Semenjak beberapa hari ini, lelaki yang mempunyai mata misteri itu masih bermain dalam fikiran Hafizah.
'Siapa namanya? Patut aku tanya Syaf ke?'
Melihat Syafiqah berborak dengan Munirah itu membuatkannya dia teragak-agak untuk bertanya. Hafizah memandang ke kanannya dan melihat Aisyah yang tekun membaca buku.
"Kenapa?" Kata Aisyah tanpa mengangkat kepalanya. Walaupun Aisyah seorang yang fokus tetapi dia dapat merasakan ada seseorang yang menatapnya.
"Siapa namanya?" Tanya Hafizah.
"Siapa?"
"Crush Syaf."
Terkejut Aisyah mendengar perkataan itu keluar dari mulut Hafizah. Dia menatap Hafizah buat sementara sebelum menjawabnya.
"Kalau tak silap, Hannan kot...Kenapa kau nak tahu?"
"Tanya je." Hafizah kembali termenung di tepi jendela.
'Hannan. Misteri juga nama tu.'
***
Lonceng berbunyi menandakan masuk waktu sesi belajar. Subjek pertama bagi kelas itu adalah pendidikan jesmani.
"Pada minggu ini, kamu hanya diberi kerja membuat plan strategi bagi permainan netball," kata cikgu itu. Semua pelajar dalam kelas itu mula mengeluh akan kerja itu.
"Tapi, kerja ini diambil secara berkumpulan. Dan cikgu akan beri kamu peluang untuk memilih sebanyak lima ke enam orang," sambungnya.
Pelajar terus bersorak gembira dan mula mengabungkan meja untuk berkumpul.
"Ah! Satu lagi sebelum cikgu lupa. Dalam kumpulan itu tidak boleh semua lelaki atau semua perempuan. Mesti ada juga lelaki dan ada juga perempuan. Nanti panjang lebar pula cerita kamu daripada kerja," sinis cikgu.
"Alaaa, apa ni cikgu?" Munirah merungut.
"Macam mana ni? Kita sudah mempunyai empat orang," kata Aisyah.
Syafiqah yang mempunyai muka sedih terus senyum seakan ada idea muncul. "Apa kata kita masukkan 'dia'? Nirah, cuba kau tanya. Ada space lagi ni, boleh juga dia bawa rakannya."
"Ehh macam-macam lah kau ni. Tak nak lah," Munirah menolaknya.
"Pleasee. Bukannya aku suruh kau tanya nak kawin sama aku pun. Tapi aku tak peduli pun kalau kau tanya hehe."
"Kepala hotak kau nak kawin awal. Ish yalah yalah. Aku tanya."
Munirah pun terus berjalan ke arah meja lelaki itu dan bertanya. Hafizah hanya memandang mereka tanpa mendengar perbualan mereka. Lelaki itu mengangkat kepalanya apabila Munirah bercakap bersamanya. Pada mulanya, dia kelihatan seperti ingin menolak. Selepas itu, dia memandang kumpulan mereka.
Dalam masa yang masa, kedua mata di antara dua orang insan itu bertembung pada kali keduanya. Dan kini, Hafizah terasa lebih pelik. Mungkin juga boleh dikatakan sebagai ada sesuatu yang tidak terungkap disebalik itu
Dengan perlahan, lelaki itu kembali pusing ke arah Munirah-secara menunduk-dan mengangguk kepalanya sebagai tanda setuju.
"Yess! Terbaik lah kau, Nirah!" Syafiqah menepuk bahu Munirah.
"Mmm, sama-sama," jawabnya dengan selamba.
Sewaktu mereka mengabungkan meja, tanpa disedari oleh orang lain, lelaki itu membawa mejanya di hadapan Hafizah. Hanya Hafizah sahaja yang menampaknya.
'Eh? Bukan ke Syaf patut duduk depannya? Tukar jela kot.' Hafizah mengangkat mejanya untuk beralih ke sebelah.
"Kamu...nak kemana?"
Mendengar suara garau itu membuatkan Hafizah berhenti seketika dan terus mengangkat kepala lalu melihat Hannan yang melihatnya juga.
"Apa?" Tanya Hafizah yang bingung.
"Masa dah terbuang. Kita perlu siapkan awal supaya senang nanti awal hantar kerja," jawabnya.
Kawan-kawan Hafizah semua melihat Hafizah dengan perasan bingung juga. Hannan perasan tatapan dari mereka itu lalu sambung bercakap, "Cuma saya taknak buang masa...Tu je."
"Ohhh..." Hafizah dengan sepantasnya memahami lalu kembali duduk pada tempat asalnya tanpa mengubahnya lagi.
***
Sepanjang sesi subjek pelajaran pendidikan jesmani itu, yang banyk berbicara hanya Syafiqah dan Munirah. Selebihnya hanya mengangguk menandakan tanda setuju. Intereksi antara Hannan dengan Syafiqah tidak ada satu perkataan pun yang ingin dibicarakan. Hafizah pula seperti biasa, melihat di luar tingkap kelas dan memandang langit.
Sekeping kertas kecil dihulurkan ke atas mejanya. Hafizah melihat kertas itu dan tangan yang masih memegangnya. Dia mengangkat kepalanya melihat empunya tangan itu. Hannan hanya melihat kertas pada tangannya itu dan masih lagi setia memegangnya. Menunggu Hafizah mengambilnya.
Hafizah melihat sekeliling jika ianya untuk orang lain.
"Kamu," ujar Hannan. Hafizah dengan perasaan sedikit malu pun mengambilnya dan membaca yang tertulis atas kertas itu.
Kamu okay ke?
Hafizah mengangkat kepalanya melihat Hannan. Dalam permikirannya dia mengatakan, 'Pelik lah dia ni.'
Dia hanya menangguk sebagai respon. Hannan menulis lagi pada kertas kecil itu dan memberinya kepada Hafizah.
Cantik kan langit tu?
Di situ, Hafizah menyedari Hannan menggunakan kan daripada ke. Dia bertanya bukan sekadar untuk perbualan tetapi untuk mengetahui pendapat Hafizah tentang langit itu. Sekali lagi, Hafizah mengangguk dengan perlahan sebagai respon. Kali ini, Hafizah menganggkat sedikit kepalanya, melihat Hannan.
Hannan tersenyum.
Dia tidak sedar bahawa Hafizah menatapnya. Selepas itu, ekspresinya berubah kembali. Membuatkan Hafizah berfikir dua kali jika apa dia lihat itu benar atau dia silap.
'Tapi kalau benar pun, kenapa dia senyum begitu?' Bisik hatinya.
Dan dengan itu, masuklah waktu subjek seterusnya. Rakan sekelasnya semua mempelajari chapter baru bagi subjek Chemistry. Manakala pula Hafizah, masih lagi berada di dalam lamuan fikirannya tentang hal tadi. Senyuman Hannan itu-samaada ianya benar ataupun tidak-telah meninggalkan kesan kepada Hafizah. Membuatkan dia sentiasa memikirkannya.
Dia memutuskan untuk melihat di luar tingkap kelas itu lagi. Berharap ianya boleh membantu untuk melupakan hal tadi. Dia mendogak ke atas melihat langit dengan awan-awan yang menyembunyikan sedikit cahaya langit. Tetapi masih cerah walaupun dengan kurangnya cahaya.
'Ya, cantik langit tu,' bisik hatinya kerana dia tahu dia masih memikirkan tentangnya.
°°°
panjang dah tu. okay cuti seminggu.
YOU ARE READING
A Little Hope Grew In Me (HIATUS)
Short StoryHampir kesemua harapan yang Hafizah menyimpan telah dihancurkan dengan semudahnya. Sehinggalah dia pun hilang yakin terhadap dirinya. Tetapi sejak dia bertemu 'dia', disitulah Hafizah merasa sedikit harapan. Meskipun dia tahu dia akan disakiti, tet...