-Tapops Underground-Disebabkan stesen tapops ada sedikit kerosakan kerana Kapu, Yaya, Ying, Gopal, Fang, Komander Kokoci berada di tapops Underground buat sementara waktu. Maskmana pun ada sekali dengan mereka.
"Kita kena cari dan selamatkan Boboiboy dan ochobot komander!" kata Yaya ke komander Kokoci.
"Bertenang dulu, buat masa ni lokasi Boboiboy dan ochobot masih tidak dapat dikesan" balas Kokoci. Sudah lama mereka mencari lokasi Boboiboy dan ochobot namun tidak ada tanda2 yang menunjukkan keberadaan mereka berdua.
"Mengenai alien yang bernama Kapu tu, dia sangat kuat dan setanding dengan retakka? Betul ke komander?" tanya Maskmana ke Kokoci. Kokoci pun menganggukkan kepalanya.
"Adakah dia memiliki kuasa atau power sphera?" tanya Maskmana lagi. Terus Gopal mengangkat tangannya dan menjawab soalan Maskmana itu.
"Dia takde pakai kuasa atau power sphera pun Maskmana!" Maskmana pun membeliakkan matanya bila mendengarkan jawapan Gopal tu.
"Apa dia?! Dia tiada sebarang kuasa atau power sphera?!" kata Maskmana dengan terkejut. Yaya, Ying, Fang dan Gopal hanya mengangguk kepala mereka.
"Mengikut data, dia hanya menggunakan senjata yang sangat hebat, dia juga mempunyai pelbagai senjata seperti pedang, pistol dan perisai" kata komander sambil menganalisis pergerakan Kapu semasa kejadian hari tu.
"Tapi, kat mana dia dapat semua senjata canggih tu?" kata Ying dengan meletakkan tangannya di dagu. "Hmm...hah! Mungkin dari Bagogo!" jawab Yaya sambil memetikkan jarinya.
"Betul juga kata Yaya tu. Bagogo kan jual senjata yang hebat2 semuanya" balas Fang juga menyetujui jawapan Yaya. Semua yang berada di situ pun menyetujui dan menganggukkan kepala masing-masing.
"Baiklah, hubungi Bagogo sekarang!" arah komander Kokoci ke Yaya, Ying, Gopal dan Fang.
"Baik komander!"
Mereka pun segera menghubungi Bagogo....dan panggilan itu pun diangkat oleh Bagogo.
"Ye akak2 dan abang2 sekalian! Sekarang Bagogo shop ada mengadakan diskaun sebanyak 20%! Beli cepat sebelum terlambat!" kata Bagogo siap menawarkan diskaun lagi.
"Bagogo, kami ada soalan untuk kau, sila beri kerjasama" kata Maskmana dengan tegas.
"Soalan? Hah...bolehlah-bolehlah, apa dia wahai abang yang memakai topeng besi?" kata Bagogo ke Maskmana sambil bermain-main dengan jarinya.
"Kau ada kenal tak dengan alien yang bernama Kapu?" tanya Kokoci.
Bagogo menaikkan keningnya macam pernah kenal dengan nama Kapu ni dan berfikir seketika..."Kapu...? Hm...hah! Kenal2! Dia pernah beli pedang, pistol dan perisai dengan saya minggu lepas bang!" jawab Bagogo sambil memetikkan jarinya. Kokoci dan yang lain pun terkejut, sudah agak yang alien tu membeli semua senjata canggih itu dari Bagogo.
"Hah, abang2 akak2 semua tak nak beli ke senjata yang ada diskaun ni?" kata Bagogo sambil menunjukkan koleksi2 senjata di majalahnya. Yaya, Ying, Gopal dan Fang hanya membuat muka datar ke Bagogo. "Siapa je yang nak beli senjata yang harganya berjuta-juta tu" bisik hati mereka melihat harga senjata tu.
"Tidak dan terima kasih atas kerjasama kau" kata Maskmana dan menutup panggilan.
"Jadi, sekarang macam mana ni komander?" kata Gopal dengan nadanya yang sedih kerana kehilangan kawan baiknya. Yaya, Ying dan Fang turut sedih dengan kehilangan kawan baik mereka.
"Aku rasa aku tahu di mana lokasi Boboiboy" ucap seseorang yang tiba2 masuk menuju ke arah mereka berenam. Yaya, Ying, Gopal dan Fang terkejut melihat orang yang tiba2 masuk dan menuju ke arah mereka.
-Di tempat Boboiboy-
Boboiboy, Amato, mechabot dan ochobot sekarang berada di rumah Pian. Selepas Boboiboy cerita ke Pian untuk tengokkan ochobot, Pian pun setuju untuk membantu. Boboiboy pun happy mendengarnya dan menunggu sampai sistem ochobot siap dibaiki.
Sementara menunggu ochobot dibaiki, Boboiboy, Amato dan mechabot bermain game di bilik Pian. Amato sudah pun kalah di round pertama, sekarang ni tinggal Boboiboy dan mechabot yang akan menentukan siapa pemenangnya.
Namun, kelihatan mechabot seperti sudah mahu dikalahkan oleh Boboiboy..."Ha..ha..ha, sikit lagi Boboiboy!" kata Amato dengan memberi semangat ke Boboiboy. Mechabot tidak puas hati dan menekan butang terakhirnya....
"YOU WIN!"
Nampaknya harapan mechabot hancur bila dikalahkan oleh Boboiboy. Tak sangka ada orang yang boleh kalahkannya dalam permainan ni. Biasanya mechabot selalu menang dan mendapat nombor kedua dalam game ni. Hehe...nombor pertama mestilah Deep.
"Wahh...hebatlah kau Boboiboy! Tak sangka kau boleh kalahkan mechabot!" kata Amato sambil menepuk2 belakang Boboiboy. Mechabot pun mengeluh dan terima kekalahannya dengan redho.
"Hehehe, terima kasih. Tapi, memang best lawan dengan kau tadi mechabot, sangat mencabar!" kata Boboiboy sambil tersenyum ke arah mechabot. Mechabot pun tetiba malu dengar ucapan Boboiboy tu.
"Ehhh...baru aku tau yang robot pemusnah macam kau ni ada sifat malu jugak eh mechabot..." usik Amato sambil sikunya letak di atas kepala mechabot. Mechabot pun mengalihkan tangan Amato dari kepalanya dan hanya memusingkan bola matanya ke Amato.
"Habis, kau ingat robot macam aku ni takde perasaan ke hah?!" marah mechabot ke Amato. Amato hanya ketawa melihat mechabot yang lagi marah.
"Korang ni asyik bergaduh je kan? Tapi...orang dulu2 cakap, orang yang selalu bergaduh ni tandanya sayang" kata Boboiboy dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
Mereka berdua pun melihat ke arah satu sama lain."Heh...tak sangka kau sayang aku mechabot, jangan risau mechabot, aku sebagai tuan kau yang hensem ni sentiasa akan sayang kau!" kata Amato lalu memeluk robotnya. Mechabot cuba lepaskan dirinya dari Amato dan terbang ke arah Boboiboy sambil menyilangkan tangannya.
Boboiboy pun tergelak melihat mechabot yang sebenarnya malu bila dipeluk oleh ayahnya tadi. Mechabot sebenarnya sangat menyayangi tuannya, yaitu ayahnya Amato tapi disebabkan egonya yang selalu ada pada diri mechabot tu sendiri. Mechabot cuma tak nak kehilangan tuan kesayangannya lagi.
Kemudian Pian datang dan menyapa mereka bertiga. "Hai korang!" kata Pian dan mengambil tempat duduk. "Ochobot dah siap dibaiki, sekarang ni dia tengah dicas dalam lab ayah aku" kata Pian lagi ke Boboiboy.
"Hehe, terbaek! Terima kasih Pian" jawab Boboiboy sambil buat terbaik dengan ibu jarinya. "Korang dah habis main ke? Sape menang?" tanya Pian ke mereka bertiga. Amato dan mechabot menunjukkan jari telunjuk mereka ke arah Boboiboy.
"Woah...hebatlah kau Boboiboy!" kata Pian sambil menepuk-nepuk tangannya. Boboiboy pula hanya tersenyum dan menggaru belakang kepalanya yang tiba-tiba gatal.
Tiba2, berlaku satu letupan yang agak kuat terjadi di hutan berdekatan dari rumah Pian. Mereka berempat pun terkejut dan terus keluar dan melihat kapal angkasa tidak asing bagi mereka yaitu kapal angkasa Kapu!
-To Be Continue-

YOU ARE READING
𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝑿 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚
De Todo𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒄𝒂, 𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒋𝒆𝒍𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 𝒘𝒂𝒕𝒂𝒌 𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝒅𝒂𝒏 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑴𝒐𝒏𝒔𝒕𝒂