꒰ ა ♡ ໒ ꒱
Elvyna dan idea jahatnya berpisah tiada. Dia tertunggu-tunggu kepulangan Dariel untuk menjayakan plan jahatnya ini.
Panggilan telefon dari Dariel dari pagi tadi tidak angkat. Sengaja.
"Eshal pergi masuk bilik. Jangan keluar selagi mommy tak cakap boleh tau?" Pesan Elvyna kepada puteri sulongnya.
"Okay mommy!" Kata Eshal sambil mengangkat jari 'ok' dan terus berlari ke dalam bilik.
Senang dapat anak macam Elvyna ni. Mudah kerja.
Hati yang tadi tenang terus bertukar menjadi berdebar ketika mendengar bunyi kereta milik suaminya.
Tombol pintu dipulas laju. Penampakkan Dariel yang garang itu membuatkan dia menyesal dengan tindakan yang akan dia buat.
"Elvyna."
Mampos dia pakai nama. No more 'sweetheart' atau 'sayang'.
"Hm?" Polos Elvyna bertanya.
"What's wrong with you today? Call tak angkat. Pergi mana tak cakap. Satu lagi, cincin kau mana?" Bertalu-talu ayat dilontarkan dalam satu masa.
Elvyna hanya diam membisu. Garangnya laki dia. Takut kita.
"Answer me, sweetheart." Beku nada suara Daziel bertanya.
Dagu Elvyna dilolak ke atas untuk menghadapnya. Mata mereka bersatu. Sikit lagi air mata Elvyna nak jatuh.
"Ta-tak pergi mana pun. Tadi balik je dari office awak terus balik rumah..."
Dariel mengangkat kening kananya. Senyuman sinis terukir di bibir. Wajahnya didekatkan dengan Elvyna.
"Where's your ring sayang?" Bisik Dariel mengoda. Nafas hangat jejaka itu dapat dirasakan di muka Elvyna.
"Ci-cincin-" Perkataan tidak dapat dikeluarkan dimulutnya. Otaknya terus kosong. Blank.
Ketawa kecil keluar daripada mulut Dariel. Dagu Elvyna dilepaskan. Badan Elvyna terus dipeluk erat. Elvyna terkaku. Ingat nak marah lagi.
"Don't do that sayang. Biasa dia ni nak prank abang. Ceh, last sekali dia yang takut." Perli Dariel.
Elvyna merengus kasar. Badan Dariel cuba ditolak tetapi gagal. Geram!
"Abang ni! Suka buat orang takut macam tu. Nak melawak pun tak boleh..." Rengek Elvyna di dalam pelukkan.
"Better luck next time sayang."
— ✧ •
Elvyna yang baru keluar dari bilik itu tercari-cari kelibat suami dan anaknya. Dari tadi tak nampak pun batang hidung.
"Abang! Eshal!" Jerit Elvyna.
"Dapur sayang!" Balas Dariel.
Laju kaki melangkah ke dapur. Sakit apa husband dia masuk dapur harini?
Tersenyum luas Elvyna melihat Dariel dan anaknya sedang mengacau tepung apabila tiba di dapur.
"Buat apa ni? Sampai hati tak panggil mommy..." Rengek Elvyna sambil menarik lembut pipi anak perempuannya.
"Mana ada mommy, daddy ni haaa nak buat. bero..." Jari telunjuk dibawa ke dagu, berfikir. Perosah otak anaknya memikirkan nama makanan yang hendak dibuat.
"Brownies princess, brownies." Jawab Dariel hang sibuk mengacau sebatian.
Nak tergelak pun ada tengok anak perempuannya bergitu. Nasib comel.
"Ha, Beronish! Daddy nak buat kat mommy. Daddy cakap mommy mengidam. Apa tu?"Jelingan tajam Elvyna dilemparkan ke arah Dariel tetapi dia hanya tersenyum manis.
"I don't know sweetheart, abang dah cakap buat test kan? Mana tahu rezeki kita dapat anak baru?"
Hampir tersedak roh si Elvyna. Macam tu ja laki dia cakap? Allah.
"Dah cukup. Nak mommy tolong tak ni?" Tanya Elvyna.
"Nak!" Teruja anaknya apabila mommynya join sekali.
— ✧ •
Udara sejuk menampar perlahan tubuh Elvyna. Tenang, sangat tenang.
Dia sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan suami yang dapat menjaganya dengan baik dan seorang anak yang senang untuk dijaga.
Allah is the best planner. Without Him, we would not survive through all the pains. It's never luck or fate. It's Allah perfect plans.
Tubuhnya dipeluk seseorang dari belakang. Elvyna tersenyum kecil.
"Tengok apa?" Lembut Dariel bertanya. Rambut Elvyna disikat menggunakan tangannya.
Badan gadis itu pusing untuk menghadap Dariel. Kedua-dua pipi Dariel dipegang dan diusap lembut.
"Thank you abang. Thank you so much sebab hadir dalam hidup saya. I don't think I can survive without your support." Titisan jernih mengalir di pipi Elvyna.
Tangan yang mengusap pipi jejaka itu dipegang.
"We both were meant for each other sweetheart. Datang la ribut taufan pun, I will always choose you. Because why? Because I have found whom my soul loves."
Dahi Elvyna dikucup lama. Air mata Elvyna masih lebat mengalir di pipi. Bukan kerana sedih tetapi gembira.
Terima kasih Ya Allah.
— ✧ •
"Leia?"
"Ihsan."
"Ready?"
"Always."
-Tamat-
YOU ARE READING
TENGKU ADHAM DARIEL'S
Romance-; ✧˖* 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐓𝐑𝐈𝐎'𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 𝟐 °࿐ | Adreen Elvyna • Tengku Adham Dariel | "𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐰𝐡𝐨𝐦 𝐦𝐲 𝐬𝐨𝐮𝐥 𝐥𝐨𝐯𝐞𝐬." 𝐀𝐃𝐇𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐄𝐋 - Beku? Tanda perasaan? Itu bukan lah sikap Dariel. Dia suka bergura...