2013
LANGIT mulai mendung pada hari itu. Awan berarak mengikuti arah angin iaitu ke arah barat. Matahari yang tadinya bebas memberikan cahaya, kini tersekat dek awan yang mengelilinginya.
Namun sebaliknya, manusia di muka bumi ini masih belum bergerak mencari tempat berteduh. Mereka masih meneruskan aktiviti-aktiviti mereka di luar sana tanpa mempedulikan langit yang sudah menghitam. Sedikit masa lagi awan akan menumpahkan air matanya.
Dalam puluhan manusia yang berada di luar sana, hanya dia sahaja yang tiada hati hendak keluar. Angin bertiup lembut menyentuh halus kulit wajah si dia yang masih setia berdiri di jendela itu. Sudah lewat petang begini, Luna masih tidak mahu berganjak daripada jendela.
Fenomena alam ini harus dia nikmati atau dalam erti kata lain, ada sesuatu yang harus dia pastikan. Tapak tangannya dihala keluar. Deria rasanya tidak henti-henti ingin merasai alur angin untuk petang ini. Jari jemari mula menari-nari seakan dibawa oleh angin untuk bertiup bersama.
Taman Adora. Merupakan perumahan hasil daripada pembinaan pembantunya sendiri, Frida. Boleh dikatakan, Frida la pemilik tanah di kawasan perumahan itu. Disebabkan dia si pemilik tanah, hanya kediaman mereka sahaja yang dibina di atas sebuah bukit berhadapan dengan taman rekreasi. Sesuailah dengan kehendak Luna yang tidak mahu diganggu langsung.
"Lady Luna," panggilan daripada seseorang telah menarik perhatian Luna. Luna berpaling sekilas, memberi isyarat kepada Frida untuk bersuara.
"Lady lihat apa?" Frida mara beberapa tapak menghampiri Luna. Sisi wajah gadis itu dipandang lama.
Walau berapa kali pun Frida cuba menafikan, tapi hati keperempuanannya tidak henti-henti melontarkan kata-kata cemburu dengan kecantikan Luna. Usia Luna lebih lima angka daripada Frida, namun ramai orang di luar sana mengganggap bahawa Frida si kakak dan Luna si adik. Hakikat yang cuba disembunyikan oleh mereka ialah, mereka berdua bukanlah manusia biasa. Usia mereka sudah menjejak ratusan tahun. Immortal? Ya, barangkali. Walaupun hakikatnya, mereka sendiri pun masih kurang pasti bahawa mereka itu makhluk apa.
"Pukul berapa?" Luna bertanya, tidak dihiraukan pertanyaan Frida tadi. Frida sembunyi senyum. Sama seperti sebelum-sebelum ini. Soalan yang sama ditanyakan dan reaksi sama dia terima.
"5 petang." Jawab Frida. Luna mengangguk lantas beredar pergi. Satu lagi aktiviti wajib seorang Luna, iaitu ke taman belakang pada waktu-waktu begini.
Frida bergegas ke dapur untuk menyediakan teh panas buat Luna. Sudah menjadi kebiasaan Frida. Menyediakan teh buat Luna di waktu-waktu tertentu sudah termasuk dalam jadual hidupnya selama dia menumpang di dunia manusia ini.
KAKI membawa Luna ke sebuah taman selepas selesai memastikan Frida berada di dalam kedai. Luna sendiri pun tidak tahu ke mana arah dan tujuannya. Dia hanya mengikut kaki dan kaki pula mengikut tongkat. Tangan Luna terkapai-kapai mencari bangku berhampiran.
Luna melabuhkan punggung di salah satu bangku yang disediakan. Duduk sahaja, Luna terus merasa lega. Ditambah lagi dengan tiupan angin sederhana membuatkan keadaan sekeliling Luna terasa nyaman sahaja. Kepala didongak memandang langit. Kata Frida, awan masih mendung tapi tiada pula tanda-tanda hujan mahu turun. Sebab itulah, mereka keluar sekejap membeli barang.
YOU ARE READING
LADY LUNA (Complete)
Fantasy𝘝𝘢𝘯𝘲𝘶𝘪𝘴𝘩𝘦𝘳 𝘖𝘧 𝘚𝘰𝘶𝘭 Sangkanya, cinta yang dia ada selamanya akan menjadi miliknya. Sangkanya, bahagia yang dia rasa adalah untuk selamanya. Tidak sehingga semua itu punah begitu sahaja hanya kerana, Luna Adora adalah anak kandung Seir...