e m p a t

198 35 1
                                    

"We broke up."

"As you should." Balas Qayyid. Kami yang lain cuma diam sebab sekarang rasa macam masa yang tidak sesuai untuk bergurau.

"Sebab semalam tu?" Soal aku. Kisyaf termenung buat sejenak, dia cicip teh panas dan angguk kepala. Nampak seakan dia sedih dan tidak dapat menerima kenyataan.

"Dia tak boleh terima aku allergy coffee."

"Whatt?" Ilyas jungkit kening dan tayangkan muka terkejut. Kisyaf cuma angguk kepala sahaja, malas mahu mengulangi apa yang dia katakan tadi agaknya.

"Tak payah monyok sangat. Nah, makan." Marzuq letakkan satu dulang biskut yang panas. Asap daripada biskut itu berkepul-kepul menunjukkan ia baru keluar dari oven. Ilyas sudahpun laju mahu menyambar. Namun tangannya dipukul oleh Maruq untuk menghentikan apa yang dia sedang lakukan, "panas. Sabar kejap aku ambil pinggan."

"Tadi suruh makan." Ngomel Ilyas perlahan tapi masih didengari Marzuq, dia usap tangannya yang berbirat sambil membebel seorang diri.

Kisyaf, dia ada satu condition yang tak boleh terima caffeine berlebihan dalam badan. Tiap kali dia overdose caffeine, dia akan mula pening dan buang tebiat macam orang gila. Entah kenapa, tapi memang begitu.

"Dah tu Kisyi, lagi baik sekarang dari nanti. Dia tak terima kekurangan kau. Kenapa kau nak kena sedih macam ni?" Marzuq agihkan biskut ke dalam piring-piring kecil, "lagipun, kau ada kitorang. Tak ada lah teruk sangat kena tinggal dengan girlfriend."

"Nampaknya kita boleh add on lagi satu red flag in girl." Ilyas buka mulut, dia tiup biskut yang panas sebelum mengunyahnya. "Wich is, coffee lover. Diorang cerewet as hell and we need to avoid that."

Serentak itu, fon kami semua berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Aku buka mesej tersebut, datangnya dari Ilyas juga.

Red flag in girl (avoid this at all costs ❗❗
1. Tak makan sayur
2. Tak jaga kebersihan diri
3. Tidak hormat orang tua
4. Pick me
5. Attention seekers
6. No self awareness
.
.
.
79. Coffee lover

"Um, Qayyid pun coffee lover?"

"First, Ayid lelaki." Ilyas tunjuk jari satu, "second, Ayid cuma minum latte. That's not so called coffee lover."

"I still need my latte every morning." Qayyid cuba back up diri sendiri,

"Whatever." Qayyid tidak balas taunt Ilyas itu, kerana ia satu perkara yang membazir masa.

"Stay strong Kisy, that girl probably not worth your time. Kau second most popular among us kot? Lupa?"

"Enough cerita pasal aku, aku okay. Kau? Macam mana dengan perempuan comel kau tu?" Balasan Kisyaf buatkan aku terdiam. Aku pegang cawan teh panas milik aku agar tangan yang sejuk mendapat haba. Ahh...lega! Dapur Marzuq ni sejuk, mungkin sebab dekat luar sedang hujan dan dia pasang aircond. Bila dapat benda-benda panas macam ni, buat aku ras—

"Hello? Kau mengelamun apa?" Suara garau Kisyaf mematikan lamunan aku. Cis, tak sempat aku nak lari dari soalan tu. Dia dah kepung aku dulu. Aku angkat kepala, empat ketul kepala tu semua sedang fokus pada aku sekarang.

"Korang tahu kan? Aku ni tak ada pun dalam top rank Achiever's High Prince macam korang?" Mereka pandang satu sama lain dengan air muka tidak faham soalan matematik. Ilyas garu kepala, dia mahu buka mulut tapi ditutupnya mulut itu kembali, "maksud aku, dia tak akan suka aku."

Highschool SweetheartWhere stories live. Discover now