KBS World,
Aera berjalan dengan penuh keyakinan menuju ke ruang audition. Sesekali dia membetulkan bajunya. Dia melihat wajahnya di cermin. ' Yeppo '. Aera memuji dirinya sendiri.
' Ting! '
Bunyi pintu lift hendak ditutup mengejutkan lamunan Aera. Dia terus berlari pantas dan menahan pintu lift tersebut. Dia terus menyusupkan badannya ke dalam lift.
Jungi yang berada di dalam lift tersebut memandang pelik gadis kecil itu. ' Tak pernah nampak pun minah ni. Baru keje ke? ' Hati Jungi tertanya-tanya. Aera memalingkan wajahnya bagi melihat siapa yang menaiki lift bersamanya. Kelihatan dia bersama seorang lelaki yang agak kemas berada di dalam lift tersebut. Aera hanya membuat tidak tahu.
•
•
•
Setelah tiba di aras 23, Aera melangkah keluar bersama lelaki tadi. Aera mengendahkan sahaja lelaki tersebut. Tiba di hadapan bilik audition, dia mengeluarkan surat tawaran dan resume nya. Dia menghulurkan kepada setiausaha yang berada di situ. Lelaki yang berada bersamanya di dalam lift tadi mengambil surat tawaran dan resume milik Aera dan terus berlalu menuju ke dalam biliknya. Aera memandang tidak berpuas hati dan ingin menengking lelaki tersebut. Namun apabila difikirkan semula, dia tak jadi nak berbuat demikian.
5 minit kemudian, namanya di seru dari dalam bilik. Dia pun menarik nafas dalam-dalam dan memulakan langkah menuju ke bilik Head Manager tersebut. Setelah melangkah masuk dia agak terkejut apabila melihat lelaki yang berada di kerusi tersebut adalah lelaki yang berada bersamanya di dalam lift sebentar tadi.
" Duduk. " Arah Jungi. Dia memandang Aera yang berada dihadapannya.
Aera melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan Jungi.
" So Heo Aera-ssi. Saya Hong Jungi. Head manager dalam Company ni. Jadi awak nak jadi pembaca berita atau pengacara dalam Company ni ? " Jungi bertanya sambil melihat resume milik Aera.
" Pengacara. " Aera menjawab yakin.
" Kenapa awak nak jawatan tu ? " Jungi bertanya lagi. Dia memandang wajah Aera.
" Sebab saya suka dan minat untuk menjadi pengacara. " Aera menjawab jujur.
" Boleh saya dengar cara awak bercakap ? " Jungi menyilangkan tangan ke tubuh. Dia memandang tajam wajah Aera.
Aera mengangguk. Dia bangun dan menghadap Jungi.
" Anyeonghaseyo. Selamat datang ke acara Gayo Daechukjae. Saya Heo Aera host anda untuk hari ini. " Aera melembutkan suaranya. Dia tersenyum dan menampakkan lesung pipitnya yang menawan.
Jungi tersenyum. Dia mengeluarkan cop ' Pass ' dari dalam laci meja. Dia menekan interkom,
" Yoon Narae. Masuk ke dalam bilik saya sekarang. " Jungi memanggil setiausahanya. Narae memasuki bilik Jungi. Jungi menghulurkan resume milik Aera.
" Dia lulus audition harini. Baiklah Heo Aera-ssi. Awak boleh mula bekerja esok. Selamat datang ke KBS World. " Jungi bangun dari duduk dan menghulurkan tangan.
Aera menyambut huluran tangan tersebut dengan gembira.
" Terima kasih. " Aera tersenyum manis.
Aera berlalu keluar dari bilik Head Managernya dan menuju ke lift. Dia sangat-sangat excited diterima dalam Company yang agak besar di Korea selatan. Dia memandang langit yang cerah. Semoga harinya berlalu dengan indah.
YOU ARE READING
✧:🦋- • 𝒯𝒽𝑒 𝐵𝒶𝒹 𝒢𝓊𝓎 | 𝒲𝑜𝑜𝓎𝑜𝓊𝓃𝑔
Fanfiction' KEDEBUK ' " Woi !! Buta ke? Mata kau letak mana? " Marah Aera apabila ada sorang mamat berbaju hitam melanggarnya. Hyunsoo, lelaki berbaju hitam tersebut memandang weird wanita cantik dan kasar dihadapannya. Disebabkan detik tersebut, Hyunsoo mula...