Di tempat Kapu..."Kapten, nampaknya kapten separo telah dikalahkan oleh budak Boboiboy tu" kata Poko(nama pembantu Kapu)
Kapu hanya tersengih bila merdengarkannya. Dia sudah tahu yang kapten separo akan kalah dengan Boboiboy, sebab tu dia hanya bebaskan kapten separo. Mereka semua bukan tandingan Boboiboy.
"Heh, aku dah agak dah yang separo tu akan kalah dengan budak tu" kata Kapu dengan sengihan di wajahnya.
"Aku cuma nak tengok sekuat mana budak Boboiboy ni" katanya lagi. "Oh, jadi sebab tu ke kapten cuma bebaskan alien lanun tu?" tanya Poko ke kaptennya.
Kapu pon senyum dan menganggukkan kepalanya sambil melihat ke luar angkasa. "Lagipun, budak2 tu bukan tandingan ku...hahahahahah...!" gelak Kapu sambil mengukir senyuman jahat di wajahnya.
Di warung Muhibah...
"Fuiyohhh! Kau ada 7 kuasa elemental?!" jerit Amato, Deep dan Pian dengan mata yang bersinar-sinar. Boboiboy hanya sweetdrop melihat mata bersinar mereka bertiga.
Selepas Boboiboy ceritakan segalanya, mereka semua terus tertarik dengan ceritanya. Namun, Boboiboy hanya memberitahu pasal kuasa tahap pertamanya dan anggota tapops yang lain serta kawannya2.
"Jadi sebab tu kau pengsan kat hutan?" tanya mechabot ke Boboiboy. Boboiboy hanya mengangguk. "Kenapa kau tak terus terang je dengan aku Boboiboy?" tanya pula Amato.
Boboiboy hanya menundukkan kepalanya ke bawah dan menggigit bibirnya. Tiba2 ada tangan yang menepuk bahunya, "Hehe..takpe kalau kau tak nak bagitau kitorang lagi, kitorang faham" kata ayahnya sambil senyum ke arahnya.
"Ha betul tu, kami pon nak minta maaf jugak sebab desak kau untuk bercerita sampai buat kau rasa tak selesa" sambung Mara. Pian dan Deep pon mengangguk tanda setuju.
"Hehe..terima kasih semua, maaf dah menyusahkan korang semua" ucap Boboiboy dengan senyumannya. Tiba2 kedengaran bunyi perut membuat Amato, Boboiboy, Deep dan Mara melihat ke arah Pian yang sudah malu memegang perutnya. Oh ya, jangan lupakan mechabot juga yang sudah berasa lapar masa berlawan dengan alien lanun tadi.
Malamnya di rumah tok aba...
Kelihatan Boboiboy dan Amato sudah bersiap-siap untuk tidur. Memandangkan esok cuti sekolah, bolehlah Amato bersembang banyak sikit dengan Boboiboy.
"Emm...Amato?" panggil Boboiboy.
"Hah, kenapa Boboiboy?"
"Abah cakap Pian boleh cipta alat, betul ke?" tanya Boboiboy. "Ha ah, bukan cipta alat je dia tahu, tapi baiki alat pon dia reti" jawab Amato.
Boboiboy pon tersenyum bila mendengarnya lalu berkata..."Jadi...bolehlah dia tolong tengokkan ochobot?" kata Boboiboy sambil bangun dari tempat tidurnya. "Hmm...tak pasti, tapi mungkin boleh sebab dia ada lab ayah dia" balas Amato sambil meletakkan kedua tangannya di belakang kepalanya.
"Hehe, terbaeklah Pian" kata Boboiboy sambil buat👍🏻.
"Heh, kannn..." balas Amato ke Boboiboy. Mereka berdua pon menutup mata dan pergi ke alam mimpi masing-masing.
Keesokan harinya...
"Bangun!!"
Jerit mechabot dan ochobot sambil menarik selimut tuan mereka. Dan akhirnya, Boboiboy dan Amato jatuh dari katil dan meringis kesakitan.
"Aduhh...sakitnya...mechabot! Kenapa kau jatuhkan aku dari katil hah?!" marah Amato ke mechabot.
Mechabot pula hanya buat muka yang tak bersalah. "Eh, kau yang jatuh sendiri nak salahkan aku pulak?" jawab mechabot."Ohh...kau menjawab eh?? Heh! Mari sini kau mechabot!" jerit Amato lalu mengejar mechabot sampai keluar dari bilik. Boboiboy dan ochobot hanya membuat muka datar melihat 2 orang itu.
"Ha ochobot, nanti kita pergi ke rumah kawan ayah untuk baiki kau punya sistem tu" kata Boboiboy ke ochobot. "Oh oke! Dah, kau pun pergi la mandi cepat!" ochobot pon tolak badan Boboiboy ke bilik air.
"Hehe...oke2, aku nak pergi mandilah ni ochobot" kata Boboiboy sambil tergelak sedikit.
Selepas mandi Boboiboy dan Amato sedang sarapan pagi bersama umi dan abah seperti biasa. Sudah 3 hari Boboiboy berada di sini dan ini sudah buat hati Boboiboy sungguh gembira seperti dulu2... Boboiboy sungguh merindukan suasana begini bila ayah dan ibunya berada di sisinya selalu begitu juga dengan tok abah dan neneknya. Sungguh..kenangan yang tak dapat dilupakan, lagi2 masa hari raya.
Tanpa sedar Boboiboy menitiskan air matanya. Amato, mechabot, tok aba dan umi melihat Boboiboy menangis membuatkan mereka terkejut. Entah kenapa melihat Boboiboy menangis membuatkan hati mereka pon turut sedih. Termasuklah ochobot yang berada di sebelah Boboiboy.
"Boboiboy...kenapa kamu tiba2 menangis ni? Ada apa2 yang berlaku ke?" tok aba pon tanya dengan riak mukanya yang risau.
Boboiboy pon kembali tersedar dan menyentuh pipinya yang basah dengan air matanya sendiri, terus dilapnya dengan laju. Boboiboy sendiri pun tak sedar kenapa dia menangis."Sa-saya oke je, tak ada apa2 pon yang nak dirisaukan..hehe" jawab Boboiboy dengan senyumannya yang biasa dia gunakan.
"Tak perlu untuk bersembunyi dari kami Boboiboy, umi dan abah dah anggap seperti kamu ni anak sendiri dah.." kata umi sambil memegang tangan Boboiboy. Kali ni, Boboiboy sudah tidak dapat menahan lagi air matanya dan terus menangis teresak-esak.
Amato di sebelahnya pon memeluk anaknya untuk menenangkannya.
Tanpa sedar, mechabot pon nak menangis tapi dia kan robot, robot mana boleh menangis...hehehe-To Be Continue-
Oh ye, dalam cerita saya ni, Boboiboy tak kenal sangat dengan kawan2 Amato sebab diorang jarang berjumpa bila dah dewasa.
Jumpa pon bila time raya, Boboiboy mana la ingat dah wajah2 diorang..

YOU ARE READING
𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝑿 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚
Random𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒄𝒂, 𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒋𝒆𝒍𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 𝒘𝒂𝒕𝒂𝒌 𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝒅𝒂𝒏 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑴𝒐𝒏𝒔𝒕𝒂