今あなたに想い乗せて
(I'm thinking about you).
.
.
Akane Yurina p.o.v"Mana si Jumin ni? Kata suruh aku tunggu dia." aku menunggu dia di pintu masuk bangunan utama sambil itu aku menghirup vitagen yang diberikan oleh rakan kelasku Hoshi atas jasa terima kasih.
Dah orang bagi rezeki semestinya janganlah ditolak.
Masalahnya sekarang dah nak pukul 7. Apa budak ni sedang buat? Takkan malam-malam pun nak sidai aku.
Apa ni 😭😭😭
Aku duduk di tangga tersebut dan aku melihat Yoshi bersama basikalnya masuk ke perkarangan sekolah.
Oh ya kadang-kadang ada pengajar luar menumpang bilik seminar sekolah kami untuk tuisyen.
Jika dilihat balik, aku baru perasan ye seharian aku tak nampak dia. Malah kami langsung tidak bertegur. Kelibatnya dalam kelas pun tidak dilihat. Kiranya ada waktu free dia selalu menghilang.
Dia menyimpan basikalnya dan mula melangkah ke arah aku.
'Yoshi....'
"Yurina, nah. Maaf sebab tak tegur kau sepanjang hari, ye." susu coklat diserahkan oleh Yoshi kepada aku.
Aku memandangnya. Sejujurnya, aku tidak kisah pun. Yelah aku faham memandangkan semua sibuk untuk persiapan exam awal tahun.
"Tak apa. Saya faham. Saya pun begitu juga." balas aku.
Susu coklat aku simpan tepi bag.
"Aku pergi dulu sebab ada kelas. Jumpa lagi!" katanya dengan tergesa-gesa. Terus dia meninggalkan aku.
"Jumpa nanti...." aku membalas perlahan
Ketika itu barulah Jumin sampai dengan payungnya.
"Aku dah settle jom balik." ajak Jumin. Aku mengangguk.
Kanemoto Yoshinori p.o.v
"Abang balik lewat lagi ye malam ni?" soal Yui. Aku mengangguk.
"Iye. Maaflah sebab tinggalkan kamu sorang-sorang. Kamu nak balik ke rumah ibu ke?"
Laju Yui menggeleng tidak.
"Yui tak nak abang....Yui nak abang sahaja." aku tersenyum mendengarnya. Mulut Yui yang comot dengan sos aku lap.
"Lekas makan. Abang ada kelas lagi ni. Kamu balik seorang tidak mengapakah?" soal aku risau. Kepalanya aku usap.
Aku sayang adik lelaki aku seorang ni. Kalau boleh biarlah aku melindunginya selalu.
"Tak apa. Yui kan belajar taekwondo." kata adikku sambil tangan kanan digenggam untuk menunjukkan otot kecilnya.
"Yelah yelah." setelah itu aku dan adik aku berpisah di tengah jalan.
Ketika masuk di perkarangan sekolah untuk menyimpan basikal aku melihat Yurina sedang duduk bosan di tangga pintu bangunan utama sekolah.
"Apa yang dia lakukan disitu?" soal aku risau.
Terus aku berjalan kearahnya. Bila fikir kembali, sepanjang hari ini aku tidak menegurnya pun walaupun sekali.
'Yurina....'
Aku berjalan ke arahnya dan aku berhenti dihadapannya. Susu coklat aku berikan kepadanya.
"Yurina, nah. Maaf sebab tak tegur kau sepanjang hari, ye." susu coklat tadi bertukar tangan.
"Tak apa. Saya faham. Saya pun begitu juga." balas dia.
Mukanya aku lihat. Ah, apakah aku rindu melihat wajah ini?
Jam ditangan aku lihat sekilas. Alamak! Aku akan lambat masuk!
"Aku pergi dulu sebab ada kelas. Jumpa lagi!" aku berkata dengan tergesa-gesa.
Terus aku meninggalkan dia tanpa aku ucap bye-bye dengan jelas.
'Yurina, setiap kali aku fikirkan kau jujur aku tak boleh fokus'
Jika hati ni boleh disentuh, sudah lama aku menenggelamkan hati ini sedalam yang mungkin.
YOU ARE READING
恋色 : Kanemoto Yoshinori (TREASURE)
FanfictionIanya selalu comel Mata misteri milikmu Sangatlah licik Menyorok ketika kau berasa malu 恋色 song by mosawo "Kalau dah jatuh cinta memang auto boleh jadi bodoh ye," - Kanemoto Yoshinori ©TREASURE FANFICTION SERIES KANEMOTO YOSHINORI Start - 25 Oct...