TEMANIKU

485 31 87
                                    

... .. .- .--. .- / -.-- .- -. --. / - .-. .- -. ... .-.. .- - . / -. .. / -.- --- .-. .- -. --. / -- . -- .- -. --. / - . .-. -... .- .. -.- -.-.-- / -.. .- .-. .. / .- ..- - .... --- .-. / -.- --- .-. .- -. --. / -.-- .- -. --. / - . .-. ... .- -.-- .- -. --.

AUTHOR POST LAST CHAPTER AWAL SEBAB AUTHOR NAK PERGI TENGOK MECHAMATO MOVIE MALAM NI, SO ENJOY THE STORY~

.

Amato: Hah Boboiboy!!!!

Amato terus bangun dan tangannya ke depan seperti mencapai sesuatu, kemudian Amato merasa pelik, dia melihat keadaan sekeliling.

Amato: huff... Huff... Ini.. bukan ke bilik aku?

Amato melihat keadaan dia, di depan dia ada meja yang berselarak dan penuh dengan plan dan informasi power sfera.

Amato yang memakai kain pelikat dan t-shirt putih terus bangun dari kerusi dan keluar dari bilik itu dengan muka yang konfius.

Amato: Macam mana aku boleh ada kat sini balik?

Amato berjalan sepanjang koridor, dia melihat keadaan yang sangat familiar seperti dia sudah kembali ke dunia dia semula.

YEAHHHH!

GOOLLLLL!

Kemudian Amato mendengar suara datang dari salah satu bilik rehat, Amato terus berlari ke sana dan melihat Mechabot bersorak dengan kegembiraan, Amato melirik mata dan melihat bola sepak Piala Galaksi di TV.

.

Amato datang ke arah Mechabot dan duduk di sofa sebelah dengan Mechabot, Mechabot yang perasan Amato datang terus menegurnya.

Mechabot: Dah puas tidur? aku ingat kau tak nak teman aku tengok bola ni.

Amato: *bisik* Aku tidur...?

Mechabot: Golll!!! yeah!!!

Mechabot yang sedang bersorak kerana team bola dia menang, memandang Amato pelik, melihat reaksi Amato yang semacam membuatkan Mechabot menjadi serius.

Mechabot: Kau ni dah kenapa? dari tadi aku tengok muka kau blur je, tak cukup tidur ekk?

Amato: Mana......... Boboiboy?

Mechabot: Aikk soalan apa kau tanya ni? kan Maskmana cakap dia kat bumi.

Amato: Bumi... *sedar* bumi?!! jadi dia macam mana selamat tak? Boboiboy cedera ke tak? Boboiboy tak apa-apa kan! kan!!!!

.

Badan Mechabot di goyang-goyangkan sampai pening dibuatnya, Mechabot rasa meluat terus menolak Amato sekuatnya.

Mechabot: Kau ni.. kalau ye pun rindu, pergi jumpa dia, ni tak asyik cakap berdikari je.

Amato: Ahh... betul cakap kau.

Amato terus bangun dan berlari keluar dari bilik itu, Mechabot yang melihat perangai Amato hanya mengelengkan kepala dia.

Mechabot: Haishhh kacau je, okay kat mana tadi, alamak dah 2-1!

Mechabot ingin sambung melihat Piala Galaksi tetapi tidak dapat, bila Amato kembali masuk ke dalam bilik dan menarik dia untuk ikut sekali pergi ke Bumi.

Amato: Kau ikut sekali.

Mechabot: Piala Galaksi akuuuu!!!

.

.

.

.

.

TIME SKIP

Selepas beberapa jam, Amato masuk atmosfera bumi, dia mula scan di mana keberadaan anaknya Boboiboy.

WHO ARE YOU? *Complete*Where stories live. Discover now