KEDUA-dua mereka dibaringkan dengan selesa di atas sofa. Sementara Frida memeriksa keadaan mereka Armel, Luna bergerak perlahan menuju ke jendela rumah. Mereka kini berada di dalam rumah sewa Zen. Mujurlah, Armel masih ‘menyimpan’ memori di mana dia dan Damien berada sebelum dibawa ke bangunan lama.
“Armel tak apa-apa.” Ujar Frida setelah selesai memeriksanya. Kini, giliran Damien pula. Frida lebih risaukan Damien kerana lelaki itu sempat bergelut dengan makhluk-makhluk tadi untuk menyelamatkan Armel. Frida perlu mengubati luka Damien dan membina memori baharu untuk luka tersebut.
“Belajar luar negara. Kerja jadi pembantu pengurus. Tapi, tinggal rumah kecil.” Gumam Luna seorang diri. Dia sendiri dapat mengesan betapa kecilnya rumah yang disewa oleh Zen.
Sedang Luna menikmati pemandangan luar rumah Zen, dia diserang sakit dada. Luna berkerut. Tangannya mula naik memegang dada. Sedaya-upaya Luna menahan diri daripada mengerang.
“Lady, mereka berdua selamat. Memori tentang kejadian tadi saya dah pastikan ianya terpadam.” Ujar Frida lantas menghampiri.
“Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa makhluk-makhluk tu buru mereka berdua?” tanya Luna ingin tahu. Dia masih berusaha mengawal riak wajah daripada diketahui sakitnya oleh Frida.
“Zelda kata, mereka cuma umpan. Saya tak pasti, umpan untuk siapa? Kita atau Zen?” jawab Frida. Masih kurang pasti.
Luna mengangguk-angguk lalu segera beredar daripada situ. Semakin lama dia berada dalam rumah Zen, semakin sakit dadanya. Tidak jauh di dalam bilik Zen, seutas rantai yang terletak di atas meja sisi katil menyala dengan tiba-tiba.
SELESAI kerjanya membersihkan meja makan selepas makan malam bersama Luna, Frida menuju ke ruang tamu pula. Seingat dia, Luna ada meninggalkan topi yang dia pakaikan petang tadi di atas sofa. Menjadi kebiasaan Luna untuk meninggalkan barang-barangnya merata tempat. Sama ada Luna terlupa atau gadis itu yang sengaja.
Baru sahaja Frida ingin mencapai topi Luna, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Perlahan-lahan, dia menghenyakkan punggung di atas sofa. Ingatannya kembali membawa dia ke kejadian petang tadi. Ketika dia berlawan senjata dengan Zelda.
“Selama ni, semua ahli sihir hanya mampu menggunakan Asap untuk mencari Zen. Kenapa Zelda muncul kan diri?”
Jika diimbas semula kejadian yang menimpa Zen, Asap-asap itu yang keluar berburu dan ahli sihir hanya memberi arahan sahaja. Begitu juga dengan makhluk-makhluk yang juga merupakan mata-mata ahli sihir. Walaupun ahli sihir semakin berani menghantar ancaman kepada Zen, tapi mereka tetap tidak berani untuk keluar menunjukkan diri. Tapi, Zelda?
Tanpa sedar, Frida kini berdiri di hadapan pintu masuk taman. Tidak sedar pula kakinya membawa dia sampai ke situ sedangkan tadi dia berada di ruang tamu. Sebaik sahaja Frida mengangkat kepala, mata gadis itu membulat serta merta.
"KENAPA awak suka sangat pokok ni?" pertanyaan daripada si jelita mengembalikan Zaki ke realiti semula. Jauh benar fikirannya menerawang. Senyuman kecil diukir, takut terkantoi kerana asyik mengelamun.
"Bagitahu saya, apa awak rasa bila duduk bawah pokok ni?" soalan dibalas dengan soalan. Luna buat muka seperti sedang berfikir. Dalam tak sedar, Zaki menatap wajah jelita itu tanpa berkelip.
"Nyaman," jawab Luna.
"Begitulah juga dengan saya. Menjadi anak kepada keluarga pahlawan bukanlah mudah. Memang saya akui, ramai yang mencemburui saya tapi apa yang mereka tak tahu. Saya lebih cemburu kan mereka. Hanya dengan pokok ni sahaja saya boleh rasa pengalaman tu." Zaki mendongak, memandang langit petang.
YOU ARE READING
LADY LUNA (Complete)
Fantasy𝘝𝘢𝘯𝘲𝘶𝘪𝘴𝘩𝘦𝘳 𝘖𝘧 𝘚𝘰𝘶𝘭 Sangkanya, cinta yang dia ada selamanya akan menjadi miliknya. Sangkanya, bahagia yang dia rasa adalah untuk selamanya. Tidak sehingga semua itu punah begitu sahaja hanya kerana, Luna Adora adalah anak kandung Seir...