" Apa yang awak akan buat kalau musuh serang awak macam ni ? " Bisik Aariz perlahan di cuping telinga Tasnim.Tasnim memandang Aariz dengan menggunakan ekor matanya. Kedudukan mereka tersangatlah dekat sehingga tiada laluan yang mampu angin melalui nya.
Seketika jantung mereka bergerak dengan pantas umpama telah belari sejauh 200 km/j
Ruangan tersebut dibungkus rasa sepi. Tasnim pandang Aariz. Aariz pandang Tasnim.
" Ehem, ehem " Tegur seseorang
Menyedarkan hal itu, Aariz laju melepaskan pegangannya di leher Tasnim. Dia menggosok tengkuknya untuk menutup rasa gugup yang menyelubungi diri.
" Seronok nampak? " Usik Nuqman a.k.a killer group Dream Killer.
" Aku tengah ajar dia seni mempertahankan diri lahhh " Jawab Aariz untuk menutup rasa malu.
" Ciee, ye ye je kau " Nuqman mengalihkan pandangannya ke arah Tasnim.
" Tasnim right? " Tanya Nuqman lembut.
" Ye, saya " Balas Tasnim seraya tersenyum manis.
" Ok ke belajar dengan Aariz? Any problem ? " Bisik Nuqman.
" Ok je, baru nak start kann. Nampak macam garang jee " bisik Tasnim kembali.
Aariz memincingkan mata ke arah Tasnim dan Nuqman.
' dah kenapa terbisik - bisik macam orang gila ' kata suara hatinya
Seketika pandangan Aariz melekap pada wajah Tasnim dan Nuqman yang sedang memerhatikannya lalu melepaskan tawa sesama mereka.
" Ha ngumpat-ngumpat " Aariz menjeling ke arah mereka lalu menyilangkan lengannya.
Nuqman menghampiri Aariz
" Lek lek luu " Balas Nuqman sambil meletakkan sebelah lengannya di atas bau Aariz. Aariz menepis lengan Nuqman .
" Dah bla, aku nak sambung training " Halau Aariz.
" Whatever " Nuqman melangkah pergi dari situ.
Aariz mendekati Tasnim
" Awak jangan nak dekat sangat dengan dia. Saya taknak perangai sewel dia tu berjangkit dekat awak " Kata Aariz tegas.
" Haha, ye lahh "
Beberapa jam kemudian
" Saya rasa ni je kut latihan kita harini, awak mesti dah penat kan ? " Tanya Aariz sambil mengangkat sebelah keningnya.
" Yey ! Serius ni ? !? " Bersinar anak mata Tasnim apabila mendengar sebaris ayat tersebut.
" Iyee, dah jom saya hantar awak balik " Aariz mengemas barang-barangnya lalu mencapai anak kunci motor Kawasaki Ninja miliknya.
• • • • • • •
Keesokan harinya
Di depan rumah Tasnim" Awalnyaaa " Tasnim melangkah keluar daripada rumah sambil menggosok-gosokkan matanya.
Kelibat Aariz yang berada di hadapan pagar rumah menjadi tatapan mata coklat miliknya.
" No excuse, dear " Aariz menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menyilangkan lengannya. Segaris senyuman diberikan.
" Yela yelahh " Balas Tasnim pasrah
" Good girl " gumam Aariz perlahan.
Di Markas Dream Killer
" Jom start "
Tasnim mengangkat tabik, lalu tersengih menampakkan giginya yang putih.
Aariz membalas sengihan Tasnim lalu memulakan latihannya.
• • • • •
Selepas beberapa jam" Ok saya ada soalan, apa yang awak akan buat, apa yang awak akan buat kalau orang jahat tiba-tiba serang awak. Cuba huraikan berdasarkan apa yang saya dah ajar awak selama ni " Aariz bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya
" Hm, maybe masa dia serang saya tu, mungkin saya akan berdoa memohon taubat dulu, pastu dia pun tembak saya piuw, piuw. Lepastu saya pun mati. The End. " balas Tasnim bersahaja sambil menayangkan senyuman.
" Kau merepek apa ni Jamilah dugong. Aku dah ajar kau macam-macam kan. Jamgan nak mendugong eh " Aariz memandang Tasnim dengan pandangan yang tajam.
" How dare you panggil i dugong !? " Tasnim menjeling sekilas
" Masalahnya memang dugong pun, cubalah fikir sikit. Takkanlah awak senang-senang je nak mati dekat tangan penyerang tu ! " Jerit Aariz lantang.
Seketika wajah Tasnim berubah mendung. Dia menunduk menekur lantai. Aariz dengan pantas menghampiri Tasnim.
" Atototo merajuk pulak dia " Aariz merenung lembut anak mata coklat milik Tasnim.
Tasnim menjeling tajam
" Hm dah-dah la tu muncungnya, nak jadi Pinocchio ke ? " Aariz mengangkat sebelah kening sambil menyilangkan tangannya.
" Amende Pinocchio pula, Pinocchio tu hidung dia yang panjang bukannya mulut, nampak sangat bukan orang Melayu asli lah awak ni. Tch, tch tch " Balas Tasnim sambil jari telunjuknya digerakkan ke kanan dan ke kiri.
" Whatever lahh. Tahu nak menang aje kerjanya " Aariz menggumam perlahan.
" Eh mestilah ! " balas Tasnim bangga sambil menjongket-jongketkan keningnya.
Tbc ;)
YOU ARE READING
𝑫𝑹𝑬𝑨𝑴 𝑲𝑰𝑳𝑳𝑬𝑹
General FictionKisah hidup seorang gadis yatim piatu yang telah kehilangan kedua orang tuanya tanpa sebab yang tidak dia ketahui telah menyebabkan dia nekad untuk menyiasat tentang sebab kematian mereka. Muncul seorang lelaki yang telah datang membawa sinar kebaha...