-... --- -... --- .. -... --- -.--
Amato: Anak.. ku...?
Deon: Ishh... kau diam!!!
???: Kalau kau susah sangat nak cakap, meh sini aku bagi tahu.. Aku adalah...
Lelaki berperisai itu membuka topeng dia dan Amato boleh melihat muka dia sama dengan muka lelaki berperisai itu.
Amato: Tak mungkin... K-kau adalah aku!!!
.
Lelaki berperisai itu hanya ketawa melihat reaksi Amato, yang membezakan muka dia dan Amato sekarang adalah kesan parut di sebelah kiri wajahnya.
???: Hahaha di dunia ni aku dipanggil Lord penguasa power sfera!
(Okay author tak ada idea untuk nama apa so korang terima je laa ya)
Amato: Lord.. Bukan Mechamato?
Lord: Hah itu nama aku masa aku lemah, sekarang aku lah yang mengawal segala power sfera.
Amato memandang Deon dengan muka tidak percaya, dia tak sangka musuh Deon adalah dirinya sendiri.
Amato: Jadi semua misi yang kita pergi tu.. untuk selamat kan power sfera dari mamat tak guna ni?!
Deon: Ya... tapi lelaki kat depan aku sekarang ni, bukan ayah aku.
Deon mengelap sedikit darah di bibirnya, Amato yang berada di sebelah cuba membantu Deon berdiri, Deon yang teringat sesuatu terus memengang tangan Amato dan menolak dia ke belakang.
Amato: Urrghh... kenapa to-lak- *perasan sesuatu*
Deon menarik nafas dan menguatkan diri dia, Deon sekarang berdiri tengak mengadap Lord iaitu bekas Ayahnya.
Lord: Ayah? Wah dah lama aku tak dengar kau panggil aku macam tu boi, adakah kau sudah lupa siapa yang menyebabkan isteri aku mati!
Lord tiba-tiba meninggikan suara dia, Deon terus mengambil langkah berjaga-jaga. Amato yang tidak tahu apa yang terjadi semakin merasa risau melihat reaksi Lord.
Deon: Aku tak pernah lupa, di saat ibu pergi kau juga telah mati bersama dia!!!
SHING!
Deon terus menyerang Lord lagi sekali tapi kali ini dia telah meninggalkan cincinnya dekat Amato semasa dia berpura-pura menolak dia.
Deon: Aku bagi signal, dan kau buat macam aku suruh sebelum ni!
Amato: Apa?! *teringat* Ooohh yang tu..
Deon: Ishhh! cepat laa!!!
Amato: Okayyy! *bisik* kenapa laa anak aku kat dunia lain ni garang sangat *seram*
Amato terus berlari ke tempat yang selamat kerana merasa Deon mempunyai plan untuk mengalahkan Lord.
Amato: Hati-hati *risau*
YOU ARE READING
WHO ARE YOU? *Complete*
Fanfiction♡ COMPLETE ♡ Amato x Boboiboy ♡ Malay language ♡ Family relationships Amato kehilangan satu-satunya anak dia iaitu Boboiboy dalam pertarungan dengan musuh di bumi. Bagaimana Amato ingin mengharungi hidup dia sekarang, adakah dia akan terima pemergia...