"Ibu. Ibu nak pergi ke mana?" tanya si gadis kecil itu sambil menggenggam baju ibunya.
"Ibu cuma nak pergi keluar," jawabnya.
"Fizah nak ikut boleh?"
"Ibu pergi kejap je ni. Fizah tak perlu tunggu ibu pulang nanti," kata ibunya sambil memegang tangan yang kecil itu dengan lembut.
"Tapi...Fizah nak dengan ibu," keluh si gadis kecil itu.
"Shh..."
Ibunya mengusap kepala anaknya itu dengan perlahan.
"Ibu nak kamu temani ayah kamu. Boleh tak Fizah buat tu untuk ibu?"
"Mestilah boleh!" jawabnya dengan nada yang riang.
"Bagusnya anak ibu ni...Ibu bersyukur ada Hafizah..."
Ibunya dengan masih mengusap-usap kepala anak kesayangannya itu.
Hafizah tersengih-sengih mendengar pujian itu.Tanpa dia sedari, ibunya itu telah menjatuhkan setitis air mata.
Cepat-cepat dia mengelap dengan lengen bajunya sebelum anaknya itu mula menyedari akan hal itu.
"Terima kasih Hafizah."***
Hafizah terus terjaga dari mimpinya itu. Kepalanya terasa sakit. Sepertinya dia tidak mencukupi tidurnya itu.
Dia bangun dari katil dengan perlahan lalu pergi ke bilik air.
Dia membilas mukanya dengan air sejuk untuk membanguni dia sepenuhnya dan agar ianya boleh membantu untuk menghilangkan rasa sakit kepalanya itu.
Ternyatanya tidak membantu pun. Dia cuba untuk kembali tidur tetapi kesakitan itu membuatkan dia sentiasa membuka mata.
Dia membawa dirinya membaring sahaja.Mimpi yang telah dimimpinya tadi itu kembali semula dalam fikirannya. Dia cuba untuk melupakannya tetapi cukup susah untuk membuatnya sedemikian.
Dia tidak suka akan memori itu. Memori di mana kebahagian itu amat penting baginya. Tetapi itu dulu dan sekarang Hafizah hanya ingin ketenangan.
Ketenangan jiwa dan minda.
Jam didinding menunjukkan bahawa ianya sudah pukul 4 pagi. Daripada dia hanya duduk, dia memutuskan untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat tahajud.
Selesai dia menunaikannya, dia menggangkat kedua tanggan dan berdoa, "-Ya Allah, kenapa Engkau memberikan mimpi itu kepada aku? Bukan. Kenapa 'mimpi' itu?"
"-berikanlah aku petunjuk akannya dan maksud disebalik itu, ya Allah"
Dia terhenti seketika. Macam ada sesuatu yang belum dikatakannya dalam doanya itu.
Apa dia?
Hati.
"Ya Allah, hati aku tidak merasa tenang. Apa yang ingin Engkau sampaikan kepada aku?
Jika ianya sesuatu yang baik, khabarkanlah dan jikanya sesuatu yang buruk, berilah aku kekuatan menghadapinya."
Hafizah tahu yang dia sebenarnya boleh sahaja meminta untuk mengelakkannya.
Tetapi Hafizah rela mengahapi masalah itu. Dia tidak ingin jika masalah itu akan bermula berkumpul satu persatu dan ianya boleh menjadi sesuatu yang sukar untuk diselesaikan.
Selepas dia selesai solat subuh, dia keluar dari biliknya membawa sebuah buku. Dia menutup pintunya dengan rapat dan senyap agar ayahnya itu tidak terbangun kerananya.
Dia turun tangga lalu pergi ke dapur.Kelihatan lampu masih lagi buka membuatkan dia berfikir bahawa ayahnya itu mesti lupa lagi menutupnya. Lagipun, di luar masih lagi kelihatan gelap. Dia mencadangkan untuk membiarkan lampu itu membuka dan pergi membancuh teh menggunakan tea bag.
YOU ARE READING
A Little Hope Grew In Me (HIATUS)
Historia CortaHampir kesemua harapan yang Hafizah menyimpan telah dihancurkan dengan semudahnya. Sehinggalah dia pun hilang yakin terhadap dirinya. Tetapi sejak dia bertemu 'dia', disitulah Hafizah merasa sedikit harapan. Meskipun dia tahu dia akan disakiti, tet...