Bab 19

16 6 1
                                    

Hampir 2 jam menanti, akhirnya doktor yang merawat Hyunsoo keluar dari wad rawatan kecemasan tersebut.

" Macam mana keadaan kawan saya doktor ? " Tanya Gaeyoung laju. Dia terus menerpa doktor itu.

" Kami berjaya berhentikan pendarahannya. Keadaan dia stabil sekarang. Tapi dia masih kena pantau dalam unit kecemasan. " Jawab doktor itu. Dia terus berlalu dari situ.

Aera memandang Hyunsoo dari luar. Jururawat keluar dari bilik rawatan kecemasan. Aera mendekati jururawat tersebut.

" Wad kecemasan ni boleh ke penjaga menjaga pesakit seharian ? " Tanya Aera. Matanya masih tak lepas dari memandang Hyunsoo.

" Boleh. Limit 1 pesakit 3 orang penjaga. " Jawab jururawat itu. " Tapi cik kena pakai baju ni kalau nak berjaga. " Tambah jururawat itu lagi. Dia menujukkan pakaian berwarna biru seperti doktor yang sedang membuat pembedahan.

[ HA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ HA... YANG MACAM GINI LAH YE YOU ]

" Baiklah doktor. Terima kasih. " Ucap Aera. Dia menundukkan kepala tanda hormat.

Doktor itu membalas tundukkan Aera dan berlalu pergi. Aera memandang Gaeyoung dan Yujin.

" Korang nak berjaga ke nak balik ? " Tanya Aera. Dia sedang mencapai baju biru dan menyarungkannya ke badan.

" Yujin nak balik ke sayang ? Saya nak jaga Hyunsoo dengan Aera. " Tanya Gaeyoung lembut. Dia mengelus rambut Yujin.

" Nak jaga Hyunsoo jugalah. Kesian Aera sorang-sorang. " Jawab Yujin.

Selepas mereka siap menyarungkan baju itu ke badan mereka pun melangkah masuk ke wad yang menempatkan Hyunsoo. Aera menggenggam tangan Hyunsoo. Dia menyalurkan kekuatan yang ada untuk Hyunsoo.

" Cepat sedar ye Hyunsoo. Saya tunggu awak. " Ucap Aera. Dia merebahkan kepalanya di lengan Hyunsoo. Yujin dan Gaeyoung berada di sofa. Yujin sudah pun terlelap di pangkuan Gaeyoung. Aera juga sudah terlelap di lengan Hyunsoo.

Tidak sampai 3 jam mereka tidur, tiba-tiba mesin denyutan jantung Hyunsoo berbunyi :

Titttttt ~

Aera terus bangun dan menggocangkan tubuh Hyunsoo.

" Andwae !!! Hyunsoo-ah !!! Bangun !!! Jangan tinggalkan saya !!! Hyunsoo !!! Andwae !!! " Aera menjerit bagai orang gila. Dia meraung sekuat hati dan ditenangkan oleh Yujin. Gaeyoung sudah pun dibasahi dengan air mata.

Doktor semua bergegas menuju ke wad rawatan Hyunsoo. Mereka membuat CPR dan kejutan elektrik, namun tiada sebarang tindak balas daripada Hyunsoo.

" 16 Januari 2021, Oh Hyunsoo. Disahkan meninggalkan dunia pada jam 20:00 malam. " Doktor pakar mengesahkan kematian Hyunsoo dan menutup wajah Hyunsoo.

" ANDWAE !!! " Aera menjerit lalu pengsan.

" Aera ! " Gaeyoung dan Yujin menggelabah memapah Aera ke katil. Doktor yang berada disitu membantu.

Aera melihat wajah Hyunsoo buat kali terakhir. Matanya bengkak. Air matanya sudah kering kerana seharian menangis. Gaeyoung hanya mampu berserah namun jauh disudut hati dia rasa sangat-sangat kehilangan. Hyunsoo satu-satunya sahabat baik dia. Kini, tuhan lebih menyayanginya.

Aera meletakkan sejambak bunga melur putih di atas pusara Hyunsoo. Dia meletakkan 2 bingkai gambar, gambar mereka berdua dan gambar mereka berempat. Dia memegang batu pusara Hyunsoo.

" Saya sentiasa sayangkan awak Oh Hyunsoo. " Ucap Aera. Dia mengucup batu pusara itu.

✧:🦋- • 𝒯𝒽𝑒 𝐵𝒶𝒹 𝒢𝓊𝓎 | 𝒲𝑜𝑜𝓎𝑜𝓊𝓃𝑔Where stories live. Discover now