bab 11 ༉‧₊˚✧

1.4K 67 4
                                    

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

"Hurry up sweetheart. Semua dah tunggu kat bawah." Penat Dariel menunggu Elvyna yang bersiap di dalam bilik wardrobe. Dah la kunci tak kasi orang masuk.

"Sabar lah!" Jerit Elvyna dari dalam.

Habis sabar dah Dariel tunggu dia dari tadi. Boleh dia kata sabar lagi?

"Elvyna, abang kira sampai tiga je. Kalau tak keluar memang abang robohkan pintu." Ugut Dariel yang duduk di atas katil.

"Satu"

Terus pintu dibuka. Elvyna menghulurkan kepala ke luar dan tersenyum sumbing ke arah suaminya.

"Kenapa hulur kepala je? Badan lari keluar dah?" Perli Dariel.

"Ish, dia ni. Tutup mata dulu, saya ada suprise untuk awak"

"Sayang-"

"Tutup."

Dariel hanya akur dan menutup matanya. Lambat pun lambat lah asal bini dia keluar.

"Awak bangun berdiri and keep your eyes shut." Arah Elvyna lagi.

Dengan perlahan Elvyna melangkah ke arahnya. Nafas Elvyna dapat dirasakan di dada Dariel dek kerana Elvyna lebih rendah padanya.

"Open your eyes abang"

Dengan perlahan mata dibuka. Spontan senyuman terukir di bibir. Pakaian yang dikenakan oleh Elvyna sangat cantik dan membuat aura jelitanya naik. Most importantly, Dariel yang pilih dress itu.

"Cantik tak?" Tanya Elvyna.

Tangan Dariel melingkar di pinggang ramping Elvyna. Dahi Elvyna dicium dengan penuh kasih sayang.

"Bidadari abang ni bila ja tak cantik?" Puji Dariel sambil mencubit pipi Elvyna lembut.

Elvyna tersenyum manis. Dia suka apabila suaminya memujinya. Berbunga-bunga hati.

Wajah Dariel semakin lama semakin dekat sehingga Elvyna dapat mendengar dan merasa dengusan nafas milik Dariel.

Elvyna memejamkan mata. Hatinya meronta-ronta ingin menjerit tetapi dikawal.

Belum sempat bibir mereka menyentuh, satu suara menyerpa yang membuatkan moment indah mereka tergendala.

"Riel, buat apa lagi mangkuk dalam tu! Orang semua dah siap dah!" Jerit Daziel dari luar bilik mereka.

"Kacau la kau bang!" Jerit Dariel. Stress dia kena kacau daun.

"Kacau otak kau. Tahan sikit nafsu tu, kesian bini. Cepat turun." Sempat Daziel memerli.

Elvyna dan Dariel saling berpandangan. Elvyna hanya tersenyum lalu mengucup pipi kanan Dariel.

"We'll continue that later sweetheart. Dah, Jom." Tangan Elvyna ditarik lembut menuju ke pintu.

TENGKU ADHAM DARIEL'S Where stories live. Discover now