Ilyas
"Selamat datang ke perjumpaan kelab Akir's Supporter till jannah."
"Mana Akir nya?" Marzuq gelojoh. Aku balas soalannya itu dengan jungkitan kening, dah tujuh belas tahun tapi semua benda orang nak kena terangkan. Macamni lah lelaki. Walaupun aku juga seorang lelaki, tapi aku lelaki yang feminist. Lelaki feminist tidak tergolong dalam golongan lelaki yang lelaki-semua-sama.
Mungkin aku lebih kepada baby face? Oh, aku bukan feminist? Aku jambu? Tapi jambu tu feminist lah kan?
"Ilyas Ilyasa?"
"Yunus, Zakaria, Yahya, Isa." Aku balas panggilan dari Marzuq itu dengan nyanyian nama-nama Rasul. Ia lantas buatkan lamunan aku termati.
"Ini secret mission dari kita punya professional helper."
Qayyid peluk tubuh dan silangkan kaki, kalau kita tengok dari air muka dia ni, kita tahu yang dia minta explanation, "clarify please."
"Macam ni, Firah kata yang kita kena bawak Akir masuk dalam Princes List tu. Nanti perempuan tu mesti akan lebih perasan dia."
"Aku faham apa yang Firah cuba sampaikan. Tapi, yang nak masuk list tu Akir. Kenapa benda ni jadi secret pulak?" Soal Kisyaf, soalan itu dibalas dengan anggukkan dari dua orang yang lain — Marzuq dan Qayyid.
"Kau ni, kau nak kawan kita jadi wannabes?" Aku peluk tubuh, "kalau dia tahu yang dia kena masuk list, mestilah nanti dia akan try hard macam budak-budak dekat luar sana. Benda tu cringe gila kot."
"Ha...make sense, memang cringe gila kalau masuk list without it being natural." Marzuq bersetuju dengan aku, dia angguk kepala sambil tangannya menggosok dagu yang runcing itu beberapa kali.
"Yes! Kita kena tolong dia masuk list tu softly!"
"Pardon?"
"Softly? Tak faham ke?" Qayyid geleng kepala, "dasar pak arab."
"You mean smoothly?" Aku terdiam dan cuba untuk bezakan dua perkataan tersebut. Ahhh...bahasa asing ni buatkan otak aku celaru.
"Lantaklah, kita dekat tanah melayu, kenalah memartabatkan bahasa melayu. Kau sokong penjajah ye? Penat-penat Najib merdekakan kita. Kau buat macam ni?"
"Dah lah bodo bahasa, bodo sejarah lagi budak ni."
"Kau kalau nak cakap buruk, kuat-kuat eh!" Aku jeling Kisyaf yang baru sahaja berbisik untuk mengata aku. Lengan hoodie yang buatkan aku rasa rimas, aku tari sampai ke lengan, "okay kembali ke topik asal,"
"Oh ya, macam mana kita nak naikkan dia secara 'softly' tu?" Marzuq kembali kepada topik kembali, walaupun dia cuba untuk bahan aku pasal kesalahan seorang Ilyas yang kecil itu. Biasalah manusia, pantang nampak manusia lain buat kesilapan sikit.
"Pertama sekali, kita kenalah buat dia terkenal. Budak tu melekat aje dalam bilik dia hadap computer. Tak menarik langsung."
"Yea, that's the problem. So how?" Qayyid balas, matanya fokus pada lantai mungkin sedang berfikir.
"Waktu perhimpunan tak rasmi."
"Student's assembly?" Aku angguk kepala kepada soalan yang datang dari pak arab itu,
YOU ARE READING
Highschool Sweetheart
Teen Fiction"Her smiles make me feel butterfly." [Point of view seorang lelaki yang jatuh cinta kepada perempuan yang dia rasa selekeh. Akir, satu-satunya ahli yang tiada teman wanita di dalam kumpulannya mahu membuktikan bahawa dia juga boleh ada teman wanita...