Bab 3

16 6 2
                                    

KBS World,

Aera berjalan menuju ke lift. Dia menekan butang ' naik '.

Ting...

Pintu lift pun terbuka. Aera memasuki lift tersebut dan menekan butang ' 14 '. Semasa pintu lift hampir tertutup, ada satu tangan yang menahan lift tersebut.

' Hong Jungi-ssi. '

Jungi memasuki lift tersebut. Dia tersenyum memandang Aera. Jungi menekan butang ' 17 '. Pintu lift tertutup.

" Hai... Semoga baik-baik je hari pertama bekerja ni. " Jungi menegur Aera.

" Harapnya Encik Jungi. " Balas Aera. Dia menanti lift berhenti ditingkat 14.

Ting...

Pintu lift terbuka di aras 10. Muncul seorang lelaki berseragam hitam kemas. ' Dia ! ' Kata hati Aera. Dia memandang tajam lelaki dihadapannya. Lelaki tersebut menjeling Aera dan menekan butang ' 20 '. Tingkat tertinggi dalam Company tersebut. Yang hanya menempatkan CEO dan Manager.

Ting...

Lagi sekali pintu lift terbuka. Aras 14. Aera terus menyusup keluar dari perut lift.

" Selamat bekerja Heo Aera-ssi. " Ucapan selamat daripada Jungi.

Aera mengangguk. Dia terus berlalu ke ruang pejabat pengacara televisyen. Dia mendekati salah seorang staf yang berada di dalam ruang tersebut.

" Heo Aera-ssi. Ppalli yaa... Awak kena bersiap untuk rancangan tv seterusnya. " Tegur Inkyung.

" Ne... " Aera bergerak menuju ke ruang persalinan.

Jurusolek mengemaskan wajah Aera. Mereka mengoles sedikit concelear lipstik dan blusher. Inkyung menghulurkan baju dress hitam. Selepas bersiap, Aera keluar dari bilik persalinan dan bersiap sedia untuk rancangan seterusnya. Dia agak berdebar ketika itu.

Hyunsoo berjalan menuju ke bilik CEO. Dia mengetuk pintu bilik dan membukanya. Kelihatan Encik Oh Kikyung berada di mejanya.

" Appa. " Hyunsoo memanggil Encik Oh. Dia duduk dihadapan ayahnya.

" Eo... Wae? " Encik Oh tekun menghadap tab yang berada di tangganya.

" Bila Hyunsoo boleh belajar tentang selok belok Company ni? " Hyunsoo bertanya. Tangannya mencapai kereta mainan yang berada diatas meja kerja ayahnya.

" Kamu dah bersedia ke? Kamu bukan ke nak jadi mafia berjaya dekat Seoul ni? " Perli Encik Oh. Dia memandang wajah anak tunggalnya itu.

" Appa... Hyunsoo tanya ni sebab dah sedia lah. Kalau tak sedia takdenya Hyunsoo nak tanya. " Jawab Hyunsoo senada.

" Nak handle Company ni bukannya macam kamu pergi pukul orang taw. Banyak benda yang kamu kena belajar. Terutamanya tentang untung dan rugi. " Encik Oh melihat dalam-dalam wajah Hyunsoo.

" Hyunsoo dah sedia nak belajar appa. " Jawab Hyunsoo yakin.

Encik Oh tersenyum melihat kesungguhan anaknya hendak belajar. Dia menekan butang interkom,

" Encik Gong. Masuk ke dalam bilik saya. " Arah Encik Oh.

Encik Gong memasuki bilik Encik Oh.

" Yee Encik Oh. " Encik Gong berdiri dihadapan meja Encik Oh.

" Bawa anak saya ni untuk belajar tentang selok belok Company saya. " Encik Oh memandang wajah Encik Gong dan Hyunsoo silih berganti.

Encik Gong menundukkan kepala. Dia memberi isyarat kepada Hyunsoo untuk keluar dahulu daripada ruang pejabat Encik Oh. Hyunsoo berlalu keluar dan diiringi Encik Gong mengelilingi KBS World.

✧:🦋- • 𝒯𝒽𝑒 𝐵𝒶𝒹 𝒢𝓊𝓎 | 𝒲𝑜𝑜𝓎𝑜𝓊𝓃𝑔Where stories live. Discover now