Sejak beberapa minggu selepas Syafiqah pindah, Munirah lebih banyak berdiam berbanding bercakap.
Hafizah, seseorang yang tidak pandai memujuk, hanya membiarkan Aisyah sahaja yang membantu Munirah.
Hari kemudiannya, Munirah banyak meluangkan masanya dengan Aisyah sebagai mencari semangat semula. Kemungkinan dalam surat sampul mereka ada mengatakan tentang sesuatu hal.
Hafizah pernah bertanya kepada Aisyah tentang Munirah.
Munirah dengan Syafiqah berkawan selama beberapa tahun sejak mereka kecil lagi.Dan sepanjang persahabatan mereka itu, Munirah tidak pernah pun sedar yang sahabat karibnya itu melalui satu keperitan. Dia sering menyalahkan dirinya kerana tidak menjadi sahabat yang Syafiqah perlukan waktu itu.
Dan tiba-tiba pula, Syafiqah pergi meninggalkan mereka dengan satu sumpul surat bagi setiap seorang daripada mereka.
Mujurlah selepas Munirah memperbanyakkan dirinya untuk meluangkan masa dengan Aisyah, dia kembali pulih menjadi dirinya semula.
Dan seterusnya selepas itu, qualification exam telah tamat.
Pelajar-pelajar akan disusun mengikut kelas yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Aisyah dengan Hafizah masih lagi sekelas tetapi hanya Munirah sahaja yang berbeza.
Aisyah cukup risau tentang Munirah kerana dia akan berseorangan.
Tetapi Munirah memberitahunya, “Janganlah kau risau Syah. Aku tak akan keseorangan. Lagipun kau dah banyak membantu aku. Cukuplah sudah sampai sini.”
Dia katakan sambil tersenyum.Hafizah juga senyum sambil melihat mereka. Dia memang cukup yakin yang Munirah boleh lakukan dengan terbaik. Hafizah dalam diam hanya mendoakan kebaikan bagi Munirah.
***
Hafizah menggenggam sekeping kertas itu dengan kuat. Matanya menatap pada nomber-nomber yang tertulis pada kertas itu.
Ingin saja dia mencarik kertas itu pada masa ini juga. Ya, kertas yang Hafizah melihat itu adalah kertas laporan sekolah dia.
Hafizah tahu dia memang tidak ada pilihan lagi. Nak atau tak nak, apa boleh buat?
Akhirnya dia melipat kertas itu dengan teliti dan memasukkannya ke dalam beg. Hafizah mengeluh sepanjang dia duduk dalam bas tersebut.
Dia melihat luar dan menurunkan sedikit kepalanya, melihat rumput, tayar kereta, jalan raya dan macam-macam lagi.
Hafizah perasan, yang apabila dia in good mood, dia akan melihat atas—iaitu langit.
Manakala pula bila dia in bad mood, dia akan melihat bawah.Mungkin itu adalah salah satu caranya untuk dia bertahan dengan kehidupan ini. Dijadikan sebagai momentum.
Mata Hafizah berasa keberatan untuk membuka. Dia merasa dirinya seperti semua tenaganya itu hilang, keluar dari badannya.
Sebelum matanya terlelap, dia teringatkan pula perbualan dia dengan Aisyah tadi sewaktu mereka menerima laporan sekolah itu.
~
![](https://img.wattpad.com/cover/328341497-288-k772754.jpg)
YOU ARE READING
A Little Hope Grew In Me (HIATUS)
Storie breviHampir kesemua harapan yang Hafizah menyimpan telah dihancurkan dengan semudahnya. Sehinggalah dia pun hilang yakin terhadap dirinya. Tetapi sejak dia bertemu 'dia', disitulah Hafizah merasa sedikit harapan. Meskipun dia tahu dia akan disakiti, tet...