kata orang nanti. " jawab tasnim menyakinkan keraguan puan azizah.
"Fea tasnim ?" Celah rayyan diantara perbualan Puan Azizah dan tasnim.
Ia dia pernah nampak gadis ini.
Berkerut hebat kening puan azizah dengan tebakan rayyan itu. "Rayyan kenal ?" Tanya puan azizah.
"Awak yang tolong saya masa dekat klinik haritu kan ? , itu awak kan" tanya rayyan.
"Erm , yaa tu saya , ni encikk ?? " lupa lupa ingat tasnim dengan lelaki itu.
"Rayyan" pantas rayyan memberi namanya. "Mommy ni ke babysitter ayden?" Soalan tiba tiba di berikan pada Puan Azizah.
"Yee, korang dah kenal ke ?" Tanya puan azizah.
"Kenal macam tu je aunty, kebetulan time tu saya tolong encik rayyan ni, tak lebih pun" jelas tasnim dengan ragu ragu.
"Takpelah lah fea awak tidur sini je, kalau nak balik dah malam, lagipun ada mommy saya tak ada lah orang apa apa nanti" kata rayyan tanpa fikir apa apa, pandagan Puan Azizah menjadi pelik, mata memandang kearah rayyan kemudian berbalik semula pada tasnim.
"Jom lah tasnim aunty tunjukkan bilik" ajak puan azizah.
"Betul ke ni aunty" segan tasnim dibuatnya. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Ye jom" tangan tasnim ditarik puan azizah.
Awal pagi tasnim sudah pulang untuk siapkan diri, dan dia datang semula ke kediaman Rayyan. Sesampai sahaja dia terus ke bilik ayden menyiapkan bayi itu ditemani dengan Puan Azizah yang siap siaga menunjuk ajar pada tasnim. Boleh tahan pro jugak tasnim ni, lebih kurang je dengan orang yang ada pengalaman, semakin tidak ragu puan azizah dengan kecekapan memilih tasnim memjadi pengasuh ayden, jadi pengasuh bapak dia pun tak ape ehh.
"Bye tokmi" tasnim mengangkat tangan ayden dan melambaikan tangan kearah Puan Azizah yang keluar dari perkarangan rumah itu. Puan Azizah sudah memberi kepercayaian sepenuhnya pada tasnim, jadi dia berani meninggalkan tasnim bersama ayden begitu sahaja, dia juga sudah memberi tahu pada rayyan tentang hal ini, rayyan hanya bersetuju.
Hari sudah berlarut malam, tasnim menemani rayyan didalam biliknya sambil bermain mainan, 'lambat betul bapak dia ni balik' getus hati tasnim.
🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗
"Kau kata senang lah Raf, kau belum kawin kau belum ada anak , jaga anak bukan senang tau, lagi lagi tak ada isteri macam ni" kata rayyan yang sedikit meninggi, yelah sape je tak geram bila orang kata eleh setakat jaga anak je pun sorang pulak tu, ha sini aki bagi kau sehari je jaga anak.
"Relax lah bro, ok ok macam ni aku bagi kau cadangan, apa kata kau kawin lain boleh lah dia jaga anak kau," cadangan mengarut rafael menaikkan lagi darah amarahnya, menyesal sungguh dia keluar dengan kawanya sorang ni, ringan tangganya dihayunkan ke kepala rafael.
"Aduhh" adu rafael sambil mengosok kepalanya.
"Aku gurau je kau anggap serius dah kenapa" sambungnya lagi."Kau bergurau salah tempat salah ayat, kalau kau nak bergurau macam ni cuba kau bergurau dekat bapak kau cubalah" tegas rayyan yang betul betul geram ditaraf tertinggi.
"Apahal main bapak aku pulak" soal rafael.
"Sakit hati ?" Jawab rayyan. "Ha macam tu lah perasaan aku tadi, kau senang lah cakap kawin lagi habis bini aku yang terlantar tu macam mana ? Kalau tiba tiba, lepas aku kawin yang baru dia sedar dari koma sape nak menjawab makcik kau ke?" Tegas rayyan lagi.
"Jawab jelah yang kau tak tahan, susah lagi nak jaga ayden sorang sorang" jawab rafael selamab.
"Naik gile aku cakap dengan kau ni, aku yang tak tahan ke kau yang tak tahan dah lah baik aku balik, lama lama dekat sini terputus saluran otak aku" kunci kereta diatas meja bersama phone terus diambil dan pergi begitu sahaja.
"Heii bro sape nak bayar ni !" Jerit rafael.
"Kau lah , dah kau yang ajak" jerit rayyan sambil berjalan mendekati kereta, sempat dia melambaikan tangan kemenangan sebelum menutup pintu kereta.
'Si*l betul kau tunggu lah, lepasni kau pulak belanja aku makan' getus rafael.
🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗
Kaki melangkah masuk kedalam rumah agam, tak terlihat satu pun bayang yanh terlihat, dengan hati yang lapang kaki mula mendaki anak tangga, sesampai dihadapan bilik anak tercinta, tangan ringan menghayunkan berkali kali sehingga mengeluarkan bunyi. "Fea, awak dekat dalam ke?" Tanya Rayyan yang masih diluar bilik.
Tanpa ada balasan lantas dia bangun dan membuka pintu. "Ye, eh encik bila balik?".
"Tak payah panggil encik encik panggil rayyan je." Jawab datar.
Keaadan senyap seketika.
Mata dijuntaikan kearah dalam bilik kerana terlahang oleh tasnim.
"Ayden dah tidur, rayyan saya balik dulu, esok pagi kalau dia terjaga bagi je susu, pampers dia dengan baju ganti saya dah letak tepi katil nanti kalau awak perlukan ambik yang saya dah sediakan je." Terang tasnim sebelum melangkah pergi.
Kakinya terhenti di hujung tangga sebelum turun apabila namanya diseru.
Apalagi yang tak kene dengan mamat ni. Takut takut sebenarnya tasnim nak berhadap dengan Rayyan dulu waktu pertama kali jumpa tak ada lah rasa apa apa.
"Ye ?"
"Macam susah je awak ulang alik dari rumah kesini, balik pulak malam" kata rayyan.
Memang susah pun sudah lah rumah jauh.
"Eh tak susah lah lagipun saya datang sini kerja" jawab tasnim datar.
"Apa kata esok datang bawak bawak terus baju awak, tinggal sini seminggu sekali awak balik lah" cadang rayyan "jangan risau saya tak buat apa apa, awak tu macam bibik saya,tapi saya cuma nak pastikan kalau saya balik, awak tak ada dari pandagan saya." Sambungnya lagi.
Bibik dia kate dekat aku.
"Erhmm lagi menyusahkan je, kalau jiran jiran awak cakap bukan bukan macam mana ?" Tanya tasnim ragu ragu.
Wajah diusap kasar sebelum menjawab soalan tasnim yang menyusahkan dirinya. Orang dah bagi kerja senang tak nak."Kau pekak ke, kau tu dah macam bibik aku, aku cakap jelah yang kau tu bibik aku, jiran tak akan kate apa apa, kalau kau tak gedik gedik nak keluar rumah," jawabnya sedikit meninggi.
Hampir bergenang air mata tasnim ketika itu, kene rasuk ke mamat ni tiba tiba je nak marah, dengan panggil kau akunya, aku ada buat salah ke.
"Yelah yelah esok saya terus bawak baju." Terketar suara tasnim, dengan hati yang sebak dia terus pergi begitu sahaja meninggalkan rayyan.
YOU ARE READING
Rayyan Ezrashah ||OG
Romance"Kau nak sangat kawin dengan aku, Aku ni suami orang, isteri aku hidup lagi" -rayyan "Adik aku lebih menarik ke?" -rayyan "Cepatlah keluar nanti tasya nampak" -tasnim