"Hahahaha....marah? Heh, mesti kau marah kan dengan ayah kau? Apa kata kau sertai aku untuk membalas balik apa yang ayah kau dah buat pada kau dan ibu kau.." kata Kapu dengan senyuman licik di wajahnya. Boboiboy hanya menggigit bibirnya kemudian menutup matanya."Apa yang diorang sembang kan lagi tu?" kata mechabot seperti tidak sabar mahu melihat pertarungan antara Boboiboy dan Kapu, lagi2 bila melihat Boboiboy berubah menjadi Blaze.
"Hmm...ntahlah, mungkin diorang ada sesuatu yang kena bincangkan dulu? Tapi... Boboiboy tak pernah bagitau pula yang dia boleh berubah macam tu, macam kuasa tahap kedua dari kuasa api tu" balas Pian ke mechabot dan Amato. Amato dan mechabot hanya diam mendengar Pian berbicara.
"Kuasa tahap kedua? Maksudnya..." kata Amato sambil meletakkan tangannya di dagu. "Hm, kemungkinan Boboiboy ada kuasa tahap kedua dari semua elemen yang dia ceritakan sebelum ni" kata Pian menyambung ayat Amato.
"Fuiyohhh!! Power la Boboiboy kalau dia ada tahap kedua dari 7 kuasa elemennya!" kata mechabot dan tidak sabar melihat kuasa tahap kedua Boboiboy.
"Kann....Aku pun tak sabar nak tengok tahap kedua Boboiboy!" kata Amato dengan matanya yang sudah bersinar-sinar. "Dah! Jom kita tengok Boboiboy lawan balik!" kata Pian ke Amato dan mechabot. Mereka bertiga pun melihat Boboiboy yang seperti ingin berkata sesuatu...
"Ayah aku......ayah aku TAKKAN PERNAH BUAT MACAM TU KAT AKU!! CHAKRA BERAPI!! HYAHHH!!!" jerit Boboiboy lalu memecut ke arah Kapu dan menyerangnya dengan chakra apinya. Kapu pun menahan serangan itu dengan pedangnya membuatkan chakra api itu berlaga dengan pedangnya.
"Dan...Jangan KAU BERANI SEBUT NAMA MAK AKU!" jerit Boboiboy dengan lebih mengeluarkan kekuatannya untuk menghancurkan pedang Kapu. Dan terdengarlah sedikit retakan dari pedang itu.
Mata Amato, mechabot dan Pian sudah pun bersinar-sinar melihat pertarungan Boboiboy yang semakin sengit. "Woohh!! Kalahkan dia Boboiboy!" jerit mereka bertiga ke Boboiboy."Ahahahaha! Hahahaha..." tiba2 sebuah gelakan terdengar dari telinga Boboiboy, Amato, mechabot dan Pian. Melihat Kapu yang tiba2 gelak membuatkan Boboiboy hairan.
"Kenapa, kenapa kau gelak?" tanya Boboiboy yang masih cuba menghalangnya."Haha...aku baru teringat yang kemarahan kau ni menyebabkan banyak kemusnahan terhadap orang2 yang tak bersalah..." Boboiboy membeliakkan matanya bila mendengar ayat Kapu itu. "Kau tak ingat? Disebabkan kuasa api kau tu, habis harta orang lain kau bakar dan hampir membunuh nyawa orang..."
Tiba2 chakra api itu hilang dan Boboiboy terduduk sambil memegang kepalanya. Kapu pun senang dengan trik yang dia berikan tu pada Boboiboy. Sepertinya Boboiboy masih belum dapat menghilangkan perasaan bersalahnya bila kejadian itu berlaku, semasa pertama kali dia mendapatkan kuasa apinya. Walaupun semua penduduk kampung itu sudah memaafkannya, Boboiboy tetap rasa bersalah.
Boboiboy kembali menjadi biasa dan tidak bergerak seperti telah dipukau oleh kata2 Kapu. Kapu pun membaling pedangnya ke tepi dan mengeluarkan pistolnya mengarahkan tepat di kepala Boboiboy.
"Jangan kau berani apa-apakan Boboiboy! Mechabot! Mechanize!" jerit Amato lalu bertukar menjadi Mechamato dan berlari ke arah Kapu. Kemudian Kapu mengangkat tangannya dan sebuah kotak kecil jatuh di hadapan Mechamato lalu memerangkapnya seperti sebuah penjara. Perangkap itu mengeluarkan kejutan elektrik menyebabkan Mechamato menjerit kerana terkena kejutan elektrik itu.
"Jangan masuk campur, jangan risau...lepas aku manipulasi Boboiboy, aku akan uruskan korang pula" kata Kapu sambil gelakkan Mechamato.
"Amato!" jerit Pian lalu berlari ke arah Mechamato dan cuba untuk bebaskan kawannya itu, tapi bila dia pegang kotak itu, dia terkena renjatan elektrik dan menjerit. "Pian!" jerit Amato lalu melihat ke arah kawan baiknya memastikannya tidak apa2. "Aku-aku oke!" kata Pian sambil menunjukkan ibu jarinya tanda okey. Amato menghela nafas leganya dan melihat semula ke arah Kapu sambil menggertakkan giginya.
Marah...itulah yang dirasakan olehnya saat ini bila tangan alien itu cuba untuk memegang muka Boboiboy. Dia mahu selamatkan Boboiboy, tapi...dalam keadaan seperti ini, bagaimana dia mahu tolong?
Sementara itu, Kapu memegang pipi kanan Boboiboy dan berkata lagi..."Oh ya...dengan sifat sombong kau juga dah menyebabkan banyak kecederaan pada kawan2 kau, betul tak? Serta kehancuran Tapops...hahahaha..." kata Kapu sambil menepuk2 muka Boboiboy. Sekali lagi kata2 dari alien itu membuatkan Boboiboy memegang kepalanya lagi.
Segala ingatannya ketika berlawan dengan kapten vargoba itu bermain-main di kepalanya serta ketika dia hampir menghancurkan stesen Tapops. "Dan dengan kedegilan kau juga, kau dapat saksikan keperitan dan keseksaan saat elemental lain kau diambil oleh retakka..."
"Ber-berhenti....ja-jangan cakap lagi..." kata Boboiboy yang sudah lemah dengan kata-kata yang diberikan oleh alien itu. Mechamato yang melihat cuba untuk melepaskan diri tapi tidak dapat, yang dapat ialah sakit bila terkena renjatan elektrik berulang kali sehingga sudah tidak kuat lagi...
"Ikutlah dengan aku Boboiboy...lepas ni kau takkan rasa kesakitan lagi..." kata Kapu sambil menghulurkan tangannya.
Tiba2, sebuah kapal angkasa muncul di atas mereka semua. Kapu yang mengenal kapal angkasa itu pun segera menarik lengan Boboiboy untuk membawanya bersama. Namun, sebelum dia hendak memegang lengan Boboiboy, tangannya sudah ditembak oleh seseorang.
Orang itu pun turun dari kapal angkasanya dan mendarat di hadapan Boboiboy.Boboiboy pun mendongakkan kepalanya melihat orang di hadapannya lalu membeliakkan matanya.
"A-ayah...?"
Lelaki yang berada di hadapannya itu pun membalikkan badannya dan mengukirkan senyuman manis ke Boboiboy.
"Maafkan ayah sebab lambat Boboiboy..." katanya sambil memeluk erat anaknya. Boboiboy pun menangis dan membalas pelukan ayahnya.
Amato dan mechabot yang melihat itu pun membeliakkan mata mereka...
"Itu...."
"Itu....kita ke Amato...?"
"Jadi...selama ni...Boboiboy rahsiakan yang dia..sebenarnya....
....Anak aku....?"
-To Be Continue-

YOU ARE READING
𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝑿 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚
De Todo𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒄𝒂, 𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒋𝒆𝒍𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 𝒘𝒂𝒕𝒂𝒌 𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝒅𝒂𝒏 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑴𝒐𝒏𝒔𝒕𝒂