Bab 14

6 0 0
                                    

Sudah beberapa hari berlalu selepas bertengkaran di antara Tuan Hisyam dan anak tunggalnya itu.

Sepanjang masa itu, mereka langsung tidak menegur mahupun melihat kelibat seseorang daripada mereka.

Hanya melihat kesan-kesan yang ditinggalkan oleh mereka dirumah tersebut-lampu suis dibiarkan terbuka, langsir yang kadang-kadang dibiarkan terbuka dan kadang-kadang juga dibiarkan tertutup.
Makan minum pun mereka hanya membuat sendiri.

Tuan Hisyam masih lagi memberi wang berbelanja seharian di atas meja makan bagi Hafizah. Meskipun Hafizah tidak menggunakan wang itu, dia tetap sahaja mengambilnya.

Peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi akan bermula.
Sejak itu, Hafizah banyak bersendirian disekolah iaitu diperpustakaan sekolah.

Manakala Aisyah akan mengulang kaji bersama Munirah. Mereka pernah sekali mengajak Hafizah untuk sama-sam mengulang kaji dirumah Aisyah.

Namun Hafizah menolaknya. Bersendirian memang sudah menjadi kebiasaannya. Malah, ianya adalah sesuatu yang dia gemar.

Dengan alamnya sendiri dan dia sendiri.

Seperti biasa, pada waktu rehat Hafizah akan pergi ke perpustakaan sekolah dengan membawa beg pensil, nota-notanya, dan juga buku teks tersebut.

Memandangkan baru tadi sahaja dia ada kelas kimia, dia membawa file dan kertas yang berkaitan dengan subjek tersebut.

Apabila Hafizah sampai pada meja kebiasaannya di dalam perpustakaan tersebut, -yang terletak di belakang, hampir tingkap yang luas, penuh dengan sinaran matahari-dia ternampak satu kotak minuman milo yang terletak pada meja tersebut.

'Siapa yang letakkan kat sini ni?'

Hafizah melihat sekelilingnya, mencari jika ada seseorang yang baru sahaja meletakkannya.

Tetapi tidak ada seseorang pun kecuali pelajar-pelajar yang lain yang telah duduk pada tempat masing-masing.

Apabila Hafizah melihat lagi minuman kotak tersebut, dia ternampak ada satu nota kecil yang tertampal di atas meja yang bersebelahan dengan minuman kotak itu.

Dia mengambil nota kecil itu lalu membacanya,

Cheer up -H

Buat kali keduanya, Hafizah melihat sekeliling dan mencari kelibat seseorang.
Namun tidak ada seseorang itu pun dijumpai olehnya. Hafizah hanya terus memutuskan untuk duduk pada tempat tersebut dan memulakan untuk mengulang kaji pelajaran.

'Terima kasih,' bisik hati kecilnya.

Di sebalik itu, ada sepasang mata yang memerhatikan si gadis itu. Hannan hanya berdiri di belakang rak buku tersebut. Dia berjalan dengan perlahan sambil memandangnya melalui dicelah-celahan rak buku.

Dengan berhati-hati, dia cuba untuk tidak mempamerkan dirinya terhadap Hafizah yang sudah mula tekun mengulang kaji.

Beberapa hari sebelumnya, Hannan pernah buat perkara yang sama.

Beberapa hari sebelumnya, Hannan pernah buat perkara yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
A Little Hope Grew In Me (HIATUS)Where stories live. Discover now