Chapter 9

1.3K 67 20
                                    


Selepas kejadian itu berakhir, Kapu bersalaman dengan Amato dan meminta maaf atas semua yang ia telah lakukan. Kapu juga berterima kasih kerana telah menyedarkannya tentang erti kehidupan dan persahabatan sebenarnya.

"Oke aku gerak dulu, terima kasih Amato, mechabot" kata Kapu dengan senyuman tulus kali ni.

"Hehe, takde hal lah..." jawab Amato dengan sengihan di wajahnya. Kapu hanya senyum dan balik semula ke planet asalnya. Sebelum dia pulang ke rumahnya, dia singgah sekejap di stesen Tapops untuk meminta maaf dan membaiki semula kerosakan yang dia telah musnahkan.

Nasib baik komander Kokoci dan yang lain mempercayainya dan memaafkannya walaupun tak semua yang percayakan dia tapi DimensionBot berkata dengan sungguh2 yang tuannya sudah berubah dan insaf. Nahh...akhirnya Kapu membeli kesemua barang Tapops yang diperlukan dan belanja diorang semua minum Ice special koko tok aba di bumi. Jangan risau, tok aba oke je dengan kehadiran alien2 tu semua. Asalkan bayar dengan duit bumi.

-Kembali semula ke Boboiboy-

"Wohh~~~ Betul ke kau ni aku dari masa depan?!" kata Amato sambil membulatkan matanya melihat2 Amato dari masa depannya itu. "Heh, tengok la diri kau masa muda tu Amato...macam budak kecik" kata mechabot yang melekat di badannya itu. Amato hanya tergelak mendengar dari robotnya itu.

"Eh! Aku dah besar la! Bukan budak kecik lagi!" marah Amato ke mechabot sambil bercekak pinggang. Mechabot yang berada di sebelahnya hanya memutarkan bola matanya. "Hmm...betul la apa yang dia cakap, kau takde beza pun dengan budak kecik, masa tengah lawan pun kau sempat lagi buat lawak hambar" kata mechabot. Amato hanya membuat muka datar dan mengetuk kepala mechabot.

"Kau pulak takde beza dengan dia tu(sambil menunjukkan mechabot yang melekat di badan Amato besar)dua2 sama merah!" semua orang membuat muka datar mendengar ayat Amato muda tu.
Kemudian semua orang ketawa bersama-sama.

"Hehehe...terbaekk!"

Selepas itu, Boboiboy dan ayahnya bersedia untuk pulang semula ke dunia asalnya.

"TUNGGU!!"

Boboiboy menoleh ke arah suara itu dan tersenyum. Siapa lagi kalau bukan Amato muda dan kawannya2. Terus Boboiboy dipeluk erat oleh ayahnya yang muda itu. "Jangan lupakan aku tau, walaupun kau anak aku tapi sekarang ni aku anggap kau macam saudara aku" kata Amato muda sambil menahan tangisannya. Boboiboy hanya mampu mengukir senyuman sedih di bibirnya dan memeluk kembali ayahnya yang muda itu.

"Oh ye, aku ada hadiah untuk kau Boboiboy!" kata Amato muda sambil mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket seluarnya. Boboiboy pun mengambil kotak itu dan membukanya. Terdapat keychain yang berbentuk mukanya yang comel dan muka ayahnya yang muda.

"Wahh...comelnya! Terima kasih!" kata Boboiboy dan menyimpan keychain comel itu di dalam poket seluarnya. Amato muda pun senyum sambil menggosok hidungnya. Dia gembira bila Boboiboy menyukai hadiah yang dibuatnya sendiri.

"Boboiboy, kita kena gerak dah ni" kata ayah Boboiboy yang sudah berada di depan kapal angkasanya. Boboiboy menganggukkan kepalanya dan berlari ke arah ayahnya. Sebelum itu, Boboiboy melambaikan tangannya ke Amato muda serta kawannya2. Mereka semua pun melambai balik dengan senyuman di bibir masing2.

"Ayah, takpe ke macam ni? Kita dah ubah masa lalu ni..." kata Boboiboy melihat ke arah ayahnya.
"Oh itu kamu jangan risau" kata ayahnya lalu memanggil sebuah power sphera. "MemoryBot, tolong padamkan ingatan mereka semua tentang kehadiran kami" MemoryBot menerima arahan Amato dan memadam semua memori Amato muda serta kawannya2.

"Eh? Kenapa kita semua ada kat sini?" kata Mara lalu melihat sekeliling. "Entahlah, dey! Jom kita pergi main game! Ada game baru keluar semalam!" kata Deep yang sudah berlari meninggalkan kawannya2. "Hey! Tunggulah! Mana aci kau lari dulu!" jerit Pian lalu mengejar Deep. Mara hanya mengeluh melihat 2 kawannya itu. "Aku balik dulu ye Amato, mechabot" kata Mara. Amato hanya menganggukkan kepalanya.

"Kau kenapa Amato?" tanya mechabot. "Hmm...takde apa cuma aku rasa macam ada sebab kenapa kita ada kat sini..." kata Amato sambil meletakkan tangannya di dagu. "Imaginasi kau je kot, takyah nak fikir2 sangat nanti bertambahlah lagi uban kau tu! Hahaha!" gelak mechabot sambil jalan meninggalkan tuannya itu.

"Ishh!...ni bukan ubanlah! Ni dah memang keturunan akulah!" jerit Amato lalu mengejar robotnya itu.

-Kembali semula ke Boboiboy-

Boboiboy dan ayahnya masih dalam kapal angkasa. Keadaan sunyi sepi hinggalah Boboiboy membuka suaranya.

"Ayah, macam mana ayah tahu saya ada di masa lalu?" tanya Boboiboy. Amato senyum ke arah anaknya dan mula bercerita..."Masa tu, ayah sangat terkejut bila dapat tahu yang kamu tiba2 menghilang dari bumi ni..."terdengar ada sedikit rasa marah dan sedih dari Amato. Boboiboy memandang ayahnya dengan riak wajah yang risau.

"Ayah tak tahu nak buat apa masa tu dan rasa tak berguna sangat sebagai seorang ayah..haih..tapi, dalam rasa kekesalan masa tu, mechabot sentiasa ada untuk tenangkan ayah.." kata Amato lalu memandang mechabot yang berada di sisinya. Mechabot hanya memandang tuannya kembali.

"Selepas tu, ayah pun berusaha untuk cari Boboiboy dengan bantuan power sphera yang lain dan akhirnya...lokasi kamu ditemui oleh TimeBot. TimeBot juga memiliki kuasa seperti ochobot, kuasa telerpotasi" Boboiboy terkejut bila mendengar bahawa ada juga power sphera yang memiliki kuasa telerpotasi selain klamkabot dan ochobot.

"Dan, di situlah ayah berjumpa Boboiboy..di mana kamu hampir diculik oleh kawan lama ayah, Kapu. Maafkan ayah sebab lambat jemput Boboiboy..." Boboiboy hanya mengukirkan senyumannya dan memeluk ayahnya. "Takpe, dah dijemput oleh ayah pun dah buat Boboiboy gembira" kata Boboiboy. Amato hanya senyum dan membalas pelukan anaknya.

"Erm ayah...sebenarnya Boboiboy dah lama nak tanya ayah.."

"Hm? Apa dia?"

"Ibu....kat mana ibu sebenarnya?"

Soalan dari mulut Boboiboy itu mengejutkan Amato. Amato memandang anaknya itu dan tergelak sedikit. Boboiboy hanya menelengkan kepalanya tidak faham?

"Haha...ibu kamu tu..ada je tapi tulah...dia selalu sibuk dengan kerjanya.." Mata Boboiboy bersinar mendengarnya. "Jadi, ayah tahu lah kan kat mana ibu?!" kata Boboiboy dengan matanya yang sudah membulat. Amato hanya ketawa kecil melihat anaknya yang seperti anak kecil itu.

"Ibu kamu ada di planet yang jauh dari bumi.."





-Di suatu planet-

Kelihatan seseorang yang sedang berjalan-jalan dan memegang sekeping gambar.

"Hmm...dah lama aku tak balik jumpa diorang berdua ni..." kata orang itu sambil melihat gambar itu dan tersenyum.

"Tunggu saya ya, abang...

dan anakku...


Boboiboy..."

-To Be Continue...

Nope

-End-

Hahaha! Tamat sudah! Sekian dari saya...Bye2, tatatititutu...saya lari dulu!

(Kalau korang tanya macam mana aba dan umi Amato, sebelum ayah Boboiboy nak pergi, dia dah siap2 suruh MemoryBot untuk padamkan ingatan diorang. Kecuali pakcik yang Boboiboy masa dia pergi beli barang haritu tu...harap pakcik tu dah lupalah pasal Boboiboy... Kalau korang tanya mana ochobot masa  Boboiboy dan ayahnya nak pergi tu, dia dah ada kat dalam kapal angkasa)









𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝑿 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚Where stories live. Discover now