" Doktor ! Tolong kawan saya, dia pengsan tadi. Tolong doktor ! " Jerit Aariz cemas
" Letak dia di atas katil ni " Setelah menerima arahan. Aariz meletakkan Tasnim dengan perlahan
" Encik sila tunggu di luar ya, kami akan jalankan pemeriksaan " Mata Aariz tertancap pada nama tag doktor tersebut ' Doktor Amysha '
Aariz mengeluarkan sepucuk pistol di belakang seluarnya
" Doktor tolong selamatkan buah hati saya. Buat yang terbaik, kalau saya tahu jadi apa-apa pada Tasnim, peluru pistol ni akan tembus dalam badan doktor " Aariz menayangkan senyuman sinis.
Doktor Amysha menggigil kecil apabila diugut sebegitu.
" Baik, saya akan usahakan yang terbaik "
" Good " Balas Aariz sepatah. Pistol disorokkan kembali
30 MINIT KEMUDIAN
Pintu dibuka dari dalam. Aariz mendongak.
" Keadaaan Tasnim dah stabil, tapi kami beri dia ubat tidur, sebab badan dia tengah lemah sangat. Terdapat banyak jugak kesan lebam yang terdapat di tubuh badannya. Erm...boleh saya tahu? Awak ke yang buat dia lebam-lebam macam tu ? " Doktor Amysha berkata selamba
Aariz tercengang
" Eh babi, kalau aku yang buat dia macam tu, baik aku tinggal je dia, takyah bawak gi hospital ! Soalan macam tu pun nak tanya. Aku tak da mood ni, jangan sampai aku tembak kau karang ! " Aariz menjeling
" Hehe, sorry-sorry "
" Bila aku boleh jumpa Tasnim ? " Tanya Aariz sayu.
" Sekarang pun boleh, eh tapi awak bukan mahram dia kan ? " Tanya Doktor Amysha
Aariz mengangguk
" Sebentar ya, saya pakaikan tudung untuk dia sekejap " Doktor Amysha berlalu pergi
" K " Balas Aariz sepatah
" Ok dah, awak dah boleh lawat dia. Kalau ada apa -apa just tekan butang merah tu ya? Saya pergi dulu " Doktor Amysha meninggalkan Aariz dan Tasnim di dalam bilik itu.
Aariz memerhatikan Tasnim yang sedang terlantar di atas katil hospital sambil memakai alat bantuan pernafasan. Perlahan-lahan Aariz melangkah masuk ke dalam tandas yang tersedia di dalam bilik VIP itu.
Seusai mengambil wuduk, dia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan katil Tasnim. Al-Quran kecil dicapainya. Aariz mula mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran khas buat cinta hatinya.
Selepas menamatkan ayat yang terakhir, dia menutup Al-Quran lalu merenung wajah Tasnim yang pucat. Hatinya sebak menahan kepiluan. Deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang cantik terbentuk. Air mata bergenang di kelopak matanya yang bulat.
Hatinya tidak kuat menahan rasa perit apabila figura manusia yang disayanginya terlantar di atas katil hospital dengan lebam yang berada di seluruh tubuh badannya. Hatinya hancur luluh bak kaca yang terhempas di lantai. Untuk beberapa saat, hatinya hanyut dalam kebisuan . Aariz menunduk menekur lantai.
" Ayyash.... "
Aariz laju mengangkat kepalanya.
" Sayang dah bangun ? " Bibirnya mengukirkan senyuman. Dia menguntumkan senyuman yang lebar sehingga jelas kelihatan giginya yang putih bersama lesung pipit yang mula mendalam. Butang merah ditekan pantas.
Doktor Amysha melangkah masuk.
" Encik keluar dulu ya ? " Arah doktor tersebut dengan lembut
"Eh, kau sapa nak halau aku, suka hati akulah nak duduk sini pun. Love , tengok doktor tu, dia halau Ayyash " Aariz mengadu pada Tasnim . Tasnim ketawa kecil
" Manja " Gumam Doktor Amysha perlahan
" Eh kau ingat aku tak dengar ke ha?! " Aariz menjeling doktor tersebut sambil menyilangkan tangannya
" Takpe lah Ayyash, awak keluar lah dulu tau. Nanti dah siap awak masuk balik, sekejap je ni hm? " Tasnim cuba memujuk Aariz dengan lembut
" Haih, yelah-yelah, jangan lama - lama "
" Iyeee, sekejap je " Bibrnya mengukirkan senyuman manis
Aariz melangkah keluar daripada wad Tasnim lalu merebahkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan wad Tasnim.
" AARRIIZZZZ !! " Jerit seseorang. Aariz menoleh
" Weyh kau ok ak ?! Pahal aku call kau tak angkat? Ni nasib baik aku dapat hack location kau dekat mana tau! Kau ada sakit dekat mana-mana ke?! Asal kau ada dekat hospital ni ?! " Michael membelek-belek tubuh Aariz, risau sekiranya rakan karibnya itu mengalami kecederaan yang serius.
Aariz menepis tangan Michael yang sedang meraba-raba tubuh badannya
" Eh babi, kalau ye pun kau nak raba-raba aku, jangan raba dekat sini lah sial. Ni kan hospital bangang ! " Sembur Aariz sedas
" Eh lupa pulak, hehee " Michael menggaru-garu keningnya yang tidak gatal
" Aik, tapi kan kau ni nampak macam tak sakit je aku tengok " Michael mengerutkan keningnya sambil megimbas tubuh badan Aariz dari atas ke bawah
PANG!!
Satu tamparan hinggap di pipi Michael
" Eh babi, kau apahal nak lempang-lempang aku! Aku tanya elok-elok kan hanat! Sampai hati kau kan, kau tak sayang aku ke ? " Sayu Michael bertanya sambil mengusap -ngusap pipinya yang mula menampakkan kesan kemerahan.
" Memang la aku tak sakit hanat ! Sebab yang masuk hospital tu Tasnim , bukannya aku bengong ! Aariz menunjal dahi Michael dengan kuat.
" Eee, sakitlah " Michael menolak tangan Aariz yang menunjal dahinya sambil mencemberutkan mukanya.
" Eee, sakitlah " Aariz mengajuk lagak Michael dengan membuat lagak gediknya
" Diamlah kau " Michael menjeling Aariz sambil berpaling ke arah bertentangan ' merajok '
Tiba-tiba, pintu wad Tasnim dibuka dari dalam. Muncullah Doktor Amysha bersama dua orang jururawat di sisinya. Aariz dan Michael menuju ke arah doktor tersebut
YOU ARE READING
𝑫𝑹𝑬𝑨𝑴 𝑲𝑰𝑳𝑳𝑬𝑹
Ficțiune generalăKisah hidup seorang gadis yatim piatu yang telah kehilangan kedua orang tuanya tanpa sebab yang tidak dia ketahui telah menyebabkan dia nekad untuk menyiasat tentang sebab kematian mereka. Muncul seorang lelaki yang telah datang membawa sinar kebaha...