bab 8 ༉‧₊˚✧

1.4K 75 7
                                    

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Senyuman manis langsung tidak lekang dari bibir Elvyna kerana Dariel mengajaknya keluar membeli belah di mall harini. Dia suka!

"Jom masuk kedai tu jap. Aku nak beli baju kemeja" Ucap Dariel. Elvyna hanya mengikut sambil membetulkan tudungnya.

Masuk saja dalam ke kedai yang dikatakan Dariel mereka disapa oleh seorang pekerja disitu.

Elvyna ralit memandang sekeliling. Kedai itu sungguh menarik perhatiannya. Vibes kedai tu sungguh expensive bak kata omputih.

Elvyna megalihkan pandangannya ke arah Dariel semula. Menyesal dia ralit tadi. Sakit matanya memandang pekerja wanita sedang mengeletis dengan Dariel.

Muka Elvyna terus jadi masam mencuka. Dalam keadaan tiba-tiba dia disapa seseorang.

"May I help you miss? Cari apa?" Tanya seorang pekerja lelaki.

Dia memusingkan badan menghadap pekerja itu lalu idea jahat muncul di kepalanya. Ingat Dariel je ke boleh mengatal? Dia lagi la boleh.

"Oh saya cari awak" Gurau Elvyna. Suara sengaja dikuatkan.

Pekerja tersebut tergelak kecil. Dariel pula hanya memberi pandangan tajam ke arah Elvyna.

"Takde la saya gurau...saya cari urmm" Tidak sempat dia ucapkan terus dipotong.

"Jom balik." Beku Dariel mengarah sambil menarik tangan Elvyna dengan kasar.

"Bye bye awak! Nanti kita borak lagi tau!" Sempat Elvyna berkata sebelum keluar daripada kedai. Main lagi dengan Elvyna, kan dah kena.

Dalam perjalanan ke kereta, tangan Elvyna masih ditarik oleh Dariel. Tiba-tiba rasa menyesal buat macam tu.

"Tuan muda sampai bila nak tarik tangan saya ni?" Tanya Elvyna. Lenguh juga tarik-tarik ni.

Dariel hanya diam tidak membalas. Hatinya masih panas melihat adegan 'sweet' Elvyna dengan lelaki tadi.

"Ouch!"

Pergerakkan yang tadi laju terus terhenti. Kini perhatiannya seratus peratus kepada Elvyna.

"Kenapa? Sakit kat mana?" Tanya Dariel cuak. Mata tercari-cari dimana sakitnya.

"Sakit..."

"Kat mana?"

"Sini" Kata Elvyna sambil menunjuk di mana hatinya berada.

"Hah?"

"Sakit...sebab pekerja lelaki tadi tak kejar saya..." Guraunya lagi.

Terus hilang mood risau Dariel dan kembali beku. Dia berjalan ke arah kereta yang tidak jauh daripada mereka dan meninggalkan Elvyna terpinga-pinga.

Elvyna pantas mengejar langkah Dariel. Ayok Elvyna.

— ✧ •

Susana di dalam kereta senyap sunyi. Sunyi daripada library. Kedua-duanya tidak mahu bercakap.

TENGKU ADHAM DARIEL'S Where stories live. Discover now