𝑻𝒖𝒂𝒏 𝑨𝒓𝒓𝒂𝒛?

215 22 3
                                    

"Sini kau Tasnim Lufeeya, berani kau buat aku jerit macam perempuan. Kalau aku dapat kau, nanti aku campak kau masuk dalam kolam ikan pirana aku, Sini kau!" Jerit Aariz. Kedengaran jeritan Tasnim bergema.

Mereka berlari berkejaran di kawasan itu. Darlon yang memerhatikan itu, terus membuka telefon bimbitnya lalu memasang lagu bollywood dengan kuat sambil memerhatikan Tasnim dan Aariz.

Selepas beberapa minit.

Di taman.

"Yeayyy, dah sampai, Onyeahh" jerit aariz sambil menggoyang-goyangkan punggungnya.

Beberpaa pengunjung di taman itu memerhatikan Aariz sebelum ketawa kecil..

"Oii jamilah, kau gelak apa ha !?"

"Tembak karang" jerit Aariz. Pengunjung tersebut terus beredar dari situ.

"Haihhh, awak ni, asyik nak marah orang je kan?" Tasnim mengerling ke arah Aariz sambil tangannya lincah membuka air susu kotak Dutch Lady yang dibelinya.

"You shut up" Aariz menjeling Tasnim.

"You lah shut up" balas Tasnim sambil menyedut susu Dutch Lady nya.

"You guys shut up lah" Darlon mencelah

"Tibe" balas Tasnim dan Aariz serentak.

"Jom beli ais-krim kat situ nak?" Tasnim menghalakan jari telunjuknya ke arah penjual ais-krim yang menjaja di situ.

"Jom!" Aariz menarik lengan baju Tasnim.

" You bayar! " kata Aariz dan Tasnim serentak kepada Darlon lalu terus berlari ke arah penjual air krim itu.

" Haih, aku kena lagi " Rungut Darlon sambil berjalan ke arah Tasnim dan Aariz

"Saya nak dua aiskrim vanilla" Aariz menghalakan jari telunjuknya ke arah perisa itu.

"Eh, dua je? habistu aku nak makan apa?" tanya Darlon sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Makan tapak kasut aku ni haa" balas Aariz sambil membuka kasutnya lalu menghalakan ke arah Darlon.

"Busuk sial" Darlon dengan pantas menutup hidungnya.

"Ah kau, kasut aku wangi okey? Nini, cuba bau" Aariz menghalakan kasut tersebut ke arah Tasnim.

"Busuk lah Ayyash, jangan lahh" Tasnim mengalihkan kasut tersebut jauh daripadanya.

Aariz menundukkan kepalanya.

"Sampai ti" ucap Aariz sayu sambil menyarungkan kasutnya semula.

"Elelele, kasut Ayyash wangi lah" Tasnim cuba menggembirakan Aariz semula.

' Dalam mimpi je lah ' Sambungnya di dalam hati sambil menayangkan senyuman manis.

"Ye-ye je" balas Aariz berjauh hati sambil menyilangkan tangannya bersama mulut yang sudah muncung sedepa.

"Iyee sweetheart"

Mukanya mula memerah menandakan perkataan tersebut ditujukan kepadanya. Merah macam tomato tengah maluuu.

"Janganlah panggil gitu" Ucap Aariz sambil menutup mukanya yang sudah seperti tomato itu.

"hehe" Tasnim tersengih.

"Ehem, ehem"

Tasnim dan Aariz berpaling.

"Sampai bila aku nak tercongok tengok drama korang ni?" Ucap penjaga ais-krim tersebut sambil menghulurkan 2 kon ais-krim vanilla.

"Hehe cowwy" Aariz mengambil dua batang kon aiskrim daripada pegangan penjual aiskrim lalu menghulurkan sebatang kon aiskrim kepada Tasnim.

"Semuanya 3.50"

𝑫𝑹𝑬𝑨𝑴 𝑲𝑰𝑳𝑳𝑬𝑹Where stories live. Discover now