"Liya cepat bangun !! Dah lambat dah ni !! Harinikan first day liya sekolah kat sekolah baru !! cepat bangun!!"
Alhamdulillah dh bising dah singa kita...liya pun bangun dan terus mencapai iphone 14 kepunyaannya. " Alamak !! Org dh lambat dah ni !!" Jerit liya sebab panik. Sape je tak panik baru first day kat sekolah baru dah datang lambat.
Liya terus mencapai tuala dan terus berlari ke tandas. Lepas selesai mandi liya terus menuruni anak tangga dengan panik.
"Mama liya pergi sekolah dulu dah lambat ni " ujar liya sambil menyalami mamanya. Liya terus mencapai kasut sekolah dan berlari kearah driver keluarganya.
"Pakcik...tolong bawak laju sikit...saya dah lambat dah ni.." kata liya sambil memakai kasut sekolahnya..driver liya hanya mengangguk tanda faham.
Selepas beberapa minit kami pun tiba dipagar sekolah. Liya nampak ada 3 org pengawas lelaki tengah jaga pagar. 'Lah kenapa pulak mamat tu diam ja...macam nampak hantu tengah terbang...ingat cool sangat la tu..' getus hati liya sambil melihat kearah Ekal.
Ekal flashback
"Assalamualaikum cikgu naim...ada apa cikgu panggil saya?" Tanya ekal dengan ramah.
"waalaikumussalam..cikgu nak bagitahu..nanti ada budak baru masuk kelas kamu..." cikgu naim sengaja membiarkan ayatnya tergantung.
" jadi?"
"sampai sekarang dia tak datang lagi....nanti kamu tolong hantarkan dia kepejabat sebab mak dia tak dapat datang sekolah untuk daftar...nanti sesat pulak anak orang tu" sambung cikgu naim sambil menjamu air kopi dihadapannya.
"okey baik cikgu" ekal tersengih dan menuju kearah pintu pejabat.
Back to story
Liya pun lari kepagar utama. "Nama?" Tanya ekal dengan nada membosankan. Liya hanya berdiam diri dengan perasaan menyampah.
"Ehem". Aku terus menoleh kearah nik dan danial iaitu best friend ekal. "Hah! ape dia?" tanya liya dengan perasaan pelik. " lah budak ni ....kan ekal tanya sapa nama kau" ejek nik.
"eh sedap kau je panggil aku budak...nama aku tengku dhaliya" kata liya sambil memberi pandangan tajam kearah nik.
"kelas?" tanya danial. "5 zamrud kot" jawab liya sambil menyemak surat pendaftarannya.
"lah yeke...samela macam kiteorang.." danial bersuara.
"what ! Aku kelas dengan mamat ni ?!" kata liya dengan perasaan tak puas hati. Nik dan denial tergelak besar tengok gelagat liya.
"lah kau taknak kelas dengan ekal ke?" tanya nik dengan hairan. Liya hanya menggelengkan kepala sambil menjeling ekal.
"Ekal ni dah la hensem... famous... ramai perempuan nak kat dia... takkan kau tak minat kat dia kut... " sambung nik sambil memeluk bahu ekal. Ekal hanya melayan karenah bff dia tu.
"aku? Minat? Minat kat mamat ni? Lambeert lagi." kata liya sambil memandang sekilas kearah ekal.
"HAHAHAHAHAHA kau ni memang perempuan limeted edition... kau memang ada ciri ii perempuan setia" kata nik danial. Liya hanya membuat muka bangga.
"weh liya... aku dengar nanti ada perlantikan p. Ketua pengawas...kau nak join ke?" sambung nik.
"aku ? Aku memang tak minat la nak jadi pengawas...apatah lagi nak jadi penolong headperfect sekolah ni" ujar liya sambil membetulkan tali kasutnya.
Nik dan denial hanya mengangguk tanda faham. "okeylah aku nak pergi pejabat dulu...byeh" liya memulakan langkah. Bila liya memulakan langkah liya merasakan ada seseorang mengekori liya.
Liya pun berniat untuk menoleh ke belakang dan ~ "lah kau rupanya...kenape kau ikut aku" tanya liya dengan dingin. Ekal hanya membuat muka selamba dan terus mengikut langkah liya.
"lah.... aku tengah cakap ngan simen ke... cepat la cakap...ke kau nak aku ajar abc bagi kau pandai cakap.." marah liya.
Ekal hanya menghembuskan nafas mengeluh "cikgu naim suruh aku hantarkan kau pergi ke pejabat sebab kau tk tahu jalan" kata ekal dingin.
"ouh haah laa..aku mana tahu jalan kepejabat." liya menggaru kepalanya yg berlapik tudung.
' dah tak tahu jalan takyah lah buat buat pandai ' getus hati ekal.
"assalamualaikum cikgu naim..ni budak yg nak daftar masuk harini" ujar ekal. "haa masuk ii ni tengku dhaliya kan?". Liya hanya menganggukkan kepala. "ok sila isi borang ni" sambung cikgu naim.
"okey..ekal kamu pergi bawak dhaliya pergi kelas kamu.." kata cikgu naim sambil menyemak kertas pendaftaran dhaliya. Ekal hanya akur.
Vote dulu yagghh