Chapter 6

1K 58 9
                                    


Selepas kapal angkasa alien itu mendarat, Boboiboy, Amato, Mechabot dan Pian sedang bersembunyi di sebalik semak samun. "Apa lagi yang alien ni nakkan?!" bisik Boboiboy dalam hatinya.

"Mana kau bersembunyi hah Boboiboy? Keluarlah dan hadapi aku.." kata Kapu sambil mengeluarkan pedangnya. Boboiboy menghembuskan nafasnya dan hendak keluar dari semak samun itu tapi lengannya ditarik oleh ayahnya.

"A-amato..?"

"Shh...biar aku je yang lawan dengan alien hijau tu" kata Amato sambil mengernyitkan matanya ke Boboiboy. "Ta-tapi..."

"Kau duduk je sini, teman Pian, jom Mechabot!" kata Amato lalu melompat keluar dari semak samun tu dan berlari menuju ke arah Kapu bersama dengan Mechabot. Boboiboy hanya mendengar kata2 ayahnya itu dan melihatnya berlawan sambil menggenggam tangannya kuat.

"Woi alien yang berwarna hijau!" jerit Amato ke Kapu. Kapu hanya menolehkan kepalanya melihat Amato dan power spheranya yang berwarna merah itu.

"Kalau kau cari Boboiboy, dia takde kat sini! Dan kalau kau nak dia, kau kena kalahkan aku dulu! Mechabot! Mechanize!" jerit Amato lagi dan bergabung dengan Mechabot menjadi....

"Mechamato!" jerit Mechamato dengan gaya silatnya.

Kapu hanya tersengih melihat Mechamato yang berada di hadapannya itu. "Heh..ini ke superhero yang akan selamatkan kota ni? Budak lemah seperti kau?" kata Kapu dengan nada mengejeknya. Mechamato hanya menggertakkan giginya menahan marah kerana dikata lemah.

"Heh! Kau belum tau lagi kehebatan Mechamato yang sebenar! Hiyahh!!" jerit Mechamato lalu memecut ke arah Kapu dan ingin menumbuknya. Boboiboy dan Pian membesarkan mata mereka melihat perlawanan itu, berharap tumbukan Mechamato mengenai muka alien itu.

"Heh..Ahahahahaha!"

Terkejut Mechamato bila mendengar ketawa alien tu termasuklah Boboiboy dan Pian. "Ini kekuatan terhebat yang kau boleh bagi dekat aku?" kata Kapu sambil menggenggam kuat tangan Mechamato.

"Hah?!" terbeliak mata Amato bila tangannya sudah digenggam kuat oleh alien tu. "Mari aku tunjukkan kekuatan yang sebenar budak" kata Kapu sambil melepaskan tangan Mechamato dengan melemparkannya ke udara lalu menumbuk perut Mechamato sehingga terpelanting lalu terhempap kat pokok. Itupun sudah mahu buat dirinya hampir pengsan.

"Heh, itu baru penumbuk budak..." gelak Kapu lalu berjalan ke arah Mechamato dengan pedangnya yang sudah berada di tangan kanannya. Namun, tak semudah itu untuk Amato menyerah. Mechamato pun berdiri perlahan2 dan mengumpulkan ranting2 pokok dan mechanize dengannya...

"Mechabot! Mechanize! Mecha-Rifle!" jerit Mechamato lalu menukarkan ranting2 pokok itu menjadi senapang(senapangnya bukan sebarang senapang). Mechamato pun menembak Kapu dengan Mecha-Rifle tu dan keluarlah sinaran cahaya yang sangat kuat dan....

"Erhh..."

Tembakan itu mengenai Kapu kerana Kapu tidak sempat untuk mengeluarkan perisainya lalu terkena tembakan itu.

"Aku-aku dah berjaya...wohoo! Kita dah berjaya Mechabot!" jerit Amato sambil melompat keriangan seperti budak umur 8 tahun. Mechabot hanya membuat muka datar melihat tuannya seperti kanak2 Ribena, kemudian Mechabot melepaskan nafas yang lega bila alien tu dah kalah.

Boboiboy dan Pian pun keluar dari semak samun itu dan berlari ke arah Mechamato dengan senyuman di wajah mereka.
Boboiboy terus memeluk Mechamato dengan rasa bersyukur sangat bila mereka berdua tidak apa2. Nak saja dia melompat keluar tadi dan selamatkan mereka bila melihat mereka berdua terhempap kat pokok tadi. Tapi Boboiboy tahu yang mereka kuat dan bukan jenis yang pantang menyerah.

Mechamato terkejut bila dapat pelukan dari Boboiboy tapi hanya dibiarkan dan membalas pelukannya. "Amacam? Hebat tak aku kalahkan alien tadi Boboiboy?" kata Amato dengan sengihan yang tak pernah hilang dari wajahnya.

"Aihh! Kau sorang je? Aku pun tolong habiskan alien hijau tu tau!" marah mechabot ke Amato. Dan mulalah pergaduhan antara Amato dan robot hambanya. Boboiboy dan Pian hanya menggelengkan kepala mereka bila melihat Amato dan Mechabot bergaduh.

Tapi....kebahagian mereka semua hanya sekejap....

"Hehehahaha...boleh tahan serangan kau tadi" kata Kapu sambil menepuk2 bajunya yang berhabuk itu. Mechamato, Boboiboy dan Pian membeliakkan mata mereka dan terkejut melihat Kapu yang sudah bangun dan berjalan seperti biasa ke arah mereka bertiga.

"Tak-tak mungkin" kata Mechamato terkejut, sepatutnya alien itu sudah tidak dapat bangun selepas terkena tembakan tadi tapi dia masih boleh bangun dan berjalan seperti biasa.
Pian sudah pun ketakutan lalu bersembunyi di belakang Boboiboy.

"Kenapa? Kau ingat serangan tadi boleh melumpuhkan aku? Heh, tidak mungkin..tapi, aku akui kekuatan kau tadi budak..jadi aku dah buat keputusan untuk tidak mengejar ochobot lagi..." kata Kapu dengan baik dan membuatkan hati Boboiboy tak tenang.

"Heh! Baru kau tau kehebatan Mechamato yang sebenarnya! Dah, da takde apa2 dah kan? Jadi kau boleh balik ke planet kau semula!"
kata Mechamato dengan konfidennya menghalau alien itu balik semula ke planetnya. Alien itu hanya tersengih membuat hati Boboiboy lagi tak tenang dengan ucapannya tadi.

"Memang betul aku takkan mengambil ochobot tapi, aku tak kata pun yang aku akan balik dengan tangan kosong, jadi..." tiba2 Kapu menggenggam badan Mechamato.

"Sebab tu aku ubah fikiran untuk mengambil power sphera mechabot daripada kau!" jerit Kapu lalu cuba untuk memisahkan Amato dari mechabot. Boboiboy yang berada di situ tidak akan berdiam diri lalu mengeluarkan kuasanya.

"Berhenti kau! Kuasa Elemental! Boboiboy Api! Tumbukan berapi!" jerit Boboiboy lalu menumbuk alien itu dari mengambil mechabot. Dan Mechamato pun terlepaslah dari genggaman Kapu. Amato dan mechabot pun terpisah kerana sudah lelah.

Sekarang perlawanan diteruskan dengan Kapu vs Boboiboy.

"Heh, kalau kau nak gantikan tempat dia, silakanlah..." kata Kapu yang sudah bersiap untuk berlawan. Boboiboy hanya mengecilkan matanya dan terus menyerang tanpa henti dengan tumbukan berapi dan tendangan berapi. Amato, mechabot dan Pian hanya melihat dari jauh. Amato kagum melihat keseriusan Boboiboy bila berlawan atau berhadapan dengan musuh.

"Kalahkan dia Boboiboy!" jerit Pian ke Boboiboy dengan memberi semangat. "Weh! Time aku lawan takde pula kau bagi aku semangat!" kata Amato sambil membuat muka datar ke Pian. Pian hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya.
"Ehe...sori2 aku lupa..." balas Pian.
Mechabot pula hanya melihat  pertarungan Boboiboy dan Kapu itu dengan harapan Boboiboy menang tanpa menghiraukan Amato dan Pian.

"Heh, kau sungguh hebat Boboiboy...tak seperti ayah kau " kata Kapu dengan matanya  menoleh ke arah Amato. Amato pun menaikkan keningnya tanda tidak faham kenapa Kapu memandangnya seperti itu. Boboiboy menggengamkan tangannya dengan kuat dan melihat Kapu dengan tatapan tajam.

"Mesti kau sedih kan bila selalu berdikari disebabkan ayah kau... dari kecil sehinggalah besar kan?"
kata Kapu dengan niat nak menaikkan lagi kemarahan Boboiboy. Boboiboy menggertakkan giginya dan kelihatan badan Boboiboy telah diselubungi oleh api. Amato yang melihat api yang diselubungi Boboiboy tu pun berasa sedikit ketakutan termasuklah Pian dan mechabot.

"Patutlah mak kau tinggalkan kau Boboiboy disebabkan ayah kau yang tak pedulikan langsung pasal dia" kata Kapu lagi dengan nada mengejek. Boboiboy sudah tidak dapat menahan lagi kemarahannya...

"Arghhh!! BOBOIBOY BLAZE!" jerit Boboiboy lalu bertukar ke tahap 2, Blaze. Kapu tergelak melihat kemarahan Boboiboy. Sengaja dia membuat Boboiboy emosi kerana dia tahu bahawa emosi Boboiboy akan membuatkan Boboiboy menjadi lemah. Amato, mechabot dan Pian terkejut melihat perubahan pada Boboiboy. Bajunya yang dipakainya tadi sudah berubah dan matanya juga berubah warna.

"Apa sebenarnya yang dah berlaku ni? Kenapa Boboiboy nampak marah sangat bila dengar apa yang Kapu cakapkan tadi?" Itulah yang difikirkan Amato sejak Boboiboy berubah menjadi Blaze.

-To Be Continue-







𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝑿 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚Where stories live. Discover now