Hampir tiga pinggan juga aku menambah spageti carbonara yang dihidangkan di atas meja.
Siapa aje tak suka hasil tangan ibu sendiri kan? Kalau boleh, semua hidangan yang ada atas meja ini, semua aku mahu sapu. Tapi perut tidak mengizinkan.
"Tak nak suap abang ke?" Soal Arjuna yang berada di sebelahku.
Aku pandang Arjuna. Ewah ewah, depan orang ramai pun masih on ya perangai dia ni.
Tiba-tiba abang Han dan juga abang Qaarin berdehem serentak.
"Kau nak jadi kudung ke? Aku boleh tolong." Sindir abang Qaarin.
"Aku tahulah dah halal, tapi cover cover la sikit." Giliran abang Han pula berkata.
Arjuna hanya memandang abang Han dan abang Qaarin berselang-seli. Sudu dan garpu yang dipegang oleh Arjuna terus diletakkan di atas pinggannya.
Dengan lagak selambanya, Arjuna menarik lenganku untuk mengikutinya. Namun, pantas saja aku menepis.
Terkebil-kebil aku pandang dia. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba aje tarik tangan aku. Dia ingat aku ni patung ke apa?
"Kau nak bawa adik aku pergi mana?" Suara abang Han bertukar garang.
"Bawa masuk bilik. Kau suruh cover kan? Ni, aku nak cover lah ni." Arjuna menyindir balik.
Wah, wah, wah. Menyindir Arjuna levelnya lain macam! Sampai aku yang tak terlibat pun dilibatkan sama. Apalah nasib.
Aku pandang abang Han. Jelas terpapar riak wajah tak puas hatinya. Dia marah sebab sindir atau sebab nak bawa aku lari?
Abang Han memeluk tubuhnya.
"Kau buat salah lah, Juna." Balas abang Han.
Eh? salah? Apa yang salah?
"Apa yang salah?" Soal Arjuna dengan wajah yang berkerut sambil memandang abang Han yang masih tetap dengan posisinya.
Abang Han kini bangun sebelum membuka langkah mendekati Arjuna. Dia memandang aku dan Arjuna berselang-seli. Abang Han kemudiannya membisikkan sesuatu ke telinga Arjuna, membuatkan riak wajah Arjuna yang keliru bertukar dengan senyuman sinis.
Apa yang dia orang berdua bisikkan? Tak adil! Aku pun nak tahu juga.
Anak mata Arjuna bergerak memandang aku. Senyuman sinis masih belum pudar di wajahnya. Ini mesti idea gila daripada abang Han! Bukannya aku tak tahu perangai abang Han tu macam mana. Ish, siap dia nanti.
Perlahan-lahan Arjuna mendekatiku namun, perlahan-lahan juga aku mengundur ke belakang bersama dengan kerusi yang sedang aku duduk.
"A.. abang nak bu.. buat apa?" Soalku tergagap-gagap. Aduh, waktu-waktu macam ni boleh pula jantung aku naik gila.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...