Step 1: Accidentally Meet Up
"Untuk bagi someone notice kita, kita kenalah banyak kali jumpa dia. One thing yang kau kena tahu pasal perempuan yang diorang not a slow learner. Jadi, kalau kau nak trap dia, kena buat as natural as you could. Got it?"
"Tapi...apa yang kita kena buat supaya nampak natural?"
"Good question emo boy." Kisyaf nampak terkesan dengan panggilan nama tersebut, dia berhenti menulis nota dan peluk tubuh.
.
.
.
.
.
★
.
.
.
.
."Okay, semua dah ready?" Marzuq bersuara. Dia lap peluh yang membasahi pipinya dengan kain tuala kecil yang dari tadi tergantung atas bahu,
"Tepat pukul 2.14 petang, habis kelas dia akan lari ke Chickey Cafe. Kita ada masa lagi 10 minit." Ilyas pula memberi update semasa, dia pandang jam yang ada di tangan buat beberapa saat, "okay guys! Korang semua just have fun and act natural. Jangan kayu sangat macam Fattah Amin. Faham?"
Dia pesan kepada semua pelakon tambahan yang dia telah kutip untuk memenuhi cafe ini. Selain tu, dia juga sewa satu cafe ni untuk sehari demi buat step pertama ni sahaja. Aku mula sakit otak bila memikirkan betapa supportive nya kawan-kawan aku ni. Marzuq, sedang bertukus-lumus dekat bahagian dapur cafe. Qayyid, berdiri dekat luar untuk melihat jikalau Akish sudah sampai dan Kisyaf...
"Kau buat apa dalam cafe ni? Keluarlah cepat! Kejap lagi dia sampai!" Kisyaf tarik lengan aku untuk keluar dari cafe. Tugas dia untuk teman aku sahaja.
"Okay, Iyas kata tadi, bila Akish tu masuk, dia akan oder 2 pack of cheesy boneless chicken dengan BaoBao Fresh Milk extra BaoBao, extra sugar and extra caremel...damn, budak ni tengah try dapat kencing manis ke?"
Kening lelaki itu hampir tercantum masa baca mesej yang ditulis oleh Ilyas di group WhatsApp. Dia geleng kepala beberapa kali sebelum sambung membaca info, "so, sebab ini step pertama, kita tak boleh banyak interaction dengan dia. So, kau akan bayarkan makanan dia sebab nanti Marzuq akan decline all of her money."
Aku dengar dengan dahi yang berkerut seribu, belum sempat aku mahu buka mulut, Kisyaf sudah tampar bahu aku beberapa kali dan tunding jari ke arah dua orang perempuan yang sedang berjalan mendekati cafe.
"Target here, target here." Suara Qayyid kedengaran, aku garu kepala yang tidak gatal. Diorang ada walkie-talkie?!
"Roger and out." Balas Kisyaf melalui walkie-talkie miliknya. Dia beri isyarat untuk keluar dari tempat persembunyian (belakang pasu besar) dan jalan ikut belakang dua orang perempuan tersebut.
Aku cuba untuk kelihatan tidak gelabah. Jantung aku punya degupan rasa macam aku boleh terbang sekarang ni. Berjalan belakang dia macam ni pun boleh buatkan aku mahu jadi gila. Gila segila gilanya.
Kami sudah masuk di dalam cafe, dari pintu ini aku sudah nampak Marzuq berdiri di kaunter. Akish dan seorang lagi perempuan yang aku tak tahu siapa, sedang membuat pesanan di kaunter. Aku dan Kisyaf pula beratur di belakang mereka berdua.
"2 pack of cheesy boneless chicken dengan BaoBao Fresh Milk extra BaoBao, extra sugar and extra caremel?" Marzuq menyoal Akish, perempuan itu berkerut dahinya. Kisyaf sudah tepuk dahi selepas melihat Marzuq yang careless, "um...saya professional, tengok muka awak je terus saya dah tahu awak nak makan apa."
Cubaan Marzuq untuk kawal keadaan, dia sudah sengih sumbing dan berdiri tegak. Akish gosok dagu sambil matanya dikecilkan memandang Marzuq gaya sedang suspicious,
"Hmmmm...." Lama dia merenung lelaki itu, Marzuq sudah nampak gelabah. Dia ketawa janggal, sambil garu dahi "salah tu..."
"Fuh, salah?" Lelaki itu gosak dadanya, "awak nak makan apa?"
YOU ARE READING
Highschool Sweetheart
Teen Fiction"Her smiles make me feel butterfly." [Point of view seorang lelaki yang jatuh cinta kepada perempuan yang dia rasa selekeh. Akir, satu-satunya ahli yang tiada teman wanita di dalam kumpulannya mahu membuktikan bahawa dia juga boleh ada teman wanita...