9

15 3 0
                                    

いつだって隣にいて
(You're always beside me)

.

.

.

Akane Yurina p.o.v

"Adik!"

"Ye, ibu! Kejap!" Dengan bergegas aku berlari ke arah ibu. Ryusei pun turut di seru sama.

Izumi awal awal lagi sudah ditarik oleh ayah. Nasiblah....

"Ryusei ni tolong beri kepada jiran bawah tu, makcik Han tu ye. Yang jual jamu tu." bekas makanan ibu beri pada Ryusei. Dengan anggukan Ryusei patuh.

Ryusei telah pun pergi.

"Ini tolong bagi dekat jiran sebelah kita yang baru pindah" serah ibu bekas berwarna pink pada aku.

"Jiran? Sejak bila?" tanya aku. Sekarang baru pukul 10 pagi.

"Tadi pukul 6 dia baru pindah masuk. Kacak orangnya. Ibu tegur tadi dan dia seumur dengan kamu." aku hanya mengangguk sahaja.

"Yelah. Adik pergi dulu" pinta aku. Selipar aku ambil. Pintu sebelah aku tekan loceng.

Ding dong ~

Pintu dibuka.

"Siapa....-?! Kau?!"

"Awak?!"










Kanemoto Yoshinori p.o.v

Tadi pukul 6 pagi tadi aku pindah masuk. Awallah juga sebab orang yang tolong angkut barang tu kata pukul 8 dia sibuk. Ada orang nak pindah juga.

Jadi aku cadang ambil awal pagi lah apa lagi. Kan?

Ada makcik tadi tegur. Baik makcik tu, siap cakap lagi nanti dia hantar lauk makanan. Sambut jiran baru katanya.

Dia tanya umur. Aku jawablah 17. Makcik tu pun cakap dia ada anak sama umur dengan aku.

Sekarang pukul 10. Ada orang tekan butang loceng. Dengan malas aku bangun dan buka.

"Siapa....-?! Kau?!"

"Awak?!"

Aku dan dia memandang antara satu sama lain. Kami berdua ketawa. Yelah aku tak sangka dia berjiran dengan aku.

Waktu seakan berhenti, memberi peluang kepada aku untuk melihat dia ketawa.

Yurina sentiasa cantik pada pandangan aku. Malah dengar dia ketawa dengan gembira cukup membuatkan aku angau sekali lagi pada dia.

"Oh ya! Ni makanan yang ibu saya bagi. Makanlah! Dalam ni ada macam-macam  tau!" dengan senyuman dia berikan aku bukan makanan yang bertingkat.

"Terima kasih." ucap aku. Yurina mengangguk.

"Sama-sama. Selamat menjamu selera!" sejurus itu dia pulang.

Pintu aku tutup dan aku membuka makanan tersebut. Tanpa menunggu lagi aku mula makan.

"Itadakimasu"

恋色 : Kanemoto Yoshinori (TREASURE)Where stories live. Discover now