Bab 10

7 1 0
                                    

Rahsia.

Sepertinya sesuatu yang istimewa. Buat pertama kalinya Hafizah menyimpan sedikit harapan terhadap ‘jejaka’ itu.

‘Tak tak,’ bisik hatinya sambil mengeleng kepalanya dengan perlahan.

Tidak boleh dulu memberi harapan. Nanti akan kecewa jika sesuatu yang kita harap itu boleh menyakiti diri. Kerana dia sendiri sudah mengalami bagaimana rasanya itu. Bukan pasal si mamat Arif.

Tapi…dari seseorang yang dia tidak sangka akan berlalu begitu sahaja. Tetapi mungkin hanya untuk kali ini saja dia memberinya.

Alangkalanya mungkin benar dia akan disakitinya, namun sekurang-kurangnya dia tidak menyesal akan keputusannya.

***

Setelah selesai melakukan solat subuh, Hafizah teringatkan perbualan dia dengan Syafiqah. Walaupun ianya perkara biasa, tetapi Hafizah dapat merasakan ada sesuatu yang lain dengan Syafiqah.

Dia mengangkat kedua tangannya dan berdoa memohon untuk melancarkan segala yang akan berlaku kepadanya hari ini.

Apabila Hafizah sampai ke sekolah, dia mencari Syafiqah. Melihat tempat duduk Syafiqah yang kosong itu menandakan dia masih lagi belum datang, membuatkan Hafizah sedikit risau.

‘Akhir dia harini.’

Hafizah duduk di tempatnya lalu melihat ke arah pintu, menunggu kelibat Syafiqah. Tetapi, Aisyah dan Munirah terlebih dahulu datang, yang selalu sedikit lewat dari waktu registration.

Aisyah yang mengambil tempat duduknya, memandang Hafizah.

“Syaf belum datang lagi ke?”

“Belum. Nirah, kau ada apa-apa khabar ke tentang Syaf?” Kini Hafizah pula memandang Munirah.

“Takde. Mungkin dia akhir bangun kot. Ingat tak dia pernah sekali tu akhir bangun?”

“Itu bukan ke sebab ayah dia—"

Aisyah terus berhenti apabila melihat kawan-kawannya yang memandang dia dengan muka yang kurang selesa.

Topik yang baru sahaja Aisyah ingin cakapkan itu adalah sesuatu yang sensitif bagi mereka.

Ya, Hafizah ingat pada waktu itu. Di mana Syafiqah dimarahi oleh ayahnya disebabkan dia melakukan sesuatu yang tidak diingini oleh ayahnya. Syafiqah tidak memberitahu perbuatan apa yang membuatkan ayahnya marah.

Tetapi Syafiqah dimarahi dengan teruk sehingga Syafiqah tidak berbicara dalam beberapa hari. Kemudian selepas itu, dia kembali semula dengan perangai riangnya dan sentiasa ceria.

Kini, mungkin perkara sama akan terjadi terhadap Syafiqah.

***

Beberapa jam sudah berlalu, masih lagi tidak ada kelibat Syafiqah. Dan akhirnya, lonceng sekolah pun berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat.

Munirah dan Aisyah yang menggunkan kenderaan sendiri telah pulang awal dari Hafizah. Hafizah berjalan-jalan balik ke kelasnya hanya untuk membuang masa sebelum basnya datang.

Apabila Hafizah membuka pintu kelasnya, dia ternampak satu sosok badan yang bediri di depan mejanya. Hafizah membuka suis lampu kelas dan melihat seseorang itu lagi sekali.

Apabila matanya sudah selaras dengan cahaya itu, barulah boleh melihat dengan jelas. Orang itu pula dengan perlahan, berpusing melihat Hafizah.

“Eh Hafizah. Kau belum pulang?” tanyanya.

“Bagaimana pula dengan kau? Kenapa kau tak datang sekolah harini?”

Soalan Syafiqah hanya dibiarkan sahaja dan dijawab dengan memberinya soalan. Syafiqah hanya melihat Hafizah dengan wajah tanpa ekspresi.

A Little Hope Grew In Me (HIATUS)Where stories live. Discover now