BAB 8

37 11 60
                                    

PERLAHAN-lahan Zen bangkit daripada pembaringan. Mata kanan dipisat-pisat. Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui jendela telah menerangi hampir keseluruhan biliknya. Zen melakukan sedikit senaman kecil sambil-sambil dia cuba bergerak bangun daripada birai katil.

       Berdiri di hadapan jendela, automatik otak lelaki itu memberikan gambaran di mana seorang gadis berdiri membuang pandang ke luar jendela. Perbuatan Zen yang baru hendak melakukan senaman tangan terhenti serta-merta. Dalam gambaran itu, Luna nampak kesunyian. Tidak berteman dan ditinggalkan seorang diri di sebuah menara.

       Dalam mimpinya juga begitu. Walaupun Luna tidak menunjukkan sebarang emosi, tapi Zen tahu. Luna benar-benar kesunyian. Anak mata itu kelihatan kosong. Tidak sehingga bila Zaki datang melawat. Anak mata itu mulai menunjukkan emosi. Begitu juga dengan wajahnya.

     Bercakap pasal Luna, dia baru teringat mengenai janjinya dengan Armel dan Damien. Zen bergegas bersiap untuk ke galeri Marsha. Otaknya bekerja memikir alasan yang harus dia berikan kepada Marsha kalau-kalau wanita itu bertanya.

Setibanya Zen di lobi utama galeri, kedengaran namanya dipanggil oleh seseorang di atas sana. Zen mendongak. Sushi rupanya. Sushi dengan gaya ala-ala model Victoria Secret melambai-lambai ke arah Zen.

“Cepatlah! Puan Marsha nak jumpa!” gesa Sushi tatkala Zen memilih untuk memandangnya sahaja tanpa bergerak.

“I tak tahu apa yang jadi between you and Puan Marsha. But, she looks really angry.” Ujar Sushi sebaik sahaja Zen berada di sebelahnya.

Mendengarkan itu, semerta membuatkan Zen naik bimbang. Segera, dia membuka langkah menuju ke pejabat Marsha. Perasaanya bercampur-baur ketika itu. Berdiri di hadapan pintu pejabat Marsha, Zen mendapati tidak hanya Marsha yang ada di dalam.

“Kenapa you tak bagitahu yang Armel dengan Mien ada sekali?” bisik Zen dengan geram. Sushi di sebelah hanya mampu mengangkat bahu tidak bersalah.

“Masuk, Zen!” terkejut bukan main lagi mereka berdua. Sushi yang langsung tiada kena mengena, segera berlari menuju ke mejanya. Sempat lagi dia mengucapkan good luck kepada Zen.

“Kenapa ramai-ramai ni?” tanya Zen, buat-buat polos. Saat matanya dan Armel bertemu, Zen memberikan isyarat kenapa.

“Mien, bagitahu Zen apa yang kamu berdua buat di pejabat aunty early this morning!” arah Marsha di kerusi pejabatnya.

Kedua-dua anak buahnya di sofa sana saling berpandangan. Masing-masing menghantar isyarat untuk sesiapa di antara mereka untuk membuka mulut. Zen mula tidak sedap hati. Apa pula yang mereka buat?

“Mereka memandai-mandai call Frida, cakap nak jumpa Luna atas urusan galeri!” lambat! Marsha terlebih dahulu mendedahkan kegiatan mereka awal pagi tadi.

Zen terkejut. Tidak menyangka sampai begitu sekali mereka berani membuat temu janji? Wajah mereka dipandang silih berganti. Bukankah Zen sudah berjanji akan membantu mereka? Kenapa memandai-mandai?

“Aunty menyesal sebab percayakan kamu berdua. Aunty ingatkan, bila aunty bagi muka, biarkan kamu ikut Zen hantar lukisan Luna. Kamu akan balas budi aunty dengan kebaikan. Tapi ini yang aunty dapat? After all I have done for you?”

Marsha sanggup ketepikan soal profesional semata-mata untuk memberikan peluang buat anak saudaranya berjumpa dengan Luna walaupun urusan galeri pada ketika itu amat penting. Seharusnya, dia mendengar nasihat Zen hari itu.

LADY LUNA (Complete)Where stories live. Discover now