Jeju National University Hospital,
Hyunsoo dan Aera menanti doktor keluar dari bilik operation. Aera yang sedang menangis ditenangkan oleh Hyunsoo.
" Dorang takde pape tu. Jangan lah nangis lagi. " Pujuk Hyunsoo. Tanpa sedar dia mengusap lembut kepala Aera.
Aera membiarkan Hyunsoo mengusapnya.
' Lembut tangan dia. ' Puji Aera dalam hati. ( Kau ni member tengah bertarung nyawa kau menyempat lagi eh ?! )
Selepas 30 minit menanti, akhirnya doktor pun keluar dari bilik rawatan.
" Doktor macam mana keadaan kawan saya ? " Tanya Aera pantas. Dia memandang doktor tersebut dengan penuh harapan bahawa rakan mereka selamat.
" Encik Gaeyoung dalam keadaan kritikal manakala Cik Yujin stabil. Cik Yujin sudah pun dipindahkan ke wad biasa. " Ucap doktor tersebut. Hyunsoo mengeluh berat. Dia memerhatikan sahabatnya yang berwayar sana sini.
" Aku akan tunggu kau bangun Gaeyoung. " Ucap Hyunsoo sebelum mengejar langkah Aera yang sedang menuju ke arah bilik Yujin. Dia sempat berpaling memandang sahabatnya. Sayu pandangan Hyunsoo ketika itu.
•
•
•
Bilik rawatan Yujin,
Aera dan Hyunsoo mendekati Yujin yang sedang terbaring lemah diatas katil. Yujin memandang mereka berdua dengan senyuman.
" Gaeyoung mana ? Dia okay ke ? " Tanya Yujin kepada Hyunsoo. Dia nampak dengan jelas wajah tidak ceria Hyunsoo.
" Dia kritikal. Gaeyoung masih berada di wad ICU. " Jawab Hyunsoo.
Yujin menangis sayu. Dia masih teringat dengan jelas kejadian itu.
" Sebenarnya...
Flashback
Gaeyoung dan Yujin bernyanyi kecil. Sesekali mereka ketawa apabila salah seorang daripada mereka salah menyanyikan lagu tersebut. Tiba-tiba telefon Gaeyoung berbunyi.
' Nombor Tidak Dikenali '
" Jagiya... Ada orang telefon. Nombor tidak dikenali. " Yujin memberitahu Gaeyoung.
" Tolong angkatkan. Letak kat telinga saya. " Jawab Gaeyoung.
Yujin menekan button ' pickup ' dan menekupkan telefon Gaeyoung ke telinga Gaeyoung.
" Yobeoseyo ? " Gaeyoung menjawab panggilan tersebut.
" Hai... " Sape seseorang di hujung talian.
Gaeyoung mati kata. Tangannya menggigil.
" Kau nak ape ha ?! " Gaeyoung tiba-tiba menjerit. Yujin disebelahnya terkejut dengan jerkahan tersebut.
" KAU AKAN MATI !! " Jawab seseorang di hujung talian.
Dan tiba-tiba kereta mereka dilanggar dengan sebuah lori sewaktu mereka berhenti di lampu isyarat merah. Keadaan Gaeyoung cedera parah kerana lori tersebut menghentam dibahagian pemandu.
Kelihatan seorang wanita tersenyum sinis dan berlalu pergi dari situ.
End of flashback
Itu yang terjadi waktu itu. Aku tak tahu dia bergaduh dengan siapa. And then suddenly ada satu lori ni langgar kita orang dekat traffic light. " Cerita Yujin. Dia memandang Hyunsoo dan Aera silih berganti.
" Dia jawab panggilan yang tak dikenali ? Kau dengar tak suara lelaki ke perempuan ? " Tanya Hyunsoo. Dia mula rasa tidak sedap hati.
" Aku rasa dia perempuan. Sebab masa kita orang excident tu ada sorang perempuan ni dia tersenyum and terus pergi. " Jawab Yujin. Dia teringatkan satu susuk tubuh perempuan yang berlalu pergi apabila nampak mereka dilanggar.
" Perempuan ?! " Tanya Hyunsoo. Dia teringatkan bayangan Kyla yang dia lihat sewaktu kemari.
' Tak mungkin dia... ' Gumam hati Hyunsoo.
•
•
•
Red Roses Building,
Seorang wanita sedang menuju ke arah mejanya. Dia tersenyum bahagia apabila dapat menarik nyawa kawan kepada musuh ketatnya.
" Padan muka kau Hyunsoo ! Lepas ni nasib orang tersayang kau pulak ! " Ujar wanita itu.
" Cik Boss. Misi saya dah selesai. " Seorang lelaki menghampiri wanita tersebut.
Wanita tersebut mengeluarkan wang tunai berjumlah ' 3 Million Won ' dan menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus beredar dari bangunan itu.
" I will make you feel what I feel Dear Hyunsoo. " Ucap wanita itu sambil tersenyum sinis. Dia memandang benci gambar Hyunsoo yang tergantung di ruang pejabatnya.
YOU ARE READING
✧:🦋- • 𝒯𝒽𝑒 𝐵𝒶𝒹 𝒢𝓊𝓎 | 𝒲𝑜𝑜𝓎𝑜𝓊𝓃𝑔
Fanfiction' KEDEBUK ' " Woi !! Buta ke? Mata kau letak mana? " Marah Aera apabila ada sorang mamat berbaju hitam melanggarnya. Hyunsoo, lelaki berbaju hitam tersebut memandang weird wanita cantik dan kasar dihadapannya. Disebabkan detik tersebut, Hyunsoo mula...