Red Fox Legacy,
Hyunsoo dan Gaeyoung melabuhkan punggung didalam ruang pejabat Hyunsoo. Mereka berfikir siapakah pemilik Red Roses itu.
" Kau ada musuh lain ke Hyunsoo ? Selain Gyunsoo dengan Jungi ? " Tanya Gaeyoung. Dia memandang sahabatnya itu.
" Aku takde musuh lain selain daripada dorang. Dan aku rasa Red Roses ni perempuan. Tak mungkin lelaki guna nama ni. " Jawab Hyunsoo. Dia memandang potret mereka berempat yang tergantung kemas didalam ruang pejabatnya. Mereka mengambil gambar itu semasa berada di pantai Jeju.
Flashback,
Aera dan Yujin sibuk dengan Polaroid kamera mereka. Mereka mengambil gambar di sisi pantai.
" Hyunsoo... Gaeyoung... " Panggil Yujin. Hyunsoo dan Gaeyoung mengalihkan pandangan mereka ke arah Yujin dan Aera.
" Sini lah amek gambar dulu !! " Jerit Aera dari kejauhan. Dia sudah pun menyediakan kamera dengan tripod.
Hyunsoo dan Gaeyoung mendekati mereka berdua. Hyunsoo dan Gaeyoung berada di tengah-tengah manakala Aera berada disisi Hyunsoo dan Yujin berada disisi Gaeyoung. Mereka tersenyum girang.
" Jom makan. Dah siap BBQ tu. " Ajak Gaeyoung. Dia menarik lengan Yujin.
Hyunsoo dan Aera hanya mengikuti dari belakang. Semasa mereka menikmati BBQ yang dibakar cantik oleh Gaeyoung dan Hyunsoo, sesekali kedengaran gelak ketawa mereka.
End of flashback
Hyunsoo merindui kenangan itu. Dia memandang Gaeyoung dihadapannya.
" Kita kena pergi Red Roses Legacy tu. Tapi dengan persediaan yang lengkap. " Hyunsoo memandang tajam surat tersebut.
" Macam mana ? " Tanya Gaeyoung.
Hyunsoo tersenyum sinis. Dia sudah pun merangka rancangan.
•
•
•
Red Roses Legacy,
Wanita itu mengikat Aera dan Yujin di sebatang tiang. Dia menyimbah sebaldi air ke arah mereka berdua. Aera dan Yujin tersedar.
" Dah bangun ? " ucap wanita itu.
" Kau nak apa dengan kita orang Haa ?!! " Tanya Aera. Dia meninggikan suaranya.
' pang... '
Satu tamparan hinggap di wajah Aera.
" Kau jangan nak kurang ajar sangat ! " Jerkah wanita itu lagi.
Dia berlalu meninggalkan Yujin dan Aera didalam bilik itu.
•
•
•
Hyunsoo dan Gaeyoung pun tiba di hadapan legacy Red Roses itu. Mereka memasuki legacy itu tanpa sebarang perasaan. Dia memerhati setiap pelusuk legacy itu. Tiada bayang Aera dan Yujin disitu.
" Kau dah sampai ? " Tanya seorang wanita.
Mereka pun berpaling dan...
" Eunji ?! " Ucap Gaeyoung dan Hyunsoo serentak.
YOU ARE READING
✧:🦋- • 𝒯𝒽𝑒 𝐵𝒶𝒹 𝒢𝓊𝓎 | 𝒲𝑜𝑜𝓎𝑜𝓊𝓃𝑔
Fanfiction' KEDEBUK ' " Woi !! Buta ke? Mata kau letak mana? " Marah Aera apabila ada sorang mamat berbaju hitam melanggarnya. Hyunsoo, lelaki berbaju hitam tersebut memandang weird wanita cantik dan kasar dihadapannya. Disebabkan detik tersebut, Hyunsoo mula...