ほら 素直になるの私
(Now, I have something to be honest).
.
.
Akane Yurine p.o.v
Minggu pertama hari peperiksaan sudah pun berakhir. Kini masing-masing meluangkan masa untuk menghiburkan diri.
Peperiksaan hanya berlangsung selama 2 minggu jadi aku memutuskan untuk berehat dirumah.
Kedua-dua abang aku tiada dirumah. Izumi berada di universiti manakala Ryusei tolong belikan aku barang dapur.
Papa dan mama tiada sebab mereka berada di Jepun menguruskan pengebumian atok aku.... Aku nak ikut tapi mereka tidak bagi sebab waktu tu aku ada peperiksaan dan lagi satu mereka tidak mahu emosi aku terganggu.
Masalahnya emosi aku pun terganggu juga waktu tu. Habis aku menangis dekat stor sukan sebab atok aku meninggal. Tak pasal-pasal Jumin kena pujuk aku.
"Itadaima!" kata Ryusei sebaik sahaja pintu dibuka. Barang dapur diletakkan di atas.
"Terima kasih, nii-san." Ryusei sekadar mengusap kepala aku sambil sengih hujung bibir.
"Sama-sama. Adik nak masak apa?" soal Ryusei ketika dia melihat aku mula menyusun barang dapur.
"Curry katsu! Nii-san nak?" mata aku bersinar saat terbayang nasi yang dibanjiri kuah kari bersama ayam krispi di atasnya.
"Boleh juga, nak aku tolong?"
Aku mengangguk. Ryusei menolong aku untuk masa makanan tengah hari.
Setelah 1 jam setengah memasak kami pun makan tengah hari dan selesai itu kami buat kerja masing-masing.
"Adik aku keluar jumpa kawan kejap tau. Apa-apa nanti call aku atau Izumi, faham?" pesan Ryusei ketika dia sedang menyarungkan jaket denim hitam miliknya.
Aku mengangguk faham.
"Hati-hati!" pesan aku. Ryusei sekadar mengangguk.
Apabila Ryusei beredar, loceng pintu rumah aku bunyi.
Ding dong ~
"Sekejap..."
Pintu dibuka dan aku melihat Yoshi sedang berdiri sambil memegang sebuah plastik yang dipenuhi dengan buah oren.
"Err nah. Buah tangan." Yoshi menyerahkan kepada aku.
"Terima kasih," balas aku sambil senyum.
"Makcik Yoon ada beritahu aku yang atok kau meninggal. Salam takziah."
Btw Yoon tu nama family mama dan nama mama ialah Yoon Seien.
"Iya....terima kasih untuk buah ni," kata aku dengan ikhlas.
Suasana antara kami kekok sebentar.
"Sama-sama. Aku ada belikan kau susu coklat dan cadbury dalam tu. Harap kau okeylah."
Aku perasan Yoshi memegang lehernya dan telinga dia merah.
Eh aku salah pandang kot. Lantaklah.
"Sekali lagi, terima kasih Yoshi." jujur aku cakap kenapa dia selalu berikan aku sesuatu ek?
Aku tak pernah berikan dia apa-apa pun.
"Sama-sama, Yurina. Kau tahu....." aku memandangnya.
"Ah tiada apa. Aku balik dulu. Jumpa lagi"
Dan Yoshi tinggalkan aku sendiri.
"Apa dia mahu katakan tadi?" bahu aku jongket dan terus aku tutup pintu
"Yurina,"
"Aku nak cakap yang dalam tu ada surat. Aku harap kau baca lepas kita habis exam," aku mendengar setiap perkataan yang di sampaikan oleh dia.
Setelah itu aku dengar dia lari kembali untuk masuk rumah.
Comel. Aku gelak sendiri. Terus muka aku merah.
Hah?! Apa yang aku cakap tadi?!
Kanemoto Yoshinori p.o.v
Sebenarnya aku cadang nak confess dekat Yurina yang aku suka dia. Tapi masa pula macam tak kena sebab dia sedang bersedih ke ataskematian mendiang atoknya.
Aku tahu sebab aku dengar dia menangis dekat dalam stor sukan ketika aku sedang mencari kawasan sunyi waktu rehat.
Sekarang ni aku tengah pilih sesuatu. Pilih surat dan sampul surat untuk dia.
Yurina suka coklat. Yurina suka warna jingga.
Surat diambil dan aku mula menulis.
To : my loved friend.
Akane Yurina. Aku tak tahu kenapa aku tulis dekat surat sedangkan kita sekarang menggunakan teknologi. Mungkin guna surat dapat disimpan sebagai kenangan kan?
Aku fikir waktu tidak tepat untuk aku lakukan ini. Tetapi ketahuilah bahawa aku harap kau baca lepas exam ㅠㅠ
Sekarang aku ada sesuatu perkara yang aku hendak jujur pada kau.
Sebenarnya aku suka kau. Aku sendiri pun tidak tahu, bila dan bagaimana. Tapi perasaan ni hadir sendiri tanpa aku sedar.
Emm....aku mungkin tak pandai romantik tapi bila dengan kau aku rasa aku boleh buat.
Yurina, aku tak tahu sama ada kau terima aku atau tidak....tapi aku harap hari kau sentiasa dipenuhi dengan senyuman.
Sebab setiap kali kau senyum kau buat aku berasa semangat. Kau seperti spirit dalam hidup aku Yurina. My spirit is you and my spirit also yours. Mungkin tanpa kau aku kosong? Sedangkan hari tanpa kau senyum sudah buat aku sedih.
Akane Yurina, my spirit. Without her I'm lost. Without her I just like an empty shell.
From : Yoshi
"Aku takkan baca surat ini dan sudah rasanya." aku lipat dengan kemas dan berikan kepada Yurina.
'Akane Yurina is my little spirit that's so precious in my life'
YOU ARE READING
恋色 : Kanemoto Yoshinori (TREASURE)
FanfictionIanya selalu comel Mata misteri milikmu Sangatlah licik Menyorok ketika kau berasa malu 恋色 song by mosawo "Kalau dah jatuh cinta memang auto boleh jadi bodoh ye," - Kanemoto Yoshinori ©TREASURE FANFICTION SERIES KANEMOTO YOSHINORI Start - 25 Oct...