14

11 2 0
                                    

この先にもっと側にいてもいいかな?
(Can I stay by your side from now on?)

.

.

.


Akane Yurina p.o.v

Exam awal tahun telah pun habis. Masa untuk enjoy free time puas-puas. Hahahha.

Tapi sebelum itu, aku nak baca surat ni jap. Aku dah lama tahan diri aku untuk baca ia.

Papa dan mama sudah pulang dan mereka hantar salam daripada saudara mara dari sana.

Earbud aku pasang pada telinga aku. Aplikasi spotify dibuka dan aku memainkan playlist kegemaran aku.

Now playing LO$ER=LO♡ER by TOMORROW BY TOGETHER

"Agaknya harini ada apa-apa event ke sampai dia beri aku surat?" dengan naif Yurina berfikir.

Bila difikirkan si Yoshi ni dia bukannya jenis kecoh. Ramai kata ibu dia peramah. Berkaitan ayahnya pula aku tidak tahu dengar pun tak pernah.

Surat di buka dan aku membaca kandungannya.

To : my loved friend.

Awal-awal lagi aku sudah tersenyum. Satu persatu ayat aku baca.

Akane Yurina. Aku tak tahu kenapa aku tulis dekat surat sedangkan kita sekarang menggunakan teknologi. Mungkin guna surat dapat disimpan sebagai kenangan kan?

Aku membaca dengan tekun. Senyuman aku tidak lekang dari bibir. Lagu LO$ER=LO♡ER kini bertukar kepada MAZE IN THE MIRROR

Aku fikir waktu tidak tepat untuk aku lakukan ini. Tetapi ketahuilah bahawa aku harap kau baca lepas exam ㅠㅠ

Sekarang aku ada sesuatu perkara yang aku hendak jujur pada kau.

Sebenarnya aku suka kau. Aku sendiri pun tidak tahu, bila dan bagaimana. Tapi perasaan ni hadir sendiri tanpa aku sedar.

Aku berhenti seketika. Hati aku berdebar. Dapat aku rasa bahang di bahagian pipi aku.

"Baka...." aku tutur perlahan dengan rasa malu.

Emm....aku mungkin tak pandai romantik tapi bila dengan kau aku rasa aku boleh buat.

Yurina, aku tak tahu sama ada kau terima aku atau tidak....tapi aku harap hari kau sentiasa dipenuhi dengan senyuman.

Sebab setiap kali kau senyum kau buat aku berasa semangat. Kau seperti spirit dalam hidup aku Yurina. My spirit is you and my spirit also yours. Mungkin tanpa kau aku kosong? Sedangkan hari tanpa kau senyum sudah buat aku sedih.

Akane Yurina, my spirit. Without her I'm lost. Without her I just like an empty shell.

From : Yoshi

Surat diletakkan tepi. Aku mengambil patung penguin dan menumbuknya berkali-kali. Percayalah, kali ini aku blushing teruk dengan pengakuan Yoshi.

Setelah beberapa minit aku tenangkan diri. Surat tadi aku simpan di tempat yang terdapat barang peribadi aku.

"Awak memang bodohlah, Yoshi....."












Kanemoto Yoshinori p.o.v

"Apalah agaknya Yurina tengah buat ye?" aku sedang melakukan beberapa latihan yang diberi oleh cikgu dari pusat tuisyen aku.

Berkali-kali aku melihat handphone aku. Manalah tahu ada mesej daripada dia ke? Bila difikirkan balik, ah....aku rasa malu pula bila tulis surat pengakuan tu.

Kalau boleh aku nak gali lubang untuk sorokkan diri aku. Huwaa ㅠㅠㅠ....

Sejak daripada surat confession tu aku rasa aku macam asyik sembunyikan diri aku je. Kadang-kala aku tak nampak Yurina. Kawan dia yang Jumin tu pun sorang diri sahaja. 

Nampaknya mungkin Yurina mengelakkan diri daripada aku...

恋色 : Kanemoto Yoshinori (TREASURE)Where stories live. Discover now