"Eh kau pergi mana? Nasib baik cikgu masuk lambat tahu?" Aku tidak membalas soalan jejak itu. Termengah-mengah aku letak pendrive di atas meja bersebelahan laptop Kisyaf. Dia sedang leka memeriksa sistem projector di hadapan kelas.
"Kejap." Dia berhenti buat apa yang sedang dia lakukan. Lelaki itu berdiri statik sambil cekak pinggang, bunyi seakan sedang menghidu sesuatu kedengaran, "bau ni datang dari man—"
"Busuknya kau ni Ku Akir!" Pantas dia kepit hidungnya dengan menggunakan dua jari selepas dia menghalakan hidungnya ke arahku. Kisyaf melangkah beberapa tapak ke belakang. Keningnya seakan mahu bercantum bersama dahi yang berkerut seribu.
Aku bau diri sendiri, tangan diangkat untuk periksa bau ketiak sekali. Oh, benar. Satu badan aku sedang berbau teruk. Aku juga terkejut dengan bau diri sendiri. Tangan kiri menutup mulut dan hidung.
"Kau dari mana busuk semacam ni? Tak mandi eak?" Dengan suara sengau Kisyaf bercakap. Dia masih berdiri jauh dari aku, seakan sedang menjaga penjarakkan fizikal.
"Panjang cerita dia ni Kisyi,"
"Tak payah cerita, tak payah pendekkan. Kau pergi settle diri sendiri. Nanti aku cover kau dekat cikgu." Dia tolak bahu aku ke arah pintu beberapa kali. Kemudian lelaki emo itu melibas tangannya ke udara seakan menghalau nyamuk.
Aku tak sempat mahu menolak atau membantah, badan aku sudah terkeluar dari dewan kuliah. Aih, memang ceritanya tak akan dapat difaham kalau tak jadi pada batang hidung sendiri. Keluhan berat seberat sepuluh ekor gajah dilepaskan, apalah nasib diri. Pagi-pagi dah ditimpa malang sebegini.
★
P
endrive yang dicari ada pada tangan Akish, aku awalnya sudah lega. Tapi lain pula jadinya bila dia mahu buang pen drive tersebut.
"Tapi Akish, itu saya punya barang. Bukannya sampah."
"Tak ada pun nama awak dekat sini?"
"Tu keychain chess tu, saya punyalah. Saya main chess."
"Tasyriq pun main chess."
"Siapa pulak Tasyriq?"
"Kawan saya."
Panjang pulak perbualan ni. Aku mulai berpeluh. Apa benda yang aku nak kena buat untuk pujuk perempuan ni? Tangan menggaru kepala yang tidak gatal,
"Okay, macam ni. Bagi saya bua—"
"Eh Akish! Kau ni, aku cari dekat rumah tak ada. Rupanya dah sampai sekolah dulu?" Serentak kami menoleh ke arah punca suara. Ia datang daripada seorang lelaki berambut perang beralun digayakan dengan potongan wolfcut. Tinggi dan badannya kelihatan fit. Dia mengenakan kemeja hitam lengan panjang, lengannya dilipat hingga ke siku. Seluar slack berwarna brown tug in dengan kasut kulit. Hidung mancung, bibir sedikit tebal dan kulitnya putih. Mata dia bundar berwarna coklat cair dengan bulu mata yang panjang seakan wanita. Dia galas dua beg, satu warna hitam satu lagi warna pink.
Aku terkaku sebentar, muka dia memang familiar. Aku kenal dia ni tapi aku tak ingat dekat mana aku kenal muka tersebut.
"Oh, Syiriq!"
Hati aku mula panas. Perasaan ni aneh, aku tak pernah rasa lagi perasaan yang aku rasa ini. Aku cuma diam, memehatikan mereka berdua. Wajah lelaki itu berubah bila dengar panggilan yang disebut Akish itu. Dia mengeluh kecil sebelum buka mulut sekali lagi,
"Kau tinggal beg kau semalam dekat rumah aku, ni ambik." Dia hulurkan beg warna pink itu kepada Akish, mata kami bersatu akhirnya selepas hampir satu minit aku seakan langau di hadapan mereka berdua, "ni siapa?"
"Aku Aki—"
"Aku kenal kau, kau player Chess sini kan?" Aku cuma angguk kepala, "aku Tasyriq, kita pernah lawan dulu. Round separuh akhir if I'm not mistaken."
Seakan waktu malam yang dihadiri lampu kalimantang, aku dah ingat dah siapa dia. Dia ni lawan aku masa tournament chess antara elite class dulu. Dia kalahkan aku tapi akhir sekali dia kalah dengan Twigh High.
"Korang buat apa dekat sini?" Makin banyak mamat ni bercakap, makan panas dada aku terasa. Makin berpeluh aku jadinya. Aku rasa tak sedap betul mata memandang bila tengok muka lelaki ni. Tapi aku tahu, ini bukan perasaan marah. Perasaan kali ini lain. Lain entah apa.
"Oh, ni ada sampah." Akish tayang pen drive aku,
"Dah tu? Buang je lah?" Aku mahu buka mulut, tapi belum sempat lagi mahu bercakap, pen drive itu sudah bertukar tangan. Tasyriq campak benda berharga itu masuk ke dalam tong sampah besar yang ada berdekatan dengan kami. Mulut aku terlopong, mahu sahaja aku jerit tapi tidak kesampaian.
Otak aku langsung tak sempat mahu proses apa-apa. Semuanya berlaku sepintas lalu tanpa sempat aku mahu memberi riaksi.
"Okay Kish, jom kita gi makan? Aku ada bawakkan chicken wrap untuk kau ni."
"Wah! Jom!" Akish tarik tangan lelaki itu berjalan pergi. Aku masih lagi terkesima, terdiam, terkedu, ter segala ter yang ada. Buntu. Sekarang ni, aku perlu masuk dalam tong sampah tu untuk ambil pen drive? Ke macam mana?
Aku cuma pandang dua manusia itu sehingga mereka hilang dari pandangan. Dada aku masih terasa panas rasa seakan mahu terkam budak Tasyriq tu dan siat dia sampai jadi benang. Aku cemburu ke? Mungkin. Boleh jadi sebabkan aku kalah chess dengan dia dulu, oleh itu aku benci dia. Boleh jadi.
Aku pandang tong sampah besar tersebut. Tiba-tiba bayangan lelaki emo sedang marah terlintas sebentar. Gila...Kisyaf tu high achievers dan Mr perfectionist. Orang gila sahaja yang sanggup rosakkan semua plan dia.
Tak ada jalan lain,
Aku panjat tong sampah tu jugak.
★
"SIAPA LELAKI TU ISMAEL! SIAPA ISMAEL! KATAKAN KEPADAKU! KATAKAN!" Badan aku digoncang kuat. Ilyas menjerit dihadapan muka sambil menggoncangkan badan aku seperti sos cili yang tidak mahu keluar dari botol. Aku cuma pasrah dan biarkan sahaja dia,
"Ilyas, stop it." Qayyid tarik Illyas menjauhi aku. Budak Illyas itu pula yang tidak keruan. Seakan dia yang kena masuk dalam tong sampah untuk cari pen drive.
"Sanggup dia curi kekasih hati pertama Ismael kita?! Tak boleh jadi ni! Kita perlu lakukan sesuatu!"
"Benda yang kita kena lakukan ialah tenang." Kisyaf buka mulut. Ilyas balas jawapan itu dengan jelingan tajam.
"Diorang nampak rapat, i don't know. Kawan dia lah kot."
"Ye ye je, tah tah boyfriend dia?"
"Marzuq, kau ni tak vibes doh. Kiter niey hawrus lerr support membersz." Ilyas cekak pinggang, dia bercakap dengan slang melayu yang tak reti cakap melayu, "kiter, tak bowleyh ler nak buat member kiter overtinkin. No, no, no, no. So wrongszz!"
Kami yang ada di dalam bilik ini berkerut kening melihat perangai Ilyas. Waktu no no no tu dia siap angkat jari telunjuk dan goyangkan ke kiri dan kanan lagi. Adu pe'el baru apa pulak yang dia tunjukkan lagi ni agaknya?
"Ilyas stop with that slang." Marzuq buka mulut, air mukanya nampak sangat yang dua tengah annoying dengan si budak Ilyas ni.
"Sumperh tak vibes."
"Nama lelaki tu Tasyriq ek?" Kisyaf yang sedari tadi diam bersuara, matanya melekat pada henfon sambil tangan mengusap dagu, "dia tu childhood friend Akish. Ni tengok."
YOU ARE READING
Highschool Sweetheart
Teen Fiction"Her smiles make me feel butterfly." [Point of view seorang lelaki yang jatuh cinta kepada perempuan yang dia rasa selekeh. Akir, satu-satunya ahli yang tiada teman wanita di dalam kumpulannya mahu membuktikan bahawa dia juga boleh ada teman wanita...