BAB 16

24 4 0
                                    

ZAKI berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Kuku digigit-gigit. Otaknya kusut memikirkan cara untuk melarikan diri. Di luar, Merida sudah meletakkan beberapa orang pengawal untuk mengawasinya. Begitu juga dengan di bawah jendelanya. Jika dia terjun, sudah tentu yang menyambutnya adalah para pengawal.

Kediaman mereka kini diibaratkan penjara yang Merida sendiri bina. Pengawal-pengawal ayahnya semua berada di bawah kendalian Merida. Ayahnya, Ezekiel langsung kehilangan kuasa walaupun Ezekiel pemerintah mereka. Zaki menghenyakkan punggung di atas katil. Senjatanya sempat dirampas oleh Merida ketika dia diheret ke biliknya.

Gadis itu, dia belum berubah status sebagai permaisuri, namun dia sudah mampu mengawal hampir semua orang di dalam kediaman Kales ini.

“Zaki! Zaki! Kau ada di dalam?” ketukan bertalu-talu dan suara seseorang di luar sana mengejutkan Zaki. Segera, dia berdiri daripada duduk.

“Lepaskan aku! Aku masih lagi raja kamu!” bentak Ezekiel di luar sana. Kedengaran agak jelas pergelutan di antara ayahnya dan beberapa orang pengawal.

“Berani kamu menyentuh raja kamu sendiri!” sergah Zaki sebaik sahaja pintu dibuka. Segera, Zaki menarik Ezekiel menjauh.

“Tuan Zaki…”

“Kamu akan dapat akibatnya nanti!”amaran Zaki sebelum pintu dihempas kuat.

“Ayah, kenapa ni?” tanya Zaki ingin tahu. Dia risaukan keadaan Ezekiel yang hampir kehilangan nafas kerana pergelutan tadi.

“Pergi!” halau Ezekiel secara tiba-tiba. Zaki memegang kedua belah bahu ayahnya. Memaksa Ezekiel untuk menatapnya.

“Luna… Merida sudah menghantar beberapa pengawal kita untuk membunuhnya!” tubuh Zaki ditolak menghampiri jendela.

Zaki terpana di tempatnya. Membunuhnya? Luna akan dibunuh? Kembali memandang Ezekiel, kedua belah bahu ayahnya dipegang semula.

“Luna berada di mana sekarang!” digoncang kuat badan Ezekiel. Memaksa ayahnya menjawab dengan cepat.
“Pergi sebelum Merida sampai dulu!” sekali lagi, Ezekiel menolak tubuh sasa Zaki menjauh darinya.

Jendela dibuka dengan kasar. Angin menyerbu masuk dengan kuat. Zen memandang ke bawah. Beberapa orang pengawal sedang berkawal di bawah sana. Jauh di bukit sana, Zaki dapat melihat dengan jelas obor-obor api yang dibawa oleh bala tentera Merida. Mereka masih dekat.

Melompat ke bawah, Zaki tidak terus menyerang. Dia malah menyorok di sebalik tiang. Menunggu masa yang sesuai. Kebetulan, seorang pengawal berjalan melintsinya. Laju Zaki mengunci pergerakan pengawal itu dengan memeluk batang lehernya. Seketika, si pengawal mulai lemah. Perlahan-lahan, dia jatuh terduduk. Sempat lagi Zaki merampas busur serta beg anak-anak panahnya.

Zaki berlari ke sebuah bangsal. Sempat lagi Zaki menenangkan sang kuda sebelum Zaki mengambil posisi. Dia perlu mengosongkan tempat sebelum keluar daripada situ. Dua orang pengawal yang tersedar rakan pengawal mereka sudah terbaring pengsan, Zaki tanpa menunggu lama melepaskan anak panah. Tepat mengenai dada salah seorang daripada mereka berdua.

Belum sempat seorang pengawal tadi bersedia, Zaki sekali lagi melepaskan anak panah. Tiga orang pengawal yang berjaga di merana berhampiran dengan pintu masuk menjadi sasaran Zaki kali ini. Anak panah dilepaskan tepat terkena pada dada si pengawal. Dua orang lagi yang tersisa dikejutkan dengan serangan mengejut itu.

LADY LUNA (Complete)Where stories live. Discover now