Part 5

875 55 3
                                    


"Assalamualaikum Sayangg" rambut halus diusap perlahan, kain basah yang sudah disiapkan bersama bekas berisi air, kain diambil diperah perlahan, dilipat rapi lalu diusap perlahan keseluruh lengan isterinya.

"Abang mintak maaf sayang harini abang datang lambat, tadi abang hantar ayden pergi klinik, harini ade checkups, tapi abang sedih sayang, abang tak tahu apa apa pasal baby" kain dicelup semula kedalam bekas dan diperah diusap pula dilengan sebelah. " kalau ade sayang mesti abang tak susah, tapi sayang tadi ade orang tolong, baik hati dia, dia nampak abanh susah payah uruskan pasal ayden, tu dia terus tolong,sayangg cepat lah sedar ayden rindu mama dia, abang pun rindu sangat" terhenti tanganya, keluhan panjang dilepas.

Entah sampai bila dia harus hidup begini tanpa seorang isteri di sisi, dia lah ibu dia bapa segala kerja yang dibuat natasya dahulu kini beralih pada dirinya, bukan sahaja tanggungjawab kerja, tapi kesunyian melanda dirinya gelak tawa sehingga kesedihan mahupun gurauan wanita itu menjadi kerinduan terberat.

"Sampai bila saya kene menunggu macam ni doctor?, Masih ade harapan lagi kan untuk tasya sedar?, apalagi yang perlu saya buat?," bertalu talu soalan diajukan pada doctor.

"Sabar rayyan, saya pun masih berusaha untuk pulihkan tasya, saya bukan tuhan untuk sedarkan tasya macam tu je, ini pun perlu masa, tasya pun kene kuat, rayyan tak perlu buat apa cuma support setiap perkembangan dan ratawan tasya" jelas doctor Firdaus yang telah ditugaskan merawat natasya.

Hanya keluhan panjang yang keluar, itu sahaja yang dia dengar dari mulut doctor setiap penjelasan hanya perlu sabar dan sabar tapi sampai bila ?, dia sudah tidak mampu hidup sebegini. Tombol pintu dilepas kaki melangkah ke kerusi, tubuh disandarkan lemah, mata tertuju keatas tanpa sedar air mata menitik, ia dia perlu kuat untuk anak dan isterinya.

🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗

Daun pintu ditolak perlahan sebelum melangkah masuk kedalam bilik ayden, kepalanya disengetkan sedikit untuk mengintai keadaan didalam, terlihat sekujur tubuh sedang mendodoi ayden, "mommy." Sapa rayyan.

Spontan badan tertoleh kearah empunya suara.
"Rayyan, bila sampai ?" Tanya puan azizah.

"Baru je," jawab rayyan, kaki mula melangkah masuk. "Mommy sinilah ayden tu, mama pergilah tidur" sambungnya lagi.

"Mommy belum nak tudur, mommy letak dulu" lantas tanganya membawa bayi itu ke dalam baby cot.

"Macam mana ??" Kedua kening terangkat, badan disandarkan kesofa dengan perlahan. "Mommy dah jumpa babysitter tu." Sambung Puan Azizah lagi.

"Mommy"

"No excuse, mommy penat rayyan, lagipun babysitter tu anak kawan mommy." Terang puan azizah.

"Anak kawan mommy?, kawan mommy bukan kaya kaya ke, boleh je dia kerja lebih bagus , kenapa nak jadi babysitter pulak ?" Tanya rayyan dengan penuh tanda tanya setahunya anak orang kaya ni mana nak kerja jadi babysitter, banyak lagi kan kerja lebih layak untuk mereka.

"Alasan ke ni ?" Sebelah kening terangkat . "Mommy tetap nak dia jadi babysitter ayden, kalau mommy pilih orang luar belum tentu lagi dia boleh jaga ayden, ini anak kawan mommy kalau jadi apa apa senang lah mommy nak cari, kalau orang luar? , sudah lah rayyan mommy tetap dengan keputusan mommy, mommy dah mudahkan kerja rayyan ni, bersyukur sikit." Pandangan rayyan terus beralih dengan keluhuhan berat.

"Mula minggu depan mommy takkan datang sini lagi, selagi rayyan tak nak ada babysitter, mommy nak tengok sejauh mana rayyan dengan pendirian rayyan ni." Tegas Puan Azizah.

"Ok fine, rayyan nak pengasuh tu, tapi ada syarat" pinta rayyan.

"Apa ?" Tanya Puan Azizah.

"Rayyan tak nak masuk campur dengan urusan pengasuh tu" syarat rayyan. Entah apa yang merasuki mindanya dia takut jika dia perkara yang tidak dingini berlaku di antara dia dan pengasuh tersebut, sebab itu lah dia tidak mahu mengambil pengasuh, dia tak mahu berpaling dari natasya, hatinya hanya untuk natasya.

"Ok mommy tak kesah, mommy nak dia jadi pengasuh ayden je, bukan pengasuh kamu" jelingan tajam di berikan Puan Azizah sambil meninggalkan ruangan tersebut.


🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗

"Assalamualaikum" tangan ringan mengetuk pintua rumah agam itu, dengan selamba matanya mengeliar keseluruh kawasan rumah, tanpa sedar pintu sudah terbuka.

"Tasnim kan ??" Tanya seseorang .

"Ye saya" jeda "hmm ni Puan Azizah ke ?" Tanyanya lagi.

"Panggil aunty je, jom lah masuk ayden dah tunggu tu." Menundukkan sedikit kepala. Senyuman segaris dilemparkan, kaki melangkah masuk.

"Aunty buat air teh je, takut tasnim tak air pelik pelik" kata Puan Azizah dengan ramah.

"Takpelah aunty tak payah susah, saya datang ni nak kerja bukan jadi tetamu." Jawab tasnim.

"Tasnim dah siap nak kerja ni ?, yelah jaga baby susah takut tak biasa" tanya Puan Azizah takut juga dia meminta tasnim untuk menjaga cucunya. Takut tasnim tak biasa dengan budak budak. Puan Rozita sudah memberi tahu padanya yang tasnim tidak ada pengalaman tapi untuk belajar menjaga baby tu mungkin boleh.

"Insyaallah tasnim cuba, aunty rasa kalau tasnim jaga tak betul tu aunty tegur je, tasnim tak kesah, jaga baby ni bukan perkara remeh aunty." Jawab tasnim.

"Insyaallah aunty pun tak akan lepas tangan."


🅡🅐🅨🅨🅐🅝 🅔🅩🅡🅐🅢🅗🅐🅗

Badan direbahkan disofa, pelipis diurut perlahan,
Segala kerumitan di perjabat akhirnya terselesai juga, sebelum pulang kerumah dia pasti akan kehospital dahulu melihat keaadan natasya, dia ingin memastikan keadaan isterinya baik baik sahaja.

"Dah balik," tegur puan azizah yang menuruni anak tangga.

Mata terus beralih kearah empunya suara. "Dah mommy" datar suara rayyan menjawab.

"Natasya macam mana ?? Dia ok." Tanya Puan Azizah.

"Dia ok tapi, doctor cakap tak perkembangan apa apa sama je macam sebelum sebelum ni." Keluh rayyan dia sudah hampir menyerah dengan keaadan ini pernah terdetik untuk menamatkan hidup, tapi dia memikirkan anaknya yang masih memerlukan seorang bapa, niatnya terus terpadam.

"Tadi keluarga natasya ada call mommy, hujung bulan ni kalau tak ade apa apa diaorang nak balik Malaysia, kalau balik lah, dari hari pertama natasya jejak dekat hospital tu nak bersalin pun keluarga dia tak ada call, entahlah mommy tak tahu nak cakap apa." Keluarga natasya sudah menetap lama di jerman hanya pulang kemalaysia jika perlu. Ketika mereka pulang pun waktu itu hari pernikahan rayyan dan natasya ia 10 tahun yang lalu, selepas itu semua tentang mereka lesap begitu. Sedih bagi pihak natasya kerana keluarganya yang menganggap ini hal remeh.

"Tasya ada rayyan je, ada mommy, ada ayden, rayyan cuma nak kita hargai dia je, takpelah kalau keluarga dia nak balik sini, rumah ni selalu terbuka untuk diaorang, kalau tasya dah sedar dia lagi happy keluarga dia dah balik nak jumpa dia." Rintih hati rayyan mendengar khabar keluarga natasya yang ingin pulang kemalaysia. Anak dah hujung hujung nyawa baru nak ingat.

"Auntyy, ayden dah tidur saya balik dulu lagipun dah malam ni." Terkejut rayyan dengan suara entah muncul dari mana, membulat matanya melihat sekujur tubuh gadis angun dihadapan matanya, hampir tidak berkelip matanya kerana melihat keangunan gadis itu. 'Macam pernah nampak' bisik hatinya.

Rayyan Ezrashah  ||OGWhere stories live. Discover now